Persamaan Japanese Cherry Blossom dan Fazura? Wangii!!!

Last weekend kan lalu lalu lah depan Body Shop. Saja je. Dia dah kasi message suruh datang beli barang. Tapi macam..arggghh..malas lah! Hari tu dah beli banyak gila untuk stock 3,4 bulan. Tunggulah 3,4 bulan lagi.

Yang malas pergi Body Shop ni bukan apa. Asal beli kasi rebate RM20 balik. Apa maknanya tu? Dia suruh beli lagi. Mana lah tahan kan RM 20 tu dalam purse je. Haruslah. Haha. Ada rebate Rm 40 hari tu terus beli belah kat sana. Saving. Haha.

Tak tahu lah nak beli apa. Body shower banyak lagi, strawberry lips ada lagi. Sudahnya beli Hand & Nail Cream. Tujuan? Saya ada 2 tangan so, saya kena beli cream tangan. Haha. Lagi satu dia wangi sangat!!! Lagi satu mestilah nak lembutkan tangan yang sedia lembut? Kan? Kan? Sekarang ada sabun basuh pinggan yang boleh lembutkan tangah. Tak payah beli cream or apa. Haha.

INTREND : Fazura with Japanese Cherry Blossom ;p

Give me 1 week je lah. Memang simpan dalam laci je cream tu. Haha. Membeli suka. Memakainya jarang-jarang. Saya ada perangai yang macam bila nampak satu perempuan ni "Wah!!! cantiknya kulit dia. Mesti dia guna lotion/cream sekian, sekian, sekian" So, pergi kedai beli cream/lotion. 2,3 kali pakai..dah!! Haha. Macam malas. Malas nak belek diri sendiri. Kan ada perempuan sikit-sikit letak lotion. 1 jam kang letak lotion, 1 jam letak balik. Eee..! Rimas! Rajin betul kan? Patutlah diaorang lawa-lawa. -_-'

Lagi satu macam tiba-tiba rasa bersalah pada badan sendiri. Tak pernah rajin nak belai-belai tangan dan kaki sendiri. Disebabkan rasa bersalah gigih pergi farmasi cari lotion/cream. Haha. Berbuih juga mulut Haizi kata "perlu ke nak beli?" Tak berkesan okey. Haha. Nak jugak! Nak jugak! Tu lah akibatnya. Tak nak dengar kan? Memang tak pakai pun!

Saya : b..tak per kan kita tak pakai lotion. b tak kisah kan?

Haizi : tak apa..:)

Tengok dia pun tak kisah kan? Tapi who knows? 2,3 tahun nanti kulit dah kering and terkupas-kupas dia akan cakap kisahhhhh!!! Haha.

Okey. Entry ni saja je nak cerita kat rumah banyak lotion/cream masih tak berapa nak pakai. Haha. Rimas pulak tengok duduk beratur atas table make up. Haihs.

Actually I tak tahu lah Fazura tu wangi ke tak. Haha. Tapi wangi lah kan. Lawa. Cantik. Gojes and paling penting sekali pandang pun boleh tahu dia wangi. Haha. Adore gila dengan dia. Bila dia cakap tu macam WOW! Best. Hehe. Bergaya dan menarik untuk dengar dan pandang! Hehe. Heh! Lagi satu kalau beli INTREND dapat shampoo Dove yang comel tau bukan dapat Japanese Cherry Blossom tu tau. T__T ' Kang ada pula tanya "Kak..mana Japanese Cherry dalam buku ni Kak..?" Ahh..Sudahh! Haha. Okey tak lawak!Bai.
I dinner KFC je malam ni.



4 comments:

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

haritu jumpa fazura kat alamanda..dia senyum kat i..aww!

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

dia datang alamanda kan hari tu psl nutox kan? comel kan? lawa gitew!

Cik NeyNa said... [Reply to Comments]

ai bekenan ngan fazura..
tapi ai lagi bekenan dengan itu keyepsi..

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

kalo da byk sgt cream, kasik kat i sikit! ngeeeee