Cornflakes Madu Hitam Menawan





gambar tak lawa kan? tak bermakna tak sedap tau! haha. picture di ambil oleh MHMK. sangatlah tak lawa. tak tahu nak salah kan siapa. handphone or MHMK.

ramai kan tahu buat kuih ini? ini kategori kuih ke? biskut pun bukan kan? nak panggil apa ni? saya bagi nama dia Conrflakes Madu Hitam Menawan, CMHM.

masa kecil saya suka gila CMHM ni. tak tahu lah kenapa. kalau ada jamuan mesti nak benda alah ini. tak raya pun nak! sedap....ada cornflakes, ada madu, ada milo, ada nuts! nom.nom.nom.

setakat cornflakes madu ini senang gila kan nak buat. tapi saya tak guna oven. haha. dulu mana lah ada oven kan. saya goreng je semua bahan-bahan dia. senang! rumah saya tak pernah miss CMHM. kuih favorite lah! selain CMHM ni, saya suka sangat Almond London!

Resepi :-

Bahan-bahan

1) Conrflakes
2) Cornflakes Gold
3) Madu Lebah
4) ButterCup
5) Milo
6) Nuts ( kalau nak, kalau tak nak masukkan almond, choc rice and what so ever)

Cara-cara :-

panaskan kuali, then masukkan buttercup. dia akan cair. bila dah cair baru masukkan Conrflakes and Cornflakes Gold. kacau kasi sebati dengan buttercup. then bila dah sebati, masukkan madu. gaul bagi mesra. i mean madu tu melekat antara satu sama lain. lepas tu baru masuk milo. kalau milo banyak dia jadi gelap. tapi sedap lah! last sekali masukkan nuts. kalau tak nak pun tak apa. tiada paksaan. kacau-kacau sampai rasa puas hati. masukkan dalam mangkuk then letak dalam cup yang comel! and boleh di hidang!




12 comments:

jana cun! said... [Reply to Comments]

nie nmanya kueh trn temurun... ngeh2...

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

mmg pun. kuih turun temurun. dari kita kecik lagi kan na!

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

lps dah masuk dlm cup, x payah bakar lagi yer shin???

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

sallyza : tak payang darlings! terus masuk mulut je..hehe

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

okey! nak buat~ bye!
ada lagi tak resepi bes2??

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

erh..kita ada satu resepi je. haha

farahfatihah said... [Reply to Comments]

wahhh sedapnye..t pas kat akk sebalang boleh? heheh

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

i baru buat smlm...tp campur ngan madu je..atas tu letak ceri..buat skit je dulu..hihi...

Hana Faza-same person said... [Reply to Comments]

peewit!! rajinnya dia..bak sket!

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

farahfatihah : boleh. balang je anto dulu..kuih kak farah dtg rumah yer.. :p

ummiaqeef : good! nanti kita tukar2 nak? :p

Hana : hehe. tak lah rajin. TERpaksa! :p

Anonymous said... [Reply to Comments]

die melekat tak. sy buat selalu berderai la.camne nk kasi die lekat? nak tunggu adunan buttercup tu sejuk dulu ker

Anonymous said... [Reply to Comments]

nk tanye.. bahan2 yer byk mane?
or agak2 jew..?? excited nk try wat nie...:)