Bandung Day 2 Part I

ok. 2nd day weolls di Bandung ada sedikit perubahan which is weolss supposed to visit Tangkuban Parahu tapi weolls pergi tempat lain. feel shopping lagi menguasai badan and otak. haha. so, pergi Factory Outlet (FO).

pagi² lagi driver dah tunggu weolls. orang..kalau dah biasa bangun lambat kan. pergi mana-mana pun lambat. haha. maaf ya pak. we having breakfast di dining hall OH. tak lalu nak makan. memang different gila. tak masuk tekak. I makan tempe jer. mak haih! super duper sedap nom..nom..nom..hehe.

ada beza ker tempe M'sia and Bandung? haha. sama jer kot. perasaan..

oh! ya.. bila berada di atas jalan. kadang-kadang saya rasa macam berada di Chow Kit, Bangsar, MRII and Jambatan Pulau Pinang. owwhhh! kenapa saya masih teringat Malaysia Tanah Tumpah Darahku. -_- ,


kali ni driver bertukar tangan. and weolls naik avanza. semalam naik Suzuki. Pak Siswanto. bukan Miftah lagi. Pak Sis ni pemalu orangnya. sukar nak dengar dia bercerita selagi laki haku tak mula dulu. laki i mmg suka pot pet pot pet. peli haku driver kat Bandung ni semua stylo and smart!. I think banyak² driver, Pak Sis lah driver paling smart. hehe.

so? perasaan saya? memang teruja gila pergi shopping. saya pergi Pasar Baru (PB). apa-apa pun memang nak shopping. Haizi and Shahrul ikot saya and Naza jer. ok. sampai PB rasa macam kat Pasar Payang, Terengganu. haha.


1st saya nampak kedai kain. saya da tak keruan. omg! sana! sini! arhhh..plis! haha. excited! cantik and murah-murah. I mean after saya dah kira dengan 'senjata utama' weolss. calculator. haha.




lace. cotton. kalau nak kawin or bertunang lawa lah beli lace bagai. saya?? nak buat apa? nanti adik saya kalau dia nak kawin saya nak suruh beli kain kat sini. hope dia nak. mungkin akan ada Trip Bandung kali ke-2. T__T




ok I borong cotton. kat Malaysia tak ada ker? ada! ada! yerlah..takkan lah da sampai saya tak beli apa-apa kan. kain cotton pun kain cotton lah. beza dia kat PB murah and kat Kamdar or bla bla agak mahal sikit. kt PB saya dapat Rm 4++. kain dia memang kain yang berkualiti. ada yang biasa² tapi harga lagi murah. chiffon pun ada. tapi harga tu tak pasti. beli satu for my mum. sebab main bayar tetiba tengok duit tak ada. menanges kat situ jugak! me asik pergi money changger jer. haha. ok money changger kat LANTAI 2.

lepas borong kain pasang (konon nak buat baju raya. Haizi kata tak sempat baju raya. nyampah tau!) weolls pergi tengok telekung pulak. Toko Laris. tak survey pun kedai lain coz travel agent kata pergi Toko Laris. weolls yang comel and lurus bendul pun pergi jer tanpa tengok kedai lain. pandai kan?? main bayar lagi. ok! time ni duit banyak sikit.

serius memang cantik and murah. telekung kerawang colour² tu dalam Rp 60000 jer. ada Rp 50000. macam² lah. lebih kurang (yang paling murah) telekung die jual yang lawa-lawa tu dlm Rm 20++ lah. ok tak? murah? me tak beli banyak. utk my umi, my MIL and untuk saya satu. so yang lama boleh letak bilik tetamu. tak mahu beli banyak nanti tak pakai. honestly, sembahyang pun tunggang langgang, ada hati nak beli banyak-banyak. tak patut. orang kata nak menghadap Allah kena cantik, bersih and kemas. cukuplah seadanya. kalau da buruk baru ganti baru.


lepas pergi shopping weolls pergi beli baju batik Jawa. around rm9 ke RM10. murah gila. jahitan and kekemasan sangat lawa. me beli for my ayah, my FIL and my bos.

lepas tu singgah balik ke kedai kain. kalau boleh semua kedai kain aku nak masuk!!!! control urself Shinnaz! ok. once da boleh control diri sendiri semula saya pergi kedai jual baju kebaya. perggghh...lawa gila. tak tahu apa yang lawa. bila kat patung tu lawa and terus amik. memang gila lah pergi sana. harga memang melampau-lampau! Rp 100rb. murah gila! convert to Rm lebih kurang Rm36.0o. baju apa tuh??? lawa and murah?? rasa nak beli semua. geram tau! so dpt beli 2 psg jer. sebab badan saya cepat naik so tak sesuai pakai kebaya. silver untuk saya, merah untuk adik saya. merah makngah ok! haha.


lepas shopping yang lite-lite tu weolls penat. serabut dengan barang banyak, orang yang menjual sana sini. pening tau! bengang tahu tak. orang nak tawar menawar dia nak jual air. masalahnya tanya sekali sudah lah kan. ni orang yang berbeza. jual benda yang sama. bila beli mahal pulak tuh. ok! fine! mahal sebab kau bawa air tu usung ke sana ke mari. if kita pergi kedai beli air sendiri mungkin murah.

so, penat and lapar adalah sangat melampau. weoll makan di PB sahaja. food court. Lantai 6. masa weolls sampai kan. semua serbu suruh makan kat kedai diorang. gila hapa. bagilah ai duduk dulu. menu ni, menu tuh. adoi..pening..pening..last2 order kat Dapur Sotoku.


me? order tempat lain sebab kedai dia macam tak menarik pun. me order kat abg hensem. awww...makan Ayam Cobek/ Ayam Penyet. sedap gila! ok..ok..me 1st time order Ayam Cobek of courselah sedap kan. mmg sedap. especially tempe. air order Jus Alpukat. tak tahu pun Alpukat tu hapa. rupenyer air avocado. haha. serius tak sedap. mcm mana orang kata sedap. erm..or orang tu tak pandai buat? bengang tau! bengang ngn orang buat jus and bengang dengan Haizi. haku tak paham lah. order nasi goreng???? nasi goreng tu kat rumah pun boleh buat. kenapa sampai kat situ pun nk order nasi goreng?? why????????? sigh~


Ayam Cobek/ Penyet

nasi goreng Haizi

Alpukat juice

Ayam Cobek/Penyet - Rp 12000
Jus Alpukat - Rp 8000


total tak tahu sebab duit Haizi pegang and dia yang bayar. harga dia ok kat PB. berpatutan. no worry -_- lepas makan nekad tak mahu tengok baju or apa-apa kat PB. kang duit habis kat situ jer kan. weolls pergi Toko Tiga.




to be continue...T__T


4 comments:

farahfatihah said... [Reply to Comments]

perghh giler arghhh hahahah kalau akak pun borong habis! siap bwk lori heheheh

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

hahaha..hamboi k.farah..siap nak bawa lori. nanti honeymoon Bandung lah. :p

p.s: Bali pun tengok mcm ok. T__T

Mrs. Hakim said... [Reply to Comments]

we want more.. we want more.. ehehehehe.. cepat sket plssss hahahaha

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Mel Hakim : kak mel kalo nak pergi nanti kite send itinerary. maybe boleh tengok for plan ur holiday.