Perhentian II



after check in dalam pukul 12pm we had a lunch at Cozy Cafe. not bad lah. saya ambil dengan pakej so, termasuk bilik, breakfast, lunch, dinner and 2 snorkeling trip. kalau kat Redang 3 snorkeling trips! best kan?

nak cakap macam mana ya? actually kan. gila boring. sebab kita bukan jenis yang cool. relaks tepi pantai. omg! kenapa aku ada kat sini. serius lagi sakit tahu tak. 1st time pergi Perhentian. I ada belog walking then, tengok diaorang pergi Perhentian semua tempat happenning. sampai kat aku. gila macam tak ada orang. tapi memang sesuai honeymoon mode.

tak suka. tak suka. orang suka happening, bising dan fun! bukan senyap macam itu. memang betul-betul kat pulau. kalau nampak mat saleh pun dia orang duduk tepi pantai baring, tidur, menjemurkan diri and baca buku. nakbaca buku kat rumah pun boleh. haha.

so, lunch untuk hari pertama adalah.




dia memang dah siap-siapkan. bukan buffet. weolls lunch pukul 1pm dia masak pukul 12.30pm macam itu. so masih panas-panas. best lah. makan tepi pantai. view memang super duper cantik. ciptaan Tuhan.

after lunch weolls ready to snorkeling. actually tak larat sangat. tapi kena juga. semua dah di bayar. and this is 1st time ever me snorkeling tau. kalau pergi jangan lupa pakai sunblock. kat sana jugalah orang jumpa sunblock jenis air. I mean dia spray. bagus jugak kan. sunblock yang I pakai tu bila campur air masin dia busuk lah. haha. nanti orang beli and try orang review kat sini.

1st snorkeling dia bawa weolls ke Pulau Perhentian. nak tahu tak ingatkan snorkeling tepi-tepi pantai saja. sebab dari tepi pantai tempat weolls makan dah nampak ikan nemo comel-comel, ikan selar, ikan todak semua ikan ada. diaorang duduk tepi pantai. rupanya salah sangkaan saya. dia bawa weolls ke satu tempat lain. naik boat and pakai life jacket semua. then dia suruh turun kat laut.


omg! tak nak lah turun. fyi, me seorang sahaja perempaun dalam boat. tak ada geng! me dikelilingi lelaki-lelaki seksi kecuali Haizi. haha. patutlah pening! abang boat suruh turun juga. 1st dia bawa pergi satu tempat tengok ikan dia tepi batu-batu. ingatkan tak dalam. rupanya bila orang turun dalam gila. and geli. tengok coral. walaupun kaki tak sampai kat coral tapi geli. and ikan lalu lalang.

serius me tak stabil langsung. kata pakai life jacket stabil. terapung. tak ada nya. asik nak tenggelam jer. maybe life jaket rosak kot or badan dan berat. so, ketumpatan beban makin ke bawah. -_-,

tak ok. cuma kita kena imbangkan badan and berani. serius saya berpaut kat tangga boat jer. haha. orang lain berenang-renang dengan bebas. kata 1st time kan? menjerit-jerit ok kalau nak tenggelam. ikan-ikan tolak orang. so tak stabil.

gambar tak ada sebab 1st time datang Perhentian, 1st time snorkeling. so, takut camera kena air. then we moved to shark fin area. ewww...takutnya. kalau dia makan kita macam mana? memang nampak ok. panjang dan kurus. nasib baik tak gemuk. kalau gemuk macam Haizi mesti kena makan orang yang besar dan banyak. actually dia tak makan orang. dia round sahaja. seperti biasa me geli dengan coral. sebab dia colour brown lumut-lumut tuh. pastu gerak-gerak. ewwww... abg boat kata pergi lah jauh sikit sambil tangan dia cuci boat tau. sempat lagi dia cuci boat dia.

then weolls pergi tengah-tengah laut. nak tengok penyu. penyu tengah laut ker? bukan orang tengok dia datang kat pasir ker? abagn boat kata dia ada masa-masa penyu ni naik kat laut. abang tu kata normally dia akan ke dasar laut bersembunyi.

Haizi jer turun sebab dia kena cepat. kalau tak, tak nampak penyu tuh. takutlah. tengah laut. haizi kata nampak. memang besar gila. bila orang kecoh-kecoh dia jalan laju-laju masuk ke dasar laut. ada 2,3 ekor. rugi lah tak tengok tapi takut.

lepas tu weolls balik Cozy. done snorkeling trip pertama. and pasal cozy yang weolls duduk tu. not bad lah. actually ada yang dekat. betul-betul depan pantai. tapi yang itu chalet. so, konon honeymoon lah. stay lah kat cozy sekali jauh nak mam. adoi! kena daki bukit bagai. nasib baik cozy saya yang pertama dan dekat.








6 comments:

mama_auni said... [Reply to Comments]

cantik kan coral tuh..teringat mase gi snorkeling kat tioman dulu..geli jek kaki biler ikan lalu lalang...
me pon same berpaut pada tepi bot, sgt takut..haha

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

takut kan. lagipun 1st time. kalau ikan lalu kat aku aku halau. geli lah!

p.s: tetibe teringat ikan kembung goreng panas yg sedap!

mamamarissa said... [Reply to Comments]

bila la dpt bercuti ke pulau nie...best kan :)

Hana Faza-same person said... [Reply to Comments]

i like! plan nak pi hujung tahun :P

MRS. K said... [Reply to Comments]

i want more!
nak lagi! nak lagi!
mana gambo u pakai baji snokeling? kekeke

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

waahhhh besss woah snorkling... 1st time i snorkelin dulu kat sabah.. lage laaa.. siap pakai life jacket n pelampung.. keh keh keh.. so lebih selamat bukan??? hahahaha so sekarang da ok dah kot...

ready 4 our next snorkling session shin... lage best tuh~!!