Penyet Express


Dah masuk waktu lunch lah. herm.. nak makan apa ni? Serious! 24 tahun hidup rasa semua makanan. Sekarang tak tahu nak makan apa. Haih! pergi kedai pun tak tahu nak makan apa. Kalau masak lagi lah tak tahu nak masak apa. Tapi for dinner tonight I dah ada menu special dah. Hehe.

Semalam pergi Sunway Pyramid agak petang. So, dinner terus kat sana. See! sampai sana pun I tak tahu nak makan apa. Haizi suggest makan Ayam Penyet. Teringat last time datang almost 9.4opm kedai tu dah tutup. Sobs. Tapi rasanya tu bukan untuk dinner lah sebab masa tu baru 4.30pm. Haha.

Sudahnya malam kelaparan. Haha.

So, saya order seperti biasa. Nasi Ayam Penyet Set. Sedaapppp! Tapi I prefer sambal Wong Solo sebab lagi pedas! Ayam memang TERBAIK! macam mana yer nak masak ayam goreng macam itu. Lembut je!

me! leka dengan camera baru. Hehe.

Menu. I yang suruh snap untuk tatapan.

keadaan sekeliling. Jakun tau Haizi ni!

Penyet Ekspress sama juga dengan Ayam Penyet Ria

Nasi Ayam Penyet Set

Manggo Ice Blended! Super sedap! Haizi order Milo Dinosour! Sedap juga!


Masa kat kaunter nak bayar saya ada nampak tivi or komputer. Semua cerita Indonesia. Konsep kedai Penyet Ekspress ni pasang lagu Indonesia. So, feeling kat Indonesia lah tu. Haha. Rupanya dia promote lebih kurang Astro lah. Tapi nama dia iBOXX. Cerita dari semua Asia kot tapi tak semua kot. Tak pasti. Cuba tengok flysheet ni. Lebih kurang ASTRO kan? Siapa-siapa yang nak melanggan boleh call nombor di bawah.



Owh! Lupa. Total keseluruhan saya makan adalah RM 35++. Sedap tau!




1 comments:

phynaz said... [Reply to Comments]

oit. sedap ker milo dinasour tu? aku oder milo biase je dah pekat giloss!