benci gila mimpi malam tadi



assalamualaikum,

sumpah! gila scary mimpi malam tadi. kalau yang Edward Cullen scary yang best. yang ini scary tak best sampai nangis-nangis.

tak tahu lah. lately, suka tidur terjaga-jaga and tak lena. kalau nak tidur lena kena tidur pukul 9.30pm. kalau dah lebih 9.30pm tak boleh tidur lena or memang tak boleh tidur. sudahnya malam tadi balik dari Kg. Baru dalam pukul 9.20pm. 10mins je nak prepare masuk tidur. haha. memang tak sempat lah kan. dengan Benci Bilang Cinta tak tengok, CSI Vegas and Miami tak tengok lagi. macam mana?

so, saya kacau si gemok. dia marah tau orang kacau-kacau ajak borak. sometimes terasa macam cakap sorang-sorang. tiba-tiba Haizi macam tak bernafas. I mean kalau kita sebelah-sebelah kan boleh rasa dia bernafas kan? tak bernafas ok. mula-mula, tahu dia main-main. tapi lama gila tak bernafas. kejut-kejut tak mahu bangun. betul ke tipu ni. lama ok drama ni. last-last I yang nangis. betul ker dah tak bernafas. haha. dah menangis baru Haizi bernafas balik. haha. so, benda macam tu pun nak buat main-main tau. start dari tu kan.... saya lagi tak boleh tidur. lagi-lagi Kangah text saya kata umi demam panas. sedih sangat. :(

saya rasa saya tidur. tapi macam tak tidur. haha. malam tadi saya mimpi saya dekat kawasan setinggan. saya ada rumah apartment dan Haizi kena kahwin lain. -_-, benci tau. 3 kali mimpi Haizi asik kahwin lain. tak ada mimpi lain ker? haha.

gila sadis. perempuan tu lemah lembut jer. Haizi tak nak kahwin dengan dia. tapi dia dah kahwin. dalam mimpi tu kerja gila yang saya buat, saya asik intai rumah perempuan tu (rumah bukan apartment) dari apartment saya. haha. (nak tinggal apartment je tau. haha). mimpi tu saya tak kasi Haizi jumpa perempuan tu. haha. Haizi pun ok. tapi kalau dia dah laki bini mestilah dia nak jumpa kan? takkan lah dia tak tengok bini baru dia?

dalam mimpi sempat pikir ok. nak habis kan mimpi jugak. sebab nak tahu ending. haha. ending sangat mendukacitakan apabila Haizi pergi juga kat perempuan tu. dia kata kesian. bukan kehendak dia nak kahwin. dia kena paksa.
bodohnya mimpi macam ini. sudahnya bangun tidur menangis lagi. sob..sob..sob...

tak suka tau mimpi macam ini. memanglah tak terjadi realitinya. tapi perempuan mana nak share kan? orang kata kalau kita mimpi benda tu akan jadi terbalik. means tak berlaku. kalau dah 3,4 kali macam ni, macam nak remind jer supaya berhati-hati dan berjaga-jaga? haha.

erh!! tak nak lah. minta-minta tak ada. amin :)


b, jangan ingat orang mimpi orang suka tahu tak?????? (geram ni)


8 comments:

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

aku pun pernah mimpi amin ade gf lain dak opis dia..bile aku citer,dia gelak kate dia bukan mcm tu..hahaha..

mamamarissa said... [Reply to Comments]

asyik mimpi bukan2 jer nie...sebelum tido, basuh kaki tak...hahaha!!!!

h a i z i said... [Reply to Comments]

tido tanpa nafas tue senaman melayu.. bagi hibernate badan dan recharge.. hehehe..sowy lah babe...cian syg...
btw.. mumpi jer tue.. abaikan.... bini b sorang jer.. :*

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

ummiaqeef : scary kan??

mamamarissa : hehe..dah lah kak jue..tak tahu nak basuh apa lagi. agaknya dia suruh rendam kot kan..haha

Haizi : alah..ni kan mimpi...senaman apa tuh? tak kurus pun??? :p

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

shin; haaaa tau takut...... hihihihihihihi lps ni jaga haizi baik2.. xmo marah2 haizi lage yer~~

farahfatihah said... [Reply to Comments]

hahahahaa adoiiii shinnaz2...akk pun mimpi mlm td...mimpi apa? jap cite kat blog!!

Mrs. Hakim said... [Reply to Comments]

shi, ai baru bukak belog yu. eh, kes kita samalah.. ada satu time tu kan, x ingatlah.. rasa cam hujung² tahun lepas la gitu.. ke pertengahan tahun lepas.. ai kerap mimpi en. hakim ada gf lainlah, kawin lainlah.. pastu dah la kawin lagi pastu bila naik kereta ai kena duduk belakang, wife baru duduk depan. lagi lah sedih. over gila sampai ai menangis teresak² tau dan bila terjaga memang ai tengah menangis betul² and air mata meleleh².. ai menangis n merajuk sampai bwk diri ke London..sorang² tu.. bertambahlah sedihnya. jauhkan ai merajuk. hahahaha. tapi mmg scary lah kalu mimpi² mcm ni. tak suka. menyampah. meluat. tau tak???

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

sallyza : takutttt....haizi tu degil ya amat. mahu I tak marah. haha.

farahfatihah : kak..skg ni mmg musim orang mimpi je kan...? hehehe

Mrs. Hakim : kak mel kita dpt rasa mcm mana perasaan kak mel dlm mimpi tu kena dok belakang walhal gf baru dok dpn. ini tidak aci!!!!! automatic kan sedih...macam kena tinggal betul2 kan?? tapi tu lah mimpi mainan tidur. tapi ada juga mimpi jadi kenyataan. tapi minta² tak adalah. mintak dijauhkan..sedih tau!