Phuket Day 1- Part II


Ta-da! Dah sampai hotel. Best. Best. Untuk trip ke Phuket I ambil hotel dari Air Asia. Senang.

Hotel Baumanburi.

at lobby ;)

welcoming drinks yang ewww. I ingatkan wain. Haha. Boleh?

view dalam bilik. Nice!

katil yang empuk. Haha. 1 katil muat 2 orang tau. Haha.

see! bilik ni awwww..dari bilik air boleh nampak luar. seksi kan?


view dari luar. Baumanburi ada pool yang sangat besar!

from Baumanburi. Dah rasa kat Indonesia dah! Haha.

Untuk 4 hari 3 malam, Baumanburi caj we all dalam Rm 345/room (superior). Murah kan? Kemudian dia upgrade lagi satu bilik kitaorang ke Deluxe Room. Not bad. Bilik adalah sangat cantik!!!!

Masa di Baumanburi teruja bila dapat borak in Bahasa dengan one staff di situ. Mohd. He can speak Malay. Tak fasih tapi OK. Yang penting Muslim. Review hotel Baumanburi tidak mengecewakan. Tu fasal we all stay kat sini. Staff OK and bilik pun lagi OK. Dekat gila dengan kedai-kedai nak shopping! Yay.

Dalam 4.00pm we all turun konon nak jalan-jalan lah. Nak tengok kedai-kedai. Cousin I kata buat kemeja and jacket murah. So, I pergi lah cari kedai jahit baju. Hehe. Mana tahu nak siapkan baju tu ambil masa 2,3 hari. So, kalau pergi awal, bila nak balik dah dapat baju tu kan? Mahal juga lah. Ingatkan dalam RM 20 to RM 30. Haha. Tapi tak lah mahal. Ok tak kalau satu kemeja dalam RM 80? Tapi kain kita pilih lah. Jahitan sangat cantik dan kemas. So, I buat blazer. Maklumlah dah gems kan. Haha. I need a new one. Haha.

pemandang di Patong Beach

Haizi and Zack ;)


FYI, kat sini siapa-siapa tahu cakap bahasa boleh je. Tapi nak berkomunikasi di Phuket adalah english. Sometimes I paham, sometime I tak paham. Dia cakap english pun I rasa macam dia cakap Thai juga. Haha.

Tukang jahit adalah India. I tak paham lah kat Phuket ni ada satu tempat tu nama dia Bangla Road. How can lah dia jadi Bangla Road. Peniaga pun terdiri dari orang India and Bangla. Tapi kalau compare Bangla Malaysia and Phuket. Phuket much betterlah. Handsome weh! Haha. Kemas and diaorang ni nampak macam berkerjaya kat Phuket. Hehe.


me with Kumar Bazu

Lagi satu nak cakap, kat Patong ni nampak banyak gila money changers, kena pandai pilih je. Lagi satu ATM machine sangat banyak. Pelik! Tiap kedai mesti ada. Kalau kat Malaysia Petronas je kan ada tak pun Shell or kedai-kedai tertentu. Kat Patong ni berlambak. So, memang tak susah lah. I buat pengeluaran di Phuket. Mahal sikit lah dia caj. Sigh.

Lepas alter baju we all pergi Jungceylon. Shopping mall. Ada Carrefour. Ada Robinson. Bila masuk Carrefour kan rasa macam erm..erm..semua tak halal. Haha. Mind setting kot sebab tulisan dia pelik-pelik. Kalau nak make sure benda tu halal dia akan tulis halal lah.


Menarik kat Carrefour ni dia siang ikan and terus bakar. Best. Nak beli sebab memandangkan beef and chicken adalah tak meyakinkan. Tapi tak jadi beli juga sebab curious mana tahu dia panggang babi juga, so, kena juga kat Ikan tu kan? Ok. Beli buah je sudahnya. Pringles pun I cari dari Malasyia and ada cop JAKIM.

Harga kat mall lebih kurang Malaysia je. Ada tu lagi mahal. Macam tak worth it pula. Hehe.

Jalan-jalan tak sangka pula we all jalan jauh gila! Dah penat balik ke Hotel and cari tempat makan. Cousin I kata makan dia kedai Arab. Itu sahaja yang halal. Tapi benda halal kat Patong is minority so, memang mahal lah.

Orient Restaurant

Mine! Tembikai

Tom Yum sedap!

Sotong Sambal kalau kat Malaysia. Haha.

Beef Fried Rice- Haizi, mine? Chicken Fried Rice. Hehe.

Siakap sweet n sour. Sedap!

Lepas makan jalan-jalan lagi then terus pulang sebab esok ada Island Trip. Can't wait for tomorrow!




4 comments:

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

bestnyee....

jana cun! said... [Reply to Comments]

mura kn blazer kt ctu?? :P

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

biar betul..murahnye hotel tu? dah lah bilik lawa giler... jeles jeles tgk org jalan2..huhuuu

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

ummiaqeef : best ker? penat tau jalan kaki jauh-jauh...

jana : murah pe bendanya. baik lah aku beli MNG ngn G2000. lagi murah. brand pula. tapi kan...aku setuju ckp ko sebab size kita takde kat MNG and G2000 tu. kalau ada pun mesti tangan tak muatlah. ape lah. benci je aku. so, kena lah buat.

Filla : betul filla. murah sgt kan? termasuk breakfast. ;)