Hot Chat HOT FM


Pagi tadi sempat tau dengar-dengar Hot Chat HOT FM. Caj yang melampau-lampau dari hospital swasta. For me tepuk dada tanya selera. Ukur badan di baju sendiri. Wah tetiba.

Kalau duduk bincang-bincang dengan Haizi kan. Kalau ada rezeki saya pregnant which hospital saya nak pergi? Haha. Tak kisah lah asalkan SELANGOR. Haha. Saya dilahirkan di Hospital Besar Klang. Crowded ha! Pheww..Tuhan je tahu. Saya pernah pergi buat rawatan sekali di hospital tersebut semasa sekolah menengah. Perggh..rasa sempat lah balik, masak-masak pergi sekolah dulu semua then datang balik. Betapa ramainya patient. Gila lah.

Then, masa saya kahwin dengan Haizi saya dapat benefits from TM juga. Perkhidmatan kesihatan. Laki bini. Demam ke apa ke, sakit perut ke, lelah ke. Tapi..tak fully cover. Ada certain sakit and treatment sahaja yang diterima. So, saya masih memerlukan klinik/hospital kerajaan.

Macam treatment nak kan baby saya buat di Hospital Putrajaya. Lama juga lah nak tunggu result and apa-apa yang berkaitan. Betul kata Kak Elna. Owhh..gila lama. Hari ni appointment datang for check darah. Untuk tengok result darah kena datang hari lain? WTF! Okey. Paling tak tahan suatu hari tu kan I datang dengan Haizi. Memang ramai gila orang. So, I daftar macam biasa then nurse cakap "Patient ramai hari ni, jangan nak mengamuk-ngamuk kat sini..!" Tegas dan lantang menyuarakan arahan tersebut. Perggh..datang bulan apa? I baru je check in. Belum lagi tanya apa-apa. Serius. Nurse lain mungkin lah baik. Tapi nurse yang saya dapat hari tu macam cilaka! I know lah you penat patient ramai gila. Then tujuan you kerja untuk apa? Haihs.

Ingat tak I pernah warded di Az-Zahrah, Bangi? Allergy punya fasal lah. Disebabkan I ada kad kesihatan from TM I pergi situ je. I pergi klinik biasa dia kata I sihat. Apa-apa entah. Sihat takkan lah I demam panas 3 hari. Pergi Az-Zahrah dia kata I kena warded. Okey. 1st time kan? So, macam okey and teruja.

3D2N I kat sana. Best. Haha. Nurse tak garang. I tengah tidur dia nak inject pun I tak sedar. Macam mana? Soft gila. Belai-belai kita dulu and bagi motivate pun cakap soft and friendly. Kat Kerajaan kau dapat macam tu? Tak kan? Haha. Last day I check out, tengok bil. Mak haih! Sebaik TM covered. Haha. 2 bulan gaji lah nak bayar tu. Tapi syukur dengan rezeki Tuhan kasi kat saya.

Tepuk dada tanya selera. Kalau kita tak ada duit buat apa kita nak pergi swasta kan? Memang diketahui umum caj nya memang mahal. Ada orang tu nak bebel-bebel. Tak ada beza swasta and kerajaan. Memang tak ada beza. Diaorang tempat untuk membantu pesakit. Fungsinya tetap sama. Pada saya yang mahal kita bayar service kot. Kan? Kan?

"Alah..boleh lah dia masuk swasta. Kalau tak ada TM tak tak adanya dia masuk swasta.." kata-kata si dia. Apa tu? Jealousy? Haha.

Kek batik Nizam. Sedap!



14 comments:

h a i z i said... [Reply to Comments]

alhamdulillah... syukur.. utk tm fully covered...untuk semua penyakit...Insya Allah...anak2 pun dapat sama...

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Hehe. Thanks kahwin dengan I. Hahaha. So, jangan nak tukar-tukar kerja okey. Go sayang! ;)

Mrs. Hakim said... [Reply to Comments]

hehehe.. tetiba kek batik nizam. apa kaitan nizam dalam ini cerita???

shinnaz, kita ni penumpang 'benefit' kat suami jelah kan.. nak harap sendiri, non ado.. huhuhu~

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Mrs. Hakim : haha. mmg takde kena mengena. pasni nak suggest kat TM lah. pergi klinik dpt kek batik. haha

tu lah kak mel. rezeki dah tu. nak harap diri sendiri mmg non ado. soping sesaje. mana nak simpan kan? thanks u suami! haha. tetibe.

MRS. K said... [Reply to Comments]

amik la insurans.. nanti depa cover lah!

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Mrs. K : ambil juga. Tapi dah TM kasi ambil jelah..rejeki..

jana cun! said... [Reply to Comments]

da nma swasta, business ok, business.... :P

h a i z i said... [Reply to Comments]

masa nie lah jumpa cikgeligeli.. huahhuhuhaa..

.:Mrs. Engineer:. said... [Reply to Comments]

shinnaz, ari tu penah adik saudara nk amik ubat kutu kt klinik swasta...tp TM x cover...sudahnye, byr sendiri...he3...

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Jana : na..ko ni mmg lah otak ko asik pikir duit je kan..bagus ni buat bisnes ngn ko nie..jom jadi doc nak? haha

Haizi : ha ah kan. masa tu ahkak geli-geli cam selebriti okey! haha

elna said... [Reply to Comments]

hheheeh...shinazz...nasibkan...but if tak der TM covered...so lindungi diri anda dengan life insurans...sekarang dah banyak pakej...heheheh

macam nak promete suk masuk insurans jer...hahahha

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

ada org jeles kat u jugak ke??

i pon syukur.. nasib epf cover kat swasta... :) alhamdulillah

Beautiful Disaster said... [Reply to Comments]

aahlah. ryn pun sama. nasib bank cover. untuk semua pulak tu. pergi klinik pun free. pergi hospital semua swasta. senang sikit. tak payah nak fikir banyak2. at least rawatan dah tentu yang terbaik. service pun bagus. ryn bersalin dulu tak kena jahit pun. gynae dia bagus. dia tak paksa2 pun. rilex je. kul 9 datang terus masuk labour room. tak payah tunggu2. tapi bil bila tengok menangislah. time bersalin je kena top-up byk. sebab bank cover 2k je utk bersalin.

tetiba macam buat entry. eleh perlu ke org lain nak jeles kita dpt treatment dekat swasta? suh le org yg jeles tu cari company yg cover medical dorang kan? ;)

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Elna : tu lah kak elna. alhamudulillah. Thank to TM.kak elna dah macam orang jual insurans dah..hahahah

Sallyza : dia tak dengki lah. cuma dia rasa I tak layak kot duduk swasta compare ngn dia duduk swasta dengan duit sendiri dari I guna company :) syukur beb. syukur!!

beautiful Disaster : Ryn. Panjang dah comment nie..haha. btw thanks comment kat belog saya :) tu lah bertuahnya kita. tapi BNM lagi best kot benefits dia. Tapi mmg syukur gila-gila lah. ;) Take Care