Happy Deepavali. Yay!

Korang minat hindustan tak? Ke Tamil. Haizi kata cerita tamil much better dari hindustan sebab katanya hindustan mesti hero menang, lepas tu cinta-cinta then nyanyi. Kalau tamil ada lawan-lawan, tak semua cinta, kekeluargaan, masyarakat. Tapi persamaan hindustan and tamil is polis, menteri semua jahat. Haha. Tak pun dia akan mula-mula baik lepas tu rupanya dia lah penjahat. Tak paham aku! Ish.

Tapi I prefer lah hindustan sebab hindustan lawa. Haha. Pernah tengok wayang cerita hindustan. 1st time OK. K3G. Haha. Keluar panggung, nangis, nangis. Haha. Sedih tau! Suka lah sebab baju-baju dia semua cantik, bling-bling. Tapi memang kan? Kalau bling-bling sikit mesti kita kata macam Kelly Ng. Hah! Memanglah. Tapi kalau pandai match antara beads memang lawa. Nampak mahal and glamor. ;)

Ok. Tu je nak cerita sempena Deepavali. Haha. Lagi satu nak bagitahu I suka video klip ni. Haha.

Masa ini macam happy-happy je. sesuai lah Deepavali ;)

Yang ini pun suka sebab SRK kenyit-kenyit mata. Haha.

Yang ini tak ada SRK pun. Tapi suka lagu dia and dia dance. Hehe. ;p

Happy Deepavali to siapa-siapa yang menyambutnya. Sometimes ada juga orang cina celebrate Deepavali kan? Kata 1 Malaysia. Tak gitu? Haha. Btw, esok cuti. Tak tahu nak buat apa. Nak pergi dating lah. Lama gila tak dating siang. Haha. And I craving meatball IKEA again! Haha.




0 comments: