stress



malam tadi mimpi. mimpi yang menakutkan. saya ada dua orang jer adik. itu pun selalu menyakitkan hati saya. mereka seolah-olah buat saya seperti bayang-bayang. diaorang selalu memperlekehkan saya dengan alasan saya garang seperti singa.

memanglah garang seperti singa apabila kakak menyuruh adik menyapu sampah tetapi mereka ketawa-ketawa sambil tengok rancangan kegemaran di TV. selain itu, mereka akan buat sesuatu kerja apabila saya mahu pulang ke kampung halaman (di mana kampung itu adalah rumah mereka) kerana mereka takut saya akan bising membebel. semasa ketiadaan saya mereka akan ketawa seperti syaitan kerana suka bila si singa pulang ke rumah dia di Putrajaya.

masa kecik saya disuruh membasuh kasut untuk adik no. 1. bahagiannya kau kan Kangah! sekarang saya lebih bahagia bila dia bagi hadiah harijadi kasut Vinci. haha. walaupun dua kali tukar sebab tak cukup size. thanks a lot Kangah. sekarang juga dia sudah mahir memasak dan boleh menjadi chef. tahniah!

adik yang ke 2 pula. degil gila dan hati batu atau kering. kenapa kau macam tu ha? lempang 3 kali pun relax sambil jalan masuk bilik hempas pintu. merajuk lah tuh. haha. tapi serius hati kering. dulu kalau periksa no. 25 dalam kelas ayah akan panggil untuk dimarah. sekarang adik no. 2 periksa no 38 ayah panggil siap bagi strategi macam mana nak hadapi peperiksaan. gila tak adil. itu pun bukan dia dengar. gila degil! kalau umi suruh hari ini. esok belum tentu buat.

malam tadi mimpi adik no. 2 masih kecil dan comel. tidak seperti sekarang. saya berdua pergi bercuti di Perhentian. kenapa kami berdua ya? kami bermain di jeti dan adik no. 2 meluru mendapatkan saya sambil berlari " kakkkk loooonnnnnnggggg...." terus dia jatuh dalam laut. gila takut weh. kenapa dia jatuh. dalam mimpi tu saya macam terkejut and tak selamatkan dia. sebab tak tahu berenang. so, jerit-jerit panggil orang minta tolong selamatkan dan rupanya dia masuk dalam penapis air laut (yang ini musykil gila. kat laut ada penapis ker? macam kat pool??) so, bila dah buka penapis tu adik no. 2 keluar dan terpelanting ke udara and jatuh atas riba saya. saya peluk sebab takut kehilangan dia dan menangis.

motif mimpi : saya sayang adik-adik saya.

saya msg dia pagi tadi "Adah...malam tadi kak long mimpi adah lemas..kak long nangis-nangis..last-last ada orang selamatkan adah then ada tercampak dari udara. Kak long sayang kan Adah. Adah jaga diri tau. belajar rajin-rajin dan tolong umi yer...sayang Adah."

kejap lagi dia balas "Adah mati ker? huhu..ok. ok. sayang kak long jugak."

wth? aku punya bagi message panjang-panjang sambil menangis dia balas pendek dan .........

saya balas "bongok Juju! (nama samaran)"

sayang semua orang!




13 comments:

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

1) ayat kamu sgt skema mcm buat karangan

2) u r a good sister

3) sedih bace sms pd adik

sekian,terima kasih..

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

terima kasih rozie. kau je memahami aku. aku cerita kat haizi tapi dia mcm tak ada respon lalu menggelakkan aku. adik aku pun sama. bengang je aku.

sama-sama

mamamarissa said... [Reply to Comments]

kita sama...adik beradik 3 org & semua perempuan...bila tak ramai, mmg akan saling menyayangi & menghargai...tambahan pula, dah jadi yatim piatu...akhir kata, saya sayang kakak2 saya :)

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

mamamarissa : betul..tapi kalau ramai pun sayang juga. tapi tak dpt byk hehe. sbb byk nak kena bahagi. hehe..kita pun anak yatim. lagi lah sayang kat adik-adik kita. rasa macam tiada siapa di dunia. last but no least, sayang kak jue juga. bye

phynaz said... [Reply to Comments]

sayang kalong and adah juga....... :))

h a i z i said... [Reply to Comments]

b pun ank yatim..huhuh.. nak kasih syg jugak... leh? whuhwuhuw... ;) luv u!

mamamarissa said... [Reply to Comments]

sayang shinnaz juga...bam2 pun sayang auntie shinnaz...ok, bai :)

farahfatihah said... [Reply to Comments]

apa la agaknya yg kamu pk b4 tido tu shinnaz? hehehe

Baby Tiger said... [Reply to Comments]

shin,

maksudnya shin akan dapat rezeki (ka ching!!), dan orang yang lead pada rezeki itu adalah adik shin.

ni ramalan je tau. jangan percaya sangat.

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

owhh..kalau betul alhamdulillah. request lah nak rezeki baby. haha. sebab time tu adik kita mcm budak kecik comel. (tapi kenapa besar dia tak comel. haha)

p.s: tak percaya. tapi pernah dgr! hehe. thanks kak nim :)

akak comey said... [Reply to Comments]

alah sinaz, ok la tu.. ko jumpa dorang pun sekali sekala di hujugn minggu.. akak ni yg dok hari2 ni ngan bdk2 ni lg menyirap.. kdg2 tu sampai gamba singa kat tv kua pun dikatanya sepupu aku.. abes kalau dan singa tu sepupu aku, singa tu bkn sepupu dorang gak ke.. hahahaha.. adat la sinaz adik-beradik.. ko baru 2 org, akak yg 8 ni... apa kes?? wahagahagahagaha

Baby Tiger said... [Reply to Comments]

woi. rezeki nak request2 pulak. hampeh shin!

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

akak tak comey : ha ah lah. kalau kau singa diaorang tu mesti lah adik singa kan? ngokngek tau diaorang nie. haha. takper kak. tu psl aku kua kan statement, anak sulung..cantik dan rajin even garang. haha. :p

Baby Tiger : haha. kalau boleh...:p