Warming Up

After 3 days on leave. Pheeww. Bukan on leave. MC. Hehe. Sakit mata kan? Semalam dah nampak macam elok. Pagi tadi bangun alahai. Sisa-sisa masih ada. Pedih. So many things to do. Sigh.

Lucky me semalam mc so boleh kampung tengok my aunt. Pray for her. Al-fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Biar dia tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Kesedihan tu tak terasa sangat sebab Raya Haji hari tu balik sebab dia dah tenat. Saya sempat berjumpa dengan mak cik saya masa dia masih bernyawa!

Sebut tenat kan. Dulu arwah atuk pun sama. Dia tenat. Then, dia sihat. After 2,3 days dia meninggal. Memang macam itu ke? Owhh..miss him! ;-(

1st time saya beranikan diri pergi ke bilik mayat. Scary. Sumpah. Saya rasa saya tak cukup kuat untuk menghadapi kematian. Tapi bukan ke berdosa kan menidakkan kematian. Yang penting mati tu pasti dan mengingati mati itu mendapat pahala? Entahlah..:(

Saya tengok satu persatu jenazah dimandikan. Owhh..:( Hati tak kuat. Tapi nak keluar dari bilik mandi rasa takut. :( Sudahnya duduk lah melihat orang-orang mandikan. Waktu tu kan. Saya rasa "sekarang aku mandi sendiri, nanti aku mati orang mandikan.." Sedih sangat. Melihat dia kaku. Padahal sebelum itu saya lihat dia bercakap dan memandang. Melihat dia di make-up kan. Memakai celak, bedak. Sayunya. Melihat dia dikafankan. :(

Setelah di mandikan, jenazah di bawa ke rumah. Saya berjumpa saudara-mara. Membaca yassin. Hujan time tu. Bau wangi je. Masa ini perasaan tu macam kembali ke zaman saya kecik-kecik. Owh..mak cik saya jahitkan baju raya. Raya bersama-sama. :( Rindunya. Tapi tak mungkin lah sebab saya dah besar dan keadaan macam itu takkan berlaku lagi sebab dia dah tiada.

Selepas Asar jenazah ditanam. Saya rasa macam alone? Sunyi? Ya ALLAH! Tinggal di rumah seorang diri pun dah takut. Ini kan dalam kubur. Takutt! Sumpah. Rasa macam. Perasaan apa ni. Kesian jenazah di tanam dan ditimbus dengan tanah dan juga ditinggalkan. Tapi nak buat macam mana. Itulah caranya. Jenazah kena ditanamkan. Time ni teringat saya juga ada ibu. Apapun dulu, saya sayang mak saya! Saya terfikir macam mana sepupu-sepupu saya? Bolehkan dia hidup tanpa ibunya? Arggh..!

semasa pengebumian. my sister marah.

"Kau ni time cani pun nak ambil gambar kan? Tak takut ke?" Haha.

No lah. Saya nak ambil nak prove saya ada disini :)

Saya rasa saya tak sanggup nak hadapi kehilangan lagi. Setelah ayah pergi saya tak sanggup kehilangan umi saya. Saya tak sanggup nak hadapi kenyataan kalau umi saya tiada. Semoga ALLAH panjangkan umur umi saya dan diberikan beliau kesihatan yang baik-baik.

Dan malam tadi pulang saya rasa sayu dan sedih je. Saya asik terfikir je. ;(

Al-fatihah.