Kelantan I

hye..happy weekend to everyone! (wah!ko cakap macam ada je orang depan ko kan???) now saya kat Kelantan. 1st time saya datang sini. town yang agak bizi and serabut jugak saya rasa. bha ha ha..
dulu orang selalu cakap, Kelantan ni mundur lah..teruk lah..ape lah...ok jer saya tengok..normal lah town/pekan selain dari KL and Shah Alam macam itu. tak lah teruk ok. mmg meriah bila malam kat KB.
so far, saya tak dapat rasa lagi keseronokan holiday trip kali ini. belum lagi kot..(-_-')
saya gerak pukul 8pg and sampai dalam pukul 5ptg coz banyak stop. kesian to driver. dahlah bizi pastu kene drive jauh. tapi lantakkan lah si gemok tuh!pening nak pikir shopping lagi..makan lagi..dia lagi..hahahhaha...:P
plan pergi Kelantan memang dah lama. family in law mmg dah lama ajak pergi sana. cuma tak de mase and $$$. last minit plan so..hotel penuh!bongok!
saya stay kat Raudhah Hotel. 1st kebaikan dia, mmg dekat dengan town, and kelemahan dia hotel dia macam #$%@!@ . ok tak bayar mahal pun. tapi saya pernah duduk hotel yang murah dari harga dia and nampak lah macam hotel. ok tu jer!Eeee...geram!conteng wall hotel dia!
and...entry kali ni..tiada promote hotel lagi. my next holiday trip mesti best!!!pasti!
disebabkan hotel bengang and bencik! so ambil gamba pun gelap!cameraman pon tiada mood! saya sampai dlm pukul 5pm, so check in dulu and keluar pergi minum petang.
KB sangat jammed!macam KL jer..(-_-,) utk ke Tawang ambil masa 1 1/2 hour!!!lama gila! menggigil tahan lapar. and tak hi-tea pun..terus dinner.
weolls dinner kat Tawang. my mil cakap pernah pergi kedai tuh. serius pergi tak jumpa coz nampak sign-board jer. tapi tak langsung ada kedai. tutup kah?
rupanya masa saya datang baru dia buka lampu. hampeh! and serius saya tak nampak pun kedai makan dia. hanya ada rumah banglo yang gelap macam tiada orang!hello...?
and tetibe ada bdk perempuan kat tepi rumah. seram jer..apehal entah bediri kat situ. dok perhati..bila tanya baru di jalan kat kiteorang.

so..bila weolls datang dia buka lampu. and ada customer before tu..camanelah dia makan dalam keadaan gelap. "betul ke orang ini???" dalam hati. hehehe...takut juga. sebab Haizi pernah cerita ada satu pasangan ni pergi shopping kat Shopping Mall di Johor padahal shopping mall tu tak wujud and bangunan terbengkalai. hasil shopping adalah daun kering!seram kan??
so harus berhati-hati..
kedai adalah amat seram dan menakutkan. jerung punyerlah banyak!tahu lah tepi sungai. tak payah lah letak replika jerung macam nak terkam aku!hehehe...serius menakutkan. dia ada 2 tingkat satu betul-betul dekat gila dengan sungai and ada 3 anak tangga jer pastu sungai. buaya pun boleh naik makan sama-sama. so saya decided duduk atas.
meja makan memamg tak sama semua. tak seragam langsung. habuk. sunyi. memang tak ada orang datang! kecuali saya dan customer sebelum tuh..and ada kucing hitam makan sisa lauk customer tadi. dah macam cerita ponti tau!e...takot lah!
saya rasakan..kedai nie dulu ramai orang datng coz dia gantung gamba orang besar datang kedai dia. mungkin satu masa dahulu dia femes! and skg tak ramai orang datang. saya jer rajin nak datang.

my fil and my mil. tengah-tengah adalah orang ambil order.


takut-takut pun sempat update FB "seferamfam lahfah..."


posing mengatasi segalanya. hilangkan rasa takut.


tapi kedai ni memang sedap gila!!!!!!!!!!!bila makanan dah datang takut juga nak makan takut lepas makan baru nampak si rambut panjang hantar bil. hahaha..pastu ulat-ulat bergelimpangan dalam pinggan and terkeluar-terkeluar dari mulut.arrrrrhhhhhhh tidak! teruk betul imiginasi saya. tapi...anything can be happen!
weolls order:
Nasi Putih - 4 pinggan
Tomyam - 2 orang makan
Sayur Kailan - 2 orang makan
Ketam Masak Cili (ni memang sedap gila! fresh!) - 4 orang makan
Udang Putih Butter - 3 orang makan
Ikan Siakap Steam Asam Boi - 1 ekor
Tembikai - 2
Tembikai Laici - 1
Teh O Ais - 1
JUMLAH : RM 142.00




my tembikai laici..mmg fresh gilos..konsep air di kedai tersebut macam SR.teheheh...buttt...I minta Tembikai Laici dia kasi Tembikai and hias buah laici..sob..sob...saya tak rasa air laici pun. dulu pun, minta Haizi belikan Tembikai Laici tak dapat juga rasa coz Haizi tumpahkan.. cis! bedebah betul si go..go...goooomok tuh!

and d'olls geram tengok my laici. so masing-masing nak curik 1..huh!tengok lah tangan masing-masing nak tahan laici jatuh. bha ha ha.


tomyam dia bukan macam kat KL. sikit...this one for 2 persons. banyak gila!macam 4 orang makan. and banyak bahan. udang besau-besau!



Ketam masak cili terbaik! and kedai ini guna bekas yang ada arang tau. unik sangat sebab tak pernah jumpa. jakun jap!hahahha...dia bakar guna arang. and bekas tu bekas lama-lama. orang tua-tua dulu pakai. mana entah aku tau???



and bila dah habis makan. biarkan!balik and terus tido kat hotel tak best!


p.s: esok nak pergi shopping tapi lepas pukul 10 sebab Tok Guru ada ceramah setiap Jumaat. bagos!bagos! semoga Kelantan sentiasa di murahkan rezeki macam Selangor tanah tumpah darah air ku!ceewaahhh!





4 comments:

mamamarissa said... [Reply to Comments]

wah!!! kelantan mmg syiok...rasa nak blk kg skrg juga :D

p/s : enjoy ur trip & of course ur shopping there dear :)

shinnaz said... [Reply to Comments]

mamamarissa : memang best kak jue!!!best shopping lah..hehehe...
tapi silap pergi hari Jumaat. semua kedai jual/makan tutup.hampeh!ape pun..mmg best..shopping mmg best!

Anonymous said... [Reply to Comments]

erk.. shi, memang agak menyeramkanlah keadaan hotel n kedai makan tu..hehe, and agak unik jugaklah. rasa nak try pun ada gak nih.. (bilalah ai nak sampai sana ek.. ai pun mcm u gak..tak pernah sampai kelantan pun b4..) apapun enjoy ur trip okeh bebeh..

- Mrs. Hakim -

shinnaz said... [Reply to Comments]

Mrs Hakim : owh! tq kak mel. mmg enjoy sgt. terbang $$$. hahaha..batik murah2 macam2 design. tudung.periuk belanga. makanan tak sempat nak rasa semua. kene duduk 6h5mlm baru boleh rasa semua. pergi tau. psl hotel tu ada yang lagi baik and kedai makan tu no comment coz mmg seram.euuuuww...takot!