Bandung Day 3 Part I



we got one message form Naza Bandung. she's not feeling well,stomache and vomit. food poisoning kah? pity her. alone. nak harap kan saya membuta lah kan. malam tu lena pulak tidur. haha. maybe penat gila berjalan and angkut barang. ceh! ai ke yang bawa?

8.30am baru bangun. janji dengan Pak Sis pukul 8.30am. macam mana tuh. breakfast tak lagi. janji melayu betul. haha. Naza masih sakit lagi. dia tak larat tapi cuba bersiap. suruh makan, keluar balik. suruh baring dia vomit lagi. erm...


so, we decided go to pharmacy. nak pergi klinik dia tak nak. macam-macam ubat Shahrol beli. mintak angin, jamu tolak angin, ubat loya, semua ada. semua sekali Rm9. Ubat pun murah! mcm mana tuh? T__T

owhh! orang sakit sempat pose T__T

ok next destination is Tangkuban Parahu. otw pergi sana pun Naza vomit again! ewww...hitam. sebab dia makan ubat tahan muntah macam arang. dia macam tak larat sangat so baring jer. perjalanan harus diteruskan sebab dia tak nak duduk bilik.


dari OH to Tangkuban dalam 45mins. macam naik Cameron Highlands. serius kawasan dia padat sangat! rumah-rumah rapat or rumah rapat-rapat? view dari udara pun kawasannya berbukit-bukit and ada rumah di lereng bukit. 1st time saya tengok. teruja! padat gila!

ternyatalah Indonesia ni memang ramai gila penduduk dia. tengok jalan raya jer. kenderaan memang banyak and diorang ni suka nak honk. tapi diorang relaks jer coz honk itu sebagai ingatan supaya berhati-hati. tak macam kat M'sia. bila kene honk jer, marah orang tuh!kan kan kan?

sepanjang dari OH ke Tangkuban boring sikit lah. rumah-rumah, orang-orang, tanaman pastu jalan pening gila sebab bengkang bengkok. lagilah pening si naza tuh. but..once I da sampai kat Tangkuban Parahu kan..Ya Allah cantik gila! (dlm hati takut) haha. sebab takut buatnya meletup ker hape ke tak sempat nak turun. sob..sob..sob..


haizi with Pak Sis :)

view adalah sangat cantik! ok. cerita kat Tangkuban Parahu ni kan, berhati-hati sebab ada orang akan follow you di mana-mana. everywhere! pening tau! kita nak snap picture dia ada, kita jalan of courselah dia follow kan.

Di Tangkuban Parahu ni die kene turun bawah baru boleh nampak kawah gunung berapi. me tak turun coz naza masih tak sihat. kiteorang mcm kene cepatlah. Pak Sis kata nak turun tu jauh.. so? tak nak lah. jauh lah nak jalan, penat lagi. turun ok lah..kalo naik? kurus nanti! T__T uolls nak turun ke kawah tu pun ade orang guide if tak sesat nanti..tak jumpa jalan balik. harga tak sure tapi dalam ratus ribu rp sahaja. -_-

cantik gila tau! kat Tangkuban Parahu juga saya ada beli Stroberi. gila sedap and sweet. beli baju untuk anak buah saya. murah-murah sangat. dah penat round, lepak sekejap kat kedai kecik comel. makan tempe goreng+cili padi and pisang goreng . pisang goreng adalah sangat, sangat,sangat manis. haihs...serba manis pulak kat Tangkuban nie!



kat Tangkuban Parahu ni ada kuda juga tau. sian betul tengok kuda tu kena naik pergi Tangkuban Parahu, pastu kene bawa barang. me nak ambil gamba, Haizi kata tak payah nanti kene bayar! kedekut!!haha. done at Tangkuban Parahu. cant wait for next destination T__T. Time ni perut rasa lapar coz saya tak breakfast. dah lah lambat bangun and tengok makanan dia tak berapa nak masuk tekak so, tak jadi nak makan.

so, weolss pergi Kampung Daun. lawa gila ok! mcm dalam hutan and tiba-tiba ada restaurant! otw ke Kg Daun tu (if dari Tangkuban lah) akan nampak penduduk di situ pendapatannya ialah tanaman. sebab ada bunga and ada sayur.

sesampai di Kampung Daun, Naza tak larat nak jalan. die punya tempat makan kene explore tau. haha. amazing race! so jauh sikit. that why kene register dahulu.


tadaaaaaa..welcoming from Kampung Daun tehehee..

Naza yang tak larat..-_-,
nak makan kene register
otw to 'meja makan'

s10 our 'meja makan'


nasi pepes kot. tak ingat. yang ingat guys dok cakap " ape nieh order nasi l***h

Pisang Keju. spesel ada stroberi



Ayam Penyet again! tak sedap..saya prefer PB punya. nom..nom..nom..and me order air kelapa. kelapa tua dia kasi. harga pula ok. tak mahal and tak murah. biasa-biasa sahaja. T__T and........calculator jangan lupa bawa!

'pengantin baru' muntah sekarang

macam makan dalam pondok pendekar dulu-dulu ada sungai bagai..berhenti rehat kat pondok. dunno ni sungai buatan or memang ada. serius best gila! peaceful.

jap erh! kenapa dalam gamba muka kite putih sikit tapi bile face to face or tengok kat cermin sunburn tak hilang pun? I mean muka hitam lagi. -_-,


otw back to town Haizi snap picta nie. dia tu kan semua benda nak snap. iklan rexona bagai. bila tengok gamba ni kan saya teringat masa saya kecik-kecik dulu Umi bawa saya main benda nie. beza di Malaysia dia masuk koin and ada kat mall. Di Bandung benda ni akan ada orang kayuh and ia di jaja rumah ke rumah. beruntung gila kids kat Bandung. tak payah pergi mall or tempat game. direct datang rumah. tapi saya bersyukur kerana saya berada di Malaysia. susahnya hidup rakyat di Bandung. benda yang tak pernah kita fikir diorang boleh buat and ada sahaja yang pelik dan menarik pandangan mata saya. -_-

actually time ni weolls otw to Rumah Mode. banyak-banyak FO. yang ini kot paling cantik. ada cafe bagai and best! me shopping seluar tidur. lawa. lawa. and murah. baju super banyak tapi tak berkenan and sempat beli legging. sekejap je kat Rumah Mode sebab ada orang sakit dalam kereta. so I just tengok-tengok macam tuh. tapi serius lawa and murah!

gamba ikan ni pulak memang funny gila. dari jauh saya nampak sumthing dari kolam ni. sebab Shahrol dok posing sakan kat sini. saya ingatkan buaya. so saya datang tengok rupenyer ikan ni. air kolam ni penuh and dia macam nak terkeluar. kalau terkeluar cane? mati terus.

bukti saya di Rumah Mode T__T

lepas makan weolls pergi Jalan Cihampelas. nak cari T-Shirt Bandung.


murah gila! kain sangat berkualiti and murah! tak boleh letak price kat sini. some other frens yang saya bagi baju ini nanti diorang kata " amboi! Shinnaz yang murah ko kasi kan??? " yeker?? haha. or imiginasi saya? -_-'
lepas tu saya singgah kejap di FO Jalan Riau. weolls tak follow itinerary yang agen bagi pun. haha. sebab ada FO yang weoll nak masuk and ada yang tak nak. so..missed macam tu jer. konon nak sekali harung.
ni kat FO Jalan Riau. time ni ramai gila orang berniaga and kerumun weolls. dia pantang tanya. 1 tips saya rasa boleh pakai if uolls nak beli. 1st, buat-buat tanya. (confirm akan ditawar dengan harga asal yang mahal). 2nd, buat muka terkejut or buat tawaran. ( nk murahlah kan) if dia tak kasi, uolls blah jer. nanti dia akan kejar and terus bagi price yang murah gila! it works to us! serius! menjadi gila. haha.
one thing yang funny and kesian bila ada satu peniaga ni saya tak perasan pun. die berniaga di depan OH. every morning akan follow us nak jual barang. mahal sangat dia jual. t-shirt jer RM 36. sedangkan saya boleh dapat below RM 10 di Jalan Cihampelas. tak worth it lah kan? tengah dok pilih key chain kan, peniaga dari OH ni datang and tanya saya (kalau baca plis baca mcm orang Indonesia cakap) " kakak tidak kenal sama saya? saya di Orange Homes. kenapa kakak belinya di kawan saya yang lain. saya sabar menanti kakak di Orang Homes"
omg! kesiannya dia...tunggu haku beli pastu saya beli tempat lain maybe kawan or musuh dia kerkan? benda yang sama dia jual pulak tuh?? so..rase kesian saya beli juga. even dah banyak dah saya beli.

satu lagi part bila saya terlupa tutup pintu coz penat bawa frame from Jonas Photo. tiba-tiba datang kanak-kanak kecil. memang comot lah tapi comel. " ya kakak..tolongin saya kakak. enggak punya uwang dari pagi..tolong kakak..tolong kakak" memang kesian gila! saya nak tutup pintu pun tak dapat. nak bagi ke tak? last-last Pak Sis kata tak payah bagi coz dia ade 'ibunya'. ok fine ai tutup pintu kuat-kuat. jahat tak? (gelak jahat)

kat sana memang akan nampak orang minta duit, jual barang tepi jalan. even yang sihat pun akan buat benda yang sama. especially kids. jalan raya ni dah macam padang kot untuk diorang main.

to be continue...

p.s: makan malam yang best!