Phuket Day 3 - Part I


Cewah! Laju pula update. Bos sibuk meeting, PA sibuk lain. Haha.

Bangun tak berapa nak pagi macam hari kedua. Sebab pagi ini weolls ada city tour. Round-round bandar Phuket. Kalau kat Langkawi is Pekan Kuah kot kan? Wow! Bestnya beli pinggan mangkuk! Pakej City Tour Phuket ni, agen caj weolls RM 50/person. Mahal juga sebenarnya. Boleh dapat RM 100/car. Grr..

Breakfast just makan biskut chocolate M&S yang comel dibawa khas dari Malaysia. Haha. Plus I pergi Carrefour beli Milo. Milo dia rasa lain tau. Rasa manis gila. Sally and Zack je turun. Tepat 8am van pick up us terus pergi Temple apa entah. Takut juga. Sebab melibatkan agama. Takut bertambah-tambah pula dosa yang ada. So, weolls just ambil gambar and blah. Tahu je lah. Phuket banyak gila temple and patung Buddha.

Ada satu insiden tau sampai kat Temple ni. Haha. Banyak gila anjing. Turun-turun van nak ambil gambar tiba-tiba ada anjing kejar kita dengan Sally. -_-, Berlari-lari kena kejar anjing. Owh. Anjing tu cuba beramah mesra dengan kitaorang. Tak apa. Tak apa. Saya bukan tak suka awak lah anjing, saya takut dan tak boleh pegang awak. So please go away. Dush. Dush. Kena sepak dengan driver. Haha. Sian pulak. -_-'



Tak lama sebab tengok keunikan colour gold temple tu. Colourful. Lagi pula diaorang tengah sembahyang kat situ. Ambil gambar sana, ambil gambar sini weolls pergi ke Patung Buddha paling besar di Phuket. Malas nak pergi. Sebab bukan minat dan menjadi utama pergi ke situ. I nak pergi shopping! Hehe. Tapi dah sekali datang, pergi je lah. Snap gambar. Memang yer tau. Dia besar sangat dan masih dalam pembinaan and atas bukit. Dari bawah bukit dah nampak dah.


Haha. Nak tahu tak tiap kali masuk temple and jumpa patung-patung macam ni, cepat-cepat mengucap balik. Takut. Tak ada niat actually. Tapi sebagai tempat pelancongan saya melawat sahaja. Jangan pula nanti kata belakang rumah ibadat sendiri tak pergi, rumah ibadat orang lain saya pergi. It just salah satu tempat menarik di Phuket. Apa pun tak menarik sebab tak ada apa pun.

Turun dari bukit saya pergi visit gajah! Owh. Apa-apa dulu saya nak doa kan gajah-gajah di Thailand selamat, berada dalam keadaan baik and tidak didera. Sian tau saya tengok gajah-gajah ni. Masa saya datang muka dia macam sedih je. Mata dia macam nanges sedu-sedu then, kelip-kelip je. -_-, Tapi saya naik jugak dia. Kata 1st time kan? Haha. Tapi tak sampai hati tau tengok tuan dia ketuk dia dengan besi cangkuk tajam supaya gajah tu dengar arahan. Untuk naik gajah 30 minits- RM 40. So, I tak nak naik 30 mins. Jauh lah. So, I amik 15 mins. Haha. So, kena dalam RM 20 kot. Tak ingat. Tapi lebih kurang lah.

Takut weh! Dia turun macam curam. I takut kena hempap dengan dia je. Tak fasal-fasal. 4 orang warga Malasyia dihempap gajah di Phuket semasa membuat tracking bersama gajah. Sudah! Ok. Merepek. Tak ok! I selamat naik gajah tu. Cuma takut sebab tinggi. Saya takut juga tempat tinggi. Gerun.

I dapat gajah sweet 17, its name Sala. Haha. Sally dapat gajah lingkungan 25 tahun. Haha. Gajah Sally tak mahu dengar cakap. Degil tau! Haha. Gajah I baik. ;p


Bila dah turun dari gajah tu rasa lega dah. Selamat. Haha. Masa atas gajah dia ambilkan gambar. So, dia caj kat kita pula dia print gambar. Sudahnya. Beli juga. Kenangan. Hehe. Hah! Sebelum turun dari gajah dia sempat ok buat urusan jual beli. Sian tau. Orang bawa saya tu orang Cambodia. Dia cari makan kat Phuket. So, dia buat gelang for support lah gajah-gajah tu nak survive supaya tak pupus. Tipu je. Tapi I kesian kat dia, I beli gelang ni. Comel kan? Ada anak gajah comel. Tapi mahal lah! Rm 40? Nyesal. Tak.Tak. I kesian lah.


I nak kasik gajah makan. Kejap lagi Haizi kata dah beli gelang tak ada kasi gajah makan! [SOBS] Sory Sala ;(

Perjalanan diteruskan ke Wang Talang, Jewellery Shop. Jual pearl, batu permata. I tak beli apa pun. Just tengok-tengok. Tak minat lah. I minat satu permata tu tapi harga dia. Gulp.Gulp. Tak nak lah! Bukan menjadi keutamaan untuk mengumpul harta perhiasan. Haha. Once dah ready I beli banyak-banyak. Haha.

tunggu turn nak briefing.
dapat juice. haus.

Murah juga lah kat situ. Tak puas hati weolls pergi Pearl of Phuket untuk tengok dia hasilkan pearl. Baru I tahu setiap tiram tu ada pearl dalamdia. Each. Ada tu kan bentuk love pearl dia. I tak berapa nak paham dia eksplain coz dia cakap orang putih tapi macam cakap Thai. Pening kepala I. Dia cakap orang putih ke cakap Thai ni. Haha. Ke dia ingat I orang Thai. Tiap kali pergi kedai mesti orang tanya "are you Nepalis?" Tak lah! I orang Malaysia ok. Haha. Ada kata I orang Nepal. Tak pun dia akan cakap Thai then dia kata I look like Thai Girl. OMG. Tak lah. Kata kita satu Asia. Memang rupa lebih kurang lah. Huh. Grr..

FYI, I tak beli pun jewellery. Tengok-tengok je. Murah memang murah. Lepas tu weoll pergi town. Nak makan. Weolls cakap kat driver bawa ke kedai Muslim. Memang betul tau dia bawa ke kedai Muslim. Nama kedai tu Kedai Makan Muslim. Haha. Sometimes I rasa dia macam jujur sangat. Haha.

So, weolls berkenalan dengan uncle ni. Dia orang Kedah kot. So, he can speak Malay very well. Lega sikit and tiada rasa was-was nak makan. Kami order, Nasi Putih 2, Ikan Kerapu Black Pepper, Tomyamg, Sayur yang banyak gila and Telur Bungkus Pelik beserta Air untuk 4 orang. Dia caj dalam Rm 65++. Murah gila. Compare kedai Arab hari tu. Hehe.


Telur Bungkus
Sayur Campur
Tomyam Pekat Gila
Ikan Kerapu Black Pepper

Sedap and boleh tahan. Kalau korang pergi Phuket and menghala ke town boleh singgah kedai dia. Dapat special treat from him. Dia suggest pergi situ lah, sini lah. Dia siap cakap " kalau tak pergi Bangla Road, bukan pergi Phuket lah namanya..." Opppss. Haha. Selain ada kedai sendiri, dia juga bawa orang pergi haji and umrah. Dia ada kasi business card kat Haizi and Zack. Dan dia juga boleh mewalikan orang jika nak berkahwin di Thailand. Sengal. Suka lah laki dua orang tu. Haha. Bak balik card. Haha. Dia juga Pak Imam di salah satu masjid di Phuket. I jarang nampak masjid tapi dia kata ada 51 buah masjid kat Phuket. Memang banyak kan?

Lepas makan weolls pergi Ekspo. Ekspo ni macam Mydin je I tengok. Barang memang murah. Shopping barang rumah lah best! Banyak perhiasan.


Nganga lagi. Haihs.

Lepas Ekspo, driver bawa weoll pergi Premium Outlet. Sport Centre. Nike, Adidas, PUMA, Roxy, Quicksilver and bla. bla. bla. Banyak sangat. Harga sama macam Malaysia. Nak minum petang kat situ pun payah sebab nak beli waffle and cake dia ada jual pork juga. Tak paham lah. Waffle Pork. Ewww. Minum air je. Dah terbayang-bayang maggi kat hotel. Haha.


Masa ni kita penat kan b kan? Waiting Sally and Zack shopping!

view di Premium Outlet


our van ;)
Then weoll minta balik. Minta driver drop kat cyber cafe. Nak surf internet. Haizi nak check emel. Nyampah tau! Tak payah lah holiday. Cuti pun nak check emel. Nak kena customer Haizi ni. I knowlah TM provide servis. Tapi waktu cuti tak payah lah call ke apa ke. Ingat laki I tu kerja 24/7. Baling telephone tu kang! Grr. Tapi I redha dia nak buat kerja sebab I boleh FB. Haha.

Hampir 1/2 jam weolls kena caj Rm 15. Mahal gila. Hotel tak provide wi-fi lah. Kedekut gila. Kat Malaysia hotel mesti ada wi-fi kan? Barulah best.

Jalan lah kitaorang pergi hotel. Baru perasan jauh gila nak jalan. So, naik tuk-tuk. Tuk-tuk ni teksi lah kot kat Malaysia. Rupa je pelik. Dapat tuk-tuk happening habis siap boleh dance kot dalam tuk-tuk. Haha. Weolls naik tuk-tuk uncle. So, tak happening. Haha.

bahaya betul letrik kat sana. syukur lah siapa kerja TNB.
phewwiit! Sayang macam MUH.
Bweeekk! Munta Hijau.

On the way balik singgah fitting blazer. Takut nanti jadi sempit ke apa ke kan? Mana tahu tak makan sangat kat Phuket 2,3 hari ni I kurus ke. Haha. Tak adanya. Sama je. Tengah fitting blazer, Haizi kata dia nak buat juga. 1 suit. Sempat ke? Ngade tau. Hari tu suruh buat tak nak. Bila tanya Kumar Bazoo dia kata ok. Dia boleh siapkan dalam 6hours je. Ok. Fine.


5.40pm balik hotel siap-siap nak ke Phuket Fantasea. Janji dengan driver pukul 6.10pm. Weehuuuu!
Pemalas basuh sendiri. I hantar dobi. Tak bawak banyak baju.
Konon nak beli. Mahal gila kt Phuket.




3 comments:

h a i z i said... [Reply to Comments]

MUH lah sangat...MHMK lorr..

**** tapi MUH pun ok!!! -->

M - mohdhaizi
U - u're so...
H - handsome!!!!!


haaissshhh..............

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

I delete comment nih! :p

h a i z i said... [Reply to Comments]

bwekk..