Bandung Day 4

hari terakhir weolls disana bangun pun lewat. macam tak mahu balik pun ada. tak shopping pun tak apa. nak stay lagi 2,3 hari. haha.



gigih tau diorang ni kerja. kejar sana. kejar sini. sampaikan nak balik ni pun still pujuk-pujuk minta beli barang diorang. Naza jer beli. I duduk dalam kete. itu pun sempat jual kat saya thru window. haha. macam-macam. T__T

very creative!
oh ya! btw Haizi beli sim card kat sana. TM punya. murah sahaja and banyak pula kasi 1000 msg percuma. gila lah! nak call Malaysia pun murah. (yang ini diakui oleh Pak Sis) tapi weolls tak call pun just sms. hari ke-4 betul-betul lewat bangun. dalam pukul 10 baru gerak dari OH. memang sengaja suruh Pak Sis ambil pukul 10. untuk masa yang kesuntukan tu saya minta pergi Pasar Baru lagi. nak beli baju batik for kawan-kawan Haizi. and saya nak makan ayam penyet PB juga.


kat Pasar Baru pun ada jual tudung. memang cantik-cantik and unik. harga murah gila dah convert to RM dia jadi Rm 13 lebih lah..rm 10 lah..semua stock yang sulan and kerawang. cakap and pilih jer.

kali ni saya order ayam penyet, air mangga (sedap gila), tempe 2 set and air fanta. nom! nom!



muka kenyang! miss them~

lepas pergi PB weolls pergi The Summit again. Shahrol memang berkenan dengan satu beg tapi...dia was-was nak beli mulanya. so, sebelum balik Malaysia dia sapu dulu. time ni rasa macam panas je tau cuaca dia. tapi tak mcm panas di KL lah. Bandung berangin sikit.

depan Heritage

saya yang layan Ais Krim Durian.

then, weolls pergi Kartika Sari. yummy~ brownies adalah sangat sedap! saya pilih brownies chocolate, tiramisu, choc chip and chocolate lagi. sedap sangat ok! menyesal tak beli banyak!


harga adalah berbeza. yang saya ingat brownies chocolate Rp 35000 lebih kurang Rm 9-10 lah.

so, macam banyak masa lagi..weoll pergi Jalan Cihampelas lagi. cari T-shirt murah-murah. and beli beg pack sebab barang yang dibeli tadi tu tak muat nak masuk beg. takut lah kene charge lebih. matiklah. duit memang tinggal khas untuk tax kat airport.

@Jln. Cihampelas

ok tax yang dikenakan oleh Bandung adalah Rp 75000/person. dalam Rm28 seorang. so get ready ya T__T

Jalan Cihampelas tu memang meriah tau and sedikit jammed. barang kena pandai tengok biar dapat harga yang berpatutan.

dah penat shopping and berlengas tengah panas weolls gerak ke airport. gila banyak barang haku. sebaik saya da extra kg for my bag. haha. 50% kan AA bagi if beli online. hehe. so saya and Haizi 40kg. beg weolls dalam 38kg. ada balance 2 kg. tu tak kira yang bawa naik flite. adehh!


flite pukul 5pm and sampai KL pukul 8pm. sesampai di LCCT adalah beli Mc D. rindunyer dengan Mc D. kat Bandung makan KFC tak sedap. rindu nak makan KFC M'sia. 2hari berturut² lepastu saya makan Mc D. haha. ambil cab and sampai Putrajaya dalam pukul 9 - 10 kot. tak hengat. T__T

ok. bye habis bab Bandung!

kesimpulan : mmg seronok gila even saya tak shopping sangat. berjalan di tempat orang, lihat suasana baru. saya nak pergi lagi. revisit! maybe next year kot. I. Allah. tapi kali tu saya nak bawa duit banyak-banyak! (erm..make sure saya menabung lah kan? haha). ade CIMB Bankcard tapi tak boleh guna kat sana. sob..sob..sob..mungkin ada hikmah dia. hehe.


7 comments:

MRS. K said... [Reply to Comments]

eh, tak gila glamer dah..satu entry je kua..hehehe

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

uwaaaa...jahat tau!!!hehehe...dah jadi lah..tunjuk ajar ku sifuu..:p

Tiarahoney said... [Reply to Comments]

Shinaz, mmg seronok kan dpt gi sana.... akak paling x puas hati sbb x dpt nak belanja sgt kat Pasar Baru tuh n x dpt nak spend more time kat sana pasal driver dah ajak g tempat lain.... ishhh.... overall, sana mmg heaven for shopaholic mcm kita nih.... hajat hati mmg nak pegi lg tp bergantung kat ongkos dulu.... ni pon nak g Padang bulan depan xtau laa dpt shopping ke x pasal ongkos x cukup lg... insya allah ada rezeki lg, akak nak pi Bandung lg next year... so start saving from now!.... yeahhhh

shinnaz said... [Reply to Comments]

Tiarahoney : chaiyookk kak yanti..!!!hehe..me too..nak pergi lagi. i.ALLAH. nanti jangan lupa upload photo di Padang.

farahfatihah said... [Reply to Comments]

wahh dah habis dah citer pasal bandung ek..nk tnya ole2 tuk akk ada x?? lalalala

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

farahfatihah : opppsss...! :p

Ms and Mr Red Ribbon said... [Reply to Comments]

hello kak... kalau ada yang nak gi bdg lagi, sayer ada pakej jimat... terjah kat cni yer...
http://redribbonboutique.blogspot.com/2010/10/pekej-travel-murah-ke-bandung-bersama.html