RM1. Ni bukan Whopper ok!



Korang pernah tak masa makan-makan ada orang minta bantuan? Tak kira lah. Kadang-kadang dia minta beli tisu. Kekadang dia minta duit. Kekadang minta makan.

Sumpah sedih gila lah tengok orang minta-minta macam tu. Nasib dia tak sama dengan nasib kita yang boleh makan-makan kat kedai tu. Tak ada ke badan berwajib or sesiapa yang tolong?

Malam tadi makan di Sg. Merab ada seorang pakcik datang dengan senyuman. Macam tak ada masalah pakcik ni tau. Pergi dari satu meje ke meja. Tapi tak ada siapa layang dia. tTapi dia still senyum je. Berdosa tau. Kasi lah RM1. Tak luak lah!!

Memang lah Rm 1! tapi kalau dan 10 orang?

Ada ke dalam sehari tu kita jumpa 10 orang or lebih nak minta-minta tu? Ade kot. Tapi takkan tiap-tiap hari ok! Kadang-kadang kan kita nak di uji oleh ALLAH. Tak salah lah kalau terjumpa mereka dan bersedekah.

Memanglah. Kadang-kadang orang minta-minta ni ada yang agen hantar supaya minta sedekah. Budak-budak lagi lah. Suppose diaorang pergi sekolah ok. Bukan minta-minta macam itu. Tapi kalau mereka cukup sifat saya memang tak bagi. Yer lah. Kaki, OK. Badan? OK. Tangan? OK. Mata? OK. Everything OK why you nak kena meminta-minta? Tapi semalam tu pak cik tu memang tak ada kaki. Sian dia. Tak sabar ok dia nak datang meja kita. Nak ajak makan lah. Tapi kalau dia dah makan macam mana? Kasi duit lah. Duit tu kan dia boleh beli apa-apa je.

Berapa saya kasi? Haha. Tak banyak RM1. Tapi saya kasi 3 sebab saya nak anak 3. So, orang yang susah bila kita tolong minta-minta dia sedekah kan saya doa supaya ada anak 3 orang. Haha. AMIN. Kecoh lah. Kasi RM1 je. Haha.

Semoga pakcik tu semalam pulang dengan selamat ke rumah dia. Penat lah jalan guna tongkat dengan tak ada kaki. Haih. Jauh. Bersyukur ada WPC.

Kekadang ada juga orang yang tipu kan? Tapi biarlah. Itu antara dia dengan Tuhan. Antara saya dengan dia cuba berbuat baik sebab saya memang pantang jumpa orang macam tu. Kesian sangat. Kalau ada RM10 nak kasi semua. Tapi kalau bagi semua nanti saya tak ada duit pulak. Haha. Tak..tak...Ikhlas ni!

Heh! siapa duduk area Putrajaya, Bangi or Kajang pergilah makan sate di Ramai Seafood, Sg. Merah. Sedap sangat. Kalah Hj. Samuri punya kedai!



2 comments:

aenafiq said... [Reply to Comments]

okeh nanti pergi try dengan afiq !
siyes sedap ke?kering or lembap lembap?

shinnaz said... [Reply to Comments]

sedappp!!! Cuba kau try!! Sg. Merab tau!