Bandung Day 2 Part II

Ok. Sambung balik cerita Bandung. 7 hari 7 malam tak habis nie..hahaha..
Sambung kat Toko Tiga kan???? Pak Sis kata, Toko Tiga jual jeans original. Levis, Lee Cooper and bla. bla. bla. ingat nak sambar 1 coz saya bawa legging jer. Skg ni tak mahu pakai seluar. Budget nak beli kat Bandunglah kan..serius weh if saya pakai legging kaki macam bungkus nangka dah tapi nak buat mcm mana.

My baby Haizi said "cantik sayang pakai legging". Haku tak tahulah mata dia letak mana. Haha. Tapi me selesa pakai legging. Size jgn cakaplah kan.. tak L, XL. me tak sesuai guna Levis. before this ada beli ada je tak kene. menyampah! paling sesuai Giodarno tak pun ESPRIT and MNG. Haizi kata haku layak guna Giodarno jer. siot jer tau! keselesaan itu penting ok. kau beli mahal-mahal tapi tak pakai ape cer? If beli mahal-mahal pun setahun sekali ape kes? Beli murah boleh beli banyak kali. bweks! bweks!

so, memang bosan gila lah kat Toko Tiga sebab saya tak shopping pun. haha. Haizi and frens yang galak bershopping. lagipun kat Toko Tiga jeans dia jeans biasa. tiada yang luar biasa pun. I mean Jeans yang biasa tu takde yang Jeans stylo² tapi murahlah dari M'sia. kat Toko Tiga boleh dapat Rm 130.00. murahkan? me dapat paper bag Toko Tiga jer Haizi kasi. jadilah dari takde kan..?

sampai kat Toko Tiga ada sekor burung nie cantik je tapi garang nak mam. tak boleh lalu depan dia habis di jeritkan ai! Cis bedebah tau burung nie!


Dekat 45mins jugalah kat Toko Tiga. Lama for me. Yelah dok tunggu orang beli barang saya tak beli. Memang sadis tau perasaan mcm tuh. Pernah juga try jeans colour grey sebab look nice lah. Harga pun ok Rm 110 mcm tuh. Pastu size takde. Arggg...!benci!


muka riang gila diorang ni keluar dari Toko Tiga. nyampah!

Tak puas hati ok saya ajak diorang pergi Factory Outlets (FO).

1st FO saya pergi The Summit! OMG! pitam kat situ. kenapa murah sangat blouse dia??? kemeja macam kat Belle tu Rp 48000 jer. mean RM 20 sumthing lah. serius FO dia macam-macam tapi saya tak beli pun. sebab bila pakai gelebeh lah, besar lah, mcm orang tua lah. tapi serius mmg cantik² and murah.

next we go to Terminal Tas. sorga..sorga..sorga..penuh dengan beg ko! kasut pun ada. kasut lelaki not bad. me tak beli juga coz Haizi kata. baru beli beg. so do I need this??? nope! thanx -_-

lagi satu terpikir jugalah. sebelum saya pergi Bandung kan. ramai kata beg banyak gila kat Bandung and murah. tapi kat Terminal Tas tu banyak cuma...original ker? Gucci brand my frens beli. dunno lah harga Gucci original berapa tapi kat Terminal Tas tu around rm 80++. tapi memang mcm ok lah. me suka beg LV tapi of courselah tu bukan yang original. LV selalu ada gred. yang gred tu pun original ke? kalau original kenapa dia ade gred? confuse lah.

so me tak dapat beg and kasut..saya pergi makan lah. ni confirm dapat. haha.

me pergi Heritage Cafe. makan pisang keju. ya ampun! enak bangat. makanan yang ini amat menggemukkan plus saya dapat minuman yang paling fresh and terasa keenakan dia bila saya sedut straw. haha. nescafe o ais. serius nescafe tu pekat, manis, sedap and dia blender. thats why buih dia tak hilang sampai saya minum ketetesan yang terakhir. sedap gila! or mungkin tengah haus? -_-'



Pisang keju (2) and Nescafe o Ais = Rm 10

lepas lepak masuk Heritage. yang ni pun FO juga. tapi macam FO ade kelas lah. macam masuk Metrojaya. tahu tak? harga maintain murah. kenapa erh saya masuk FO tengok jer. beli nya tak mahu. sebab....

hati saya masih di Pasar Baru tapi badan saya berada di FO-FO nieh. -_-,

i think Pasar Baru paling best sebab..baju-baju, blouse boleh dapat kat Malaysia. baju kebaya sulam kerawang² bagai dengan harga Rm 36 mana boleh dapat kat Malaysia. Jalan TAR RM 100++ tau! so, saya just survey. Pak Sis kata, masih banyak FO nya. jangan khuatir. owh..!ok ok ok. (smiley face)

i think banyak2 kedai selain Pasar Baru, tempat paling best and sorga pada saya adalah Jonas Photo! orang suka bergambar mesti suka kat situ. saya beli frame gamba macam kat Malaysia tiada. YES!. Malaysia tak ada frame yg unik and murah. maybe lah ada frame tu.. tapi tak dapat kot harga frame di Jonas. frame 5r just Rp 12000 - Rm 3++ kot.



gamba ni looks like pregnant women. ignore it! plis!

Jonas Photo ni jual frame, kedai ambil gamba. gila meriah lah diorang amik gamba. dengan photographer nya, dengan orang nak ambil gamba nya. siap berkebaya make up bagai. seolah² ko pakai baju lawa-lawa (pakaian jawa, gaun kembang ke hape ke) datang kat kedai tu. just nak ambil gamba. serius teruja. tengok gamba dia pun lawa gila. takde pun kat Malaysia?

meriah sangat! penuh orang menunggu turn nak ambil gamba. nak buat juga tapi...kene tunggu 1 week. tak sempat coz flite hari jumaat. minta tolong poskan even bayar lebih pun tak dapat coz diorang tak nak pos. ok.nextime. apapun memang sumthing yang unik and best kat Jonas Photo.

my frens asked me "kenapa nak banyak² frame?" I reply "nak letak gambar lah kan. haha"

settle FO di Jalan Dago. esok FO Jalan Riau pula.

next weolls pergi Paris Van Java, shopping mall. I think mall ni feeling berada di Paris ala-ala Jawa lah. haha. ada Mark n Spencer, MNG, Esprit, GUESS. macam-macamlah. yang ni harga sama macam KL. I suka kemeja kat Esprit. tetapi duit gueh betul-betul cukup untuk shopping keesokkan hari nya. kat KL minta-minta ada. T__T



and tak lupa baju untuk handphone saya. bling bling again. kali ni I betul² suka. tinggal sarung jer haha. just Rm 50. ok lah dari KL yang saya buat tuh kan..?

untuk malam hari kedua ni saya just makan KFC, Jagonya Ayam! mcm mana nak kata yer. bolehlah KFC dia. ada ayam. tapi every set ada nasi and ada tu siap begedil. lain sangat. KFC M'sia lagi best! (teringat kentuckty nugget) nom.nom..nom..lepas makan pergi Starbuck. find out my tumbler. wahh! setiap tempat nak ada tumbler matiklah haku nak membelinya. haha. sekarang ni dok sibuk buat koleksi tumbler. Starbuck KL lagi sedap kot! minta Ice Blended Cappucino. Ice dia hancur gila. so rase minum ABC Cappucino. haha.



Rasa tak puas dinner me tapau J.co bawa balik. gila tamak. last-last J.co tu selamat ke tong sampah. tak usik pun. I like when cashier J.co thanx to me. " terima kashih belanja di J.co.." dia sebut tu macam nak makan je words dia tuh. comels! lepastu tunggu Pak Sis ambil weolls coz dia parking jauh sikit and terus balik OH. gila penat dari pagi sampai ke malam tak berhenti-henti jalan and shopping.

sampai bilik dalam pukul 8pm lebih. baring-baring, tengok tv yang banyak gila cerita best! and terus tidur tapi tak nyenyak. sakit badan pagi tu bangun. adehh..

to be continue....




3 comments:

elna said... [Reply to Comments]

memang syinaz, kat sana memang camtu...kat mana2 pun sama janji kat tanah indonesia...kesian menag kesian...so kita kenala bersyukurkan....

Tiarahoney said... [Reply to Comments]

mmg kesian ngan org kat sana.... memula akak smp dulu, seme terkejut beruk tgk budak2 dtg ramai2 serbu Avanza kitorang mintak sedekah.... driver yg kata jgn dilayan seme tuh... tp yer laa... dah nama kita ni Melayu, cepat kesian... hulur la walaupon 1000 rupiah = 30 sen... ada yg bwk baby lintas jalan.... ishh... so bersyukurlah kita kat sini...

btw, burung kat Toko Tiga tu mmg bising... kitorang dok dlm tu dekat 2 jam... Syuk laaa borong sakan... akak x beli sgt sbb xde yg bekenan (padahal xde saiz..... ekekeke...) smbil tgu tu, layan laa cakap ngan burung tuh.... lawakkk.... dia pandai gak cakap tau... hehehe...

shinnaz said... [Reply to Comments]

elna : mmg bersyukur sangat kak. kadang-kadang sihat jer diorang tuh..kalau kat m'sia, orang sihat mesti haizi tak mo kasik..-_-

Tiarahoney : hi kak yanti:) yes! saya bersyukur di Malaysia. sebenarnya kan. rm 0.30 sen tu sikit je tok kita. bila Rp 1000 macam banyak erh..hahah...

hahaha..burung ni masa orang pergi toilet dia macam tak kasi lalu. asal lalu bising..or dia nak cakap ngn kita? haha. kt Toko Tiga ni..Haizi je shopping pun. kita? takde size..hahaha