First Aid Kit



brrrpp..kenyang gila. thanks to Bahagian Kewangan invite us join uolss punya makan-makan. habis separuh kuih raya sedap atas meja depan bilik En. Ilham. haha. kuih apa itu? nom.nom.nom.

ok. nak cerita hari itu, satu malam tu tiba-tiba Haizi ngadu sakit pinggang. minta tolong urutkan. gelabah jugalah nak cari minyak angin. selalu letak dalam laci tapi malam tak nampak, so..nampak gigi je lah. haha.

rumah saya jarang lah guna minyak angin. so mana-mana entah perginya. kadang-kadang 2 tahun lepas punya pun ada lagi. bahaya tau guna barang yang dah expired. takut effect kat badan or kulit.

kalau ada kids elakkan dari ubat bersepah-sepah. cerita fasal minyak angin, kucing nenek saya makan minyak angin! sedap sangat kot rasa serai! Eeewww...tapi sekali lagi diingatkan ye..elakkan ubat dari bersepah-sepah. jauhkan dari kanak-kanak. mereka ingat tu candy. colourful kan? hari tu masa raya, Si Rambut Gulung tu makan kuih raya. ingatkan betul dia makan kuih raya rupanya ubat darah tinggi. boleh?

semalam dekat Guardian beli barang keperluan peribadi saya nampak First Aid Kit, RM 7.90. senangkan kalau ada. kecemasan je ambil box tu. murah pun murah.

sekali daaa...kotak saja RM 7.90. ubat-ubat tak ada. haihs! rupanya harga full set RM19.90 so, kena purchase dalam RM40 baru boleh beli dengan harga RM 9.90. kebetulan beli berus gigi, ubat gigi, kapas telinga and bla..bla..bla...so, cukup RM40 SA offer First Aid Kit tu.


comel kan? sila dapatkan di Guardian. promo tak berbayar. just share info and my experience di Guardian. happy weekend ya'lls!




4 comments:

h a i z i said... [Reply to Comments]

kena ada setiap rumah dan kereta....kan syg kan?

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

haizi : amboi! dah beli kat rumah..kat kete pun nak? kan PROTON dah kasik! ish..:p

J.M.R said... [Reply to Comments]

guardian- mcm2 ada...

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

hi J.M.R : yessszaaaa...Guardian and Watson mana satu pilihan anda?? selamat hari raya!!