Phuket Day 2 - Part I


For island trip weolls kena bangun seawal 6 pagi. Kalau kat Malaysia 7 pagi lah time tu. Ready nak naik boat besar. Huahua. Besar lah sangat.

Sebelum van ambil weolls breakfast kat hotel dulu. Hotel kata dia ada sediakan for halal and non halal section. ;) and turun-turun I dah tengok Sally and Zack tengah menikmati makanan. nomnomnom. So, I nampak ommelete. My fav ok kalau pergi breakfast kat hotel. Macam-macam ingrediants ada. So, I order 1 untuk saya and 1 untuk Haizi.

"do you want everything?"

I angguk jelah. Ada tomato, bawang, cili and sosej. Halal section katakan. Haha.

Datang Haizi tanya sosej tu sosej apa? " Pork..." kejang I kat situ. Sumpah lemah semangat. 1st time berdepan dengan daging bab*. Ewww..geli. Nak muntah pun ada.

Haizi "dont want pork.." Okey. I tunggu kat situ lagi. Kejap lagi dia guna kuali yang sama, mangkuk yang sama, sudip yang sama. Macam mana? Ewww..geli lah!

Tak makan pun. Makan buah and cococrunch ;)

ready pergi jeti dengan muka lapar.

Lapar-lapar pergi jeti. Bila sampai jeti kecewa betul. I dah ready ok dengan seluar mandi and T-shirt. Tapi orang lain semua baju pantai, short pants, baju lawa-lawa. Sadis. Ok. I ingat I kat Perhentian lagi. Haha. Pakai je baju mandi nanti basah-basah naik boat terus masuk bilik. Memang tak bawa baju or apa. Bawa towel je. Boleh? Haha.

Sudahnya semua orang berganti baju weolls pakai baju tu pergi dan balik. Haha. Penjimatan di situ. Haha. Seriusly, weolls kena tipu. Tak kena tipu pun mungkin kitaorang ada masalah komunikasi. Dimana bila kita tanya lain, orang tu jawab lain or kitaorang yang tak dengar bila dia eksplain. Grr..

ni lagi sorang. nak je campak kat laut.

Everywhere. PSP! PSP! PSP! dua-dua campak kat laut!



I nak island trip pergi pantai yang cantik tu. I dont know its name. Tapi Pulau James Bond tu, Maya Bay, Phi Phi Island and bla..bla..Boleh dia bawa I pergi Phi-phi Island for snorkeling and lalu kat pantai yang cantik-cantik tapi tak turun pun untuk main pasir? Bengangnya! I nak turun ok. Dia janji naik boat besar beserta minuman/makanan. Ok yang itu betul. Naik boat besar, makan/minum semua ada. Tapi tak turun kat pantai. Sedih lah. Frust gila. Sudahnya.

nampak tak? pantai yang colour biru laut tu?


Serius! Compare dengan Malaysia laut Malaysia boleh tahan lah dengan laut Phuket. Tapi for snorkeling tak cantik langsung. Coral semua mati. Yang paling bengang kan. Kalau dah cha ya nun alif kan. Dari mana pun sama je. Bukan Malaysia je. Rude gila. Mandi tu cuba lah elok-elok. Tak pernah ok I pergi snorkeling ada pelampung Ikan Paus tengah-tengah dunia. Ingat kolam renang ke? Dah tu kan seramai-ramai I snorkeling kat Redang ok je. Selamat and aman. Kat Phi Phi Island tu I rasa macam serabut gila. Kalau tak reti berenang tak payah lah nak kuak kaki tu beria-ria. Pening kepala. Sudahnya sesak nafas dalam air. Tak sampai 1 jam pun duduk kat situ I dah naik. Rimas!

For lunch dia provide juga. Makan di Phi Phi Island. Makanan Muslim sebab saya nampak orang bertudung yang masak and owner Haizi tanya is Muslim. Alhamdulillah. Tapi..dah datang tempat orang kan makanan dia juga lah dia masak. Tak masuk tekak lah. Tapi takde makanan. Takkan I nak makan Pringles je kan? Haha.
our boat. sigh.


welcome to Phi Phi Island


Masjid pun ada :)

my lunch. erh. kan tak selera nape ambil banyak juga. haha.

Then, sempat lah round-round. Beli kelapa comel ni. Sedap! Area Phi-Phi murah sikit. ;)



Dalam 2.40 pm gerak balik ke jeti. Kan? semata-mata snorkeling and round pantai-pantai cantik tu beserta makan tengahari di Phi Phi Island Rm 180/person? Gila. Mahal nak mam. Itu separuh pakej snorkeling di Redang ok! Wahh..geram ni!

Dah lah naik boat seat kena ambil. Penuh. Tak ada seat dah. Dia orang ni tak pandai manage lah. Sudahnya saya duduk kat lantai. Tidur atas lantai. Sengal. Penat + Mengantuk!

Dalam 5 lebih sampai hotel siap-siap nak pergi round Patong beach! Soka! Ada shopping lagi. Hehe. Sebelum tu, makan maggi kari yang best! Ever!




2 comments:

cacah said... [Reply to Comments]

i duk kat patong beach ari tu... hotel apa entah.. pun murah je... yang penting dia dekat je ngn hard rock dan hari2 berjalan2 ke pasar tu...

yang penting my island hopping trip was very fun! and cheap! dalam rm80 je... speedboat biasa takde la mewah cam u tapi... semua orang dapat duduk dengan selesa tau! :)

pakcik yang bagi guide dalam boat tu pun bleh cakap melayu... seronok sangat! ;)

shinnaz said... [Reply to Comments]

cacah : itu lah cik aisyah. weolls ambil dekat airport. biasa lah airport mahal gila. its ok. my 1st experience. Next trip akan berhati-hati.

seronook kan kalau jumpa orang yang boleh cakap melayu. rasa mcm dah lama tak jumpa. haha.