Perhentian IV


i dont know mana dapat spirit nak pergi snorkeling. yer lah semalam kan takut-takut. haha. hari ni semangat gila. siap mimpi bagai. janji dengan abang boat pukul 9. breakfast pukul 8. so, we are ready to snorkel! ada ke ayat snorkel? haha. snorkeling.

saya suka nikmati my meals pagi tu. serius! fresh gila. mee goreng and keow teow tapi sedap sangat! panas-panas minum milo pekat sambil dengar bungi ombak. feel habis! after breakfast lepak tepi pantai tunggu abang boat. janji pukul 9am, 9.30am tak sampai.

bengang tahu tak!

lepak-lepak atas kerusi. mat saleh suka lah duduk sini. lepas tu baca buku. apa lah! supposed kalau nak bergaya. I nak bawa buku lah. buat-buat baca. haha. :p sunglasses jangan lupa. haha.

then, naik boat ke Pulau Rawa. serius memang cantik gila! yang ini ada gambar. sebab dah ready dengan camera. you turun dulu, then I. ok? haha

Pulau Rawa ni saya ingat dalam macam Pulau Perhentian rupanya dia tak lah sedalam Pulau Perhentian. dalam tak dalam mengjengket jugalah. geli dengan coral yang kali ini colour hitam. ewww...dah tu ada see cucumber. memang macam timun lah. timun hitam. geli. teringin nak pijak tapi nanti merosakkan benda dalam laut pula. kejap lagi Haizi tak sengaja pijak dia terus melompat geli. dia kata lembik! haha.

kali ini I dah berjaya pergi seorang diri. kuak sana, kuak sini. haha. tapi tetap tenggelam timbul.

"sayang, sayang dah pijak pasir lah!" haha. Haizi rimas kot sebab sikit-sikit tarik baju dia. saya takut tenggelam. tak sangka dah pasir pun nak berpaut. haha. time ni me bagi roti kat ikan comel. gila serabut ikan nie. macam tak pernah dapat makan. tapi susahlah nak tangkap dia. laju gila dia lari.

tapi! serious! memang lawa gila!!!!





then, weolls ke Pulau Susu Dara. abang boat kata tak dara dah. Susu Janda. haha. kat sini pun cantik tapi terlalu banyak coral. siap boleh berdiri atas coral.

"jangan berdiri atas coral ada racun.." marah betul orang boat lain kat weolls. manalah tahu kan?
then banyak habis kat situ sahaja. balik singgah rumah api. macam Akim cakap. me tak pergi sebab mabuk laut dah. pening. balik Cozy terus lunch and me tak mahu soup dah. request western. boleh lah tahan. tapi tak sesedap Station 21. nom.nom.nom.

lepas makan terus tidur. ingat nak pergi round Perhentian Kecil. sekali tertidur da. petang gila baru bangun. memang enjoy gila snorkeling hari tu. bangun tinggal dinner balik. haha.




kali ni dinner dia bagi BBQ. not bad lah. tu pun tak habis. spesial sikit malam itu. mood pun romantic. haha. geli lah! habis dinner weolls spend masa kat Cozy. penat lah. so, nothing yang menarik malam tu. tidur and makan sahaja.






masa ini rasa tak mahu balik. boleh? rasa sekejap sangat. mungkin dah baik sikit kot.



2 comments:

farahfatihah said... [Reply to Comments]

apesal cam xda org je kat situ? huhuhu

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

kak farah. kita rasa kita pergi silap pulau. haha. yang happening and ramai orang rasanya perhentian kecil. kita pergi perhentian besar. lagi satu tempat yang kita pergi tu tempat yang sunyi. memang tak bising langsung. mat saleh tak ramai time ni coz mengikut kata abg boat world cup season. lagi pun cuti sekolah. orang putih tak suka bising-bising. dia nak relaks. tapi serius! mmg dia orang senyap sahaja dan baca buku tepi pantai. :)