“If I Had Rapunzel's Hair...."


Ala..tengok tajuk pun tahu. Takde nya kan? Ada ke si Rapunzel tu? Haha. Kalau lah ada...;(



Kalau lah ada kan rambut sepanjang 70 kaki tu kan..tak tahu lah nak buat apa. Rimas kot! Susah weh nak bela rambung panjang ni. Tak rambut bercabang, dia jadi rambut berbuah. Tak pun ada kelemumur. Ke berkutu? Haha. Ini nak join ke tak nak ni? Haha.

Kejap! Kejap!

Tapi kalau lah ada of course lah jadi tumpuan. Mesti I famous ok! Glamour! Rasanya keluar paper sebab ada rambut paling panjang sekali dan cantik serta berkilau-kilauan. Pulak tu disaluti emas. Pergghh...Silap-silap orang tak culik I, orang ambil rambut I. Haha. So, tiada masalah nak sapu/ kutip rambut gugur ke apa. Haha.

Nak? Nah! Ambil!


Kalau lah saya ada rambut macam Rapunzel kan saya nak buat charity je. Jadi bahan pameran. Anybody can touch my hair. Ada ke orang rambut macam Rapunzel? Tak ada kan? So, nak pegang kan? Bak kasi RM30! Haha. Selain tu, kalau ada rambut Rapunzel mesti dapat prince charming yang handsome. Haha. Bye Haizi! Haha. Kalau I dengan Haizi kita panggil Beauty and The Beast! Haha.

Ok. Ok. Tak lah. Itu kalau lah....;p

"B! kalau kita dapat tiket ni I bawaklah you.." Haha.

see..see..messy me -sigh-

Rapunzel : A Tangled Tale versi Shinnaz, Haizi and Si Gajah.
Sadis.


Out of topic. Actually korang suka rambut macam mana? I suka yang ikal. I mean dia macam kena blow. Dia macam curl tapi bukan yang macam maggi tu. Dont know why. Rasa seksi gila perempuan rambut macam tu. Heh. Dapat imagine tak rambut tu macam mana?

Lagi satu korang guna shampoo apa yang TERBEST sekali pernah guna? I suka Vidal Sassoon. Tapi dah tak ada dah shampoo tu. Bankrupt apa orang buat shampoo tu? Last-last I guna L'OREAL. Macam-macam dah try. Mesti berbalik ke L'OREAL. Ikut asal rambut I tak macam Rapunzel pun. Macam orang dalam pantang. I rasa cute lah kalau ikat rambut tinggi-tinggi. Haha. Okey. Memang tak cute pun cuma I je rasa cute. Haha.

Dah cerita rambut kan? Korang mesti sikat rambut kan? Orang kata tak elok tau sikat rambut guna sikat. Haha. Paling best guna jari. Baru rambut sihat katanya. Betul ke? So, banyak-banyak sikat, sikat jenis macam mana korang guna? Perempuan ni lain sikit. Ke I sorang je. Sikat punya lah banyak. Macam-macam. Fungsinya tetap satu. Rapikan rambut. Guna jari pun boleh. Hehe.

Sekian, terima kasih. Jangan lupa! Tengok cerita ini, 25 November 2010.