16 Ramadhan



semalam lepas habis Step Up 3 saya terus berbuka di Chakri. nom.nom.nom. masa lalu depan Bayou tiba-tiba nak makan kat Bayou sebab lebih murah. nett lagi, RM 39.00. lagi satu Izan, ex DSK kata Bayou ada di Cyberjaya. sama juga kan? Cyberjaya dengan Alamanda?

so, di Chakri ambil set buffet. me and Haizi. tepat waktu berbuka ok weolls sampai. terus minum and ambil makanan. ala..rugilah bawa saya sebab saya tak banyak makan. haha.

ada nasi minyak ke briyani, daging masak apa entah, ala-ala rendang, udang butter, daging kicap, tahu telur, sotong apa entah yang pedas,sate, ikan bakar and banyak lagi. dessert pula, ada yang macam mangga pulut tapi dia bukan mangga tapi dia buat pakai pisang. sedap juga. haha.

ok lah. cuma tak variety je. tak banyak pilihan. tapi makanan dia semua sedap-sedap!

RM 42.00++ termasuk caj lebih kurang RM 49.00/person.




0 comments: