Blissful weekend


Girl Just Wanna Have Fun! Tapi ada seekor kumbang follow us. Haha. Bodyguard? Yeahh!

Eee..macam lama gila cuti. Haha. Since Tuesday lagi. Cuti memang dah tinggal berapa kerat je. So far masih boleh simpan lagi because...ada banyak lagi vacation for next year! Haha. Tengok! Belum apa-apa lagi kan? Haihs.

Raya Haji okey. Cuma hari Khamis lepas dapat call dari kampung my mom, her sister tengah nazak. Cuak gila. Memang tergopoh gapah. Kalau tengah nazak tu confirm ke meninggal dunia? Bukan apa. Yer lah kan. Sometimes orang main cakap je. Tengah nazak. Padahal kita tak tahu keadaan si pesakit macam mana. Apapun, Alhamdulillah...my auntie okey. :)

From Perak jam 10.30pm. Sigh. Ngantuk. I dah rasa seram sejuk. Sebab I selalu demam malam. Tak tahu kenapa. Selalu demam malam. Sejuk je. Ingat kan perkara biasa. Tak sangka pula pagi buta tu muntah and badan jadi lemah gila. Tak tidur pagi. Asik ulang-alik ke bilik air. Huwaa...:(

Dulu pernah kena. Seksa. Paling tak suka muntah-muntah. Sebab keluar cecair kuning/putih. Pahit! Pagi tu check doctor and dia kata BP rendah. Maybe jauh kot travel. Macam nak gelak pula. Before ni travel jauh-jauh tak muntah pun? Haha. So far I pun ok.

So, weekend memang 'melepet' kat rumah my mom. Haizi pun on leave. Jaga orang sakit. Heaven betul tinggal rumah mak ni. Hehe. Weekend pula memang habiskan masa with my sisters and Si rambut gulung tu. Hehe. Ingat nak tengok 2 Alam. Herm..sampai TGV, 2 Alam 18PL. Apakah? I bawa budak 2 y. o and 14 y.o. So, Tak boleh lah tengok. Cancel lah. So makan Ayam Penyet. Bosan betul. Pergi SP makan Ayam Penyet. Haihs.


@Ayam Penyet Ria, Sunway Pyramid

Order seperti Biasa.
Nasi Set Ayam Penyet
Kali ni plus Soup Rawon (beef)

Lepas tu jalan-jalan cari baju, cari biskut, cari kasut, cari lipstick, cari lotion, cari jacket and bla..bla..bla..penat jalan singgah kedai ABC. Sedap juga. Tapi tak suka strawberry dia masham! Ngee.

ABC Strawberry at Ice Monster

Then pulang ke pangkal jalan. Haha. Apa lagi. Balik rumah lah. Bawa budak kecik kan? Sekarang ni musim Christmas. Everything Christmas. Paper bag. Promo. Semua lah. Sempat lah 'tapau-ed'. Haha. Last for 2010. Haha. Yer lah tu. ;p

Esok still weekend lagi kan? So, happy weekend darling. Hug and kiss.




0 comments: