Nothing FREE in this world dude!

Tension lah. ;(

Korang pernah tak duduk rumah sewa lepas tu korang tak boleh nak bayar? or maybe ada something yang menyekat duit untuk keluar sebab macam-macam nak guna dan bayar?

So far I tak pernah menyewa. Dulu sebelum kahwin I tinggal dengan my mom and kakak sedara. Kakak sedara tu macam tumpang bilik. Bilik sewa. Monthly I bayar dia tak mahu. I letak je atas meja pun tak mahu. Last-last I beli barang dapur keperluan seisi rumah. Semua dapat rasa kan?

Itu satu. Bila nak kahwin dengan Haizi, saya dah macam fikir nak duduk mana ni? I tak mahu duduk Putrajaya or kuaters. Why? E..boring lah duduk kuaters. Nanti ada jiran-jiran kepochi. Tak mahu lah. Haha. Lepas tu nak duduk Putrajaya? Ee..scary je. Padahal sekarang Putrajaya is the best place I rasa dalam Malaysia. Haha. Tu lah. Tak kenal maka tak cinta. ;p

So, sementara cari rumah untuk saya dan Haizi duduk saya menyewa bilik di Presint 11. Jauh gila. Tiap-tiap malam Haizi datang dinner dengan saya. Dari Bangsar-Putrajaya. Last-last Haizi dan saya decide duduk juga di Presint 11. Maka Haizi pun sewa sorang-sorang kat situ. Kecik jangan cakap lah. Tapi untuk berdua masih luas lagi. Kalau dah bertiga, berempat rasa macam kena sewa dua buah rumah pula kat situ. Haha.

Haizi sempat duduk 2 bulan je kat situ. Sebab I teruja tengok orang apply kuaters dalam 2 weeks dah dapat. Memang! Tak sampai 2 weeks, BPH call suruh ambil kunci. Masa tu bestnya ada rumah besar sikit dah selesa. Masa tu sebulan sebelum kahwin. Kemas, bersihkan, cat dan apa-apa lah! Rumah baru! Haha. Dulu tak mahu duduk kuaters, sekarang itulah rumahku sorgaku. Pasal jiran kepochi tadi. Mana ada! Jiran sekarang tak kepochi macam dulu lah. Hehe. Ke I yang kepochi? Haha.

Serius I dah melalut gila. I nak cerita pasal orang yang tak bayar rumah sewa yang dia sewa tiap-tiap bulan. I dont know lah people yang menyewa tapi tak ada rasa bersalah dalam diri sendiri untuk membayar sewa tersebut. Dia dalam keadaan susah, memerlukan duit ketika itu? Habis? Penyewa? Apa kau ingat orang buat rumah tu untuk kau buat untuk kau duduk sesaje? Sebulan tak apa lah kan. Ni 2,3 bulan?

Hello! Semua orang ada masalah. Memang tak lari. Sesekali kita boleh paham. Tapi kau pernah paham? Cuba masa dapat gaji tu asingkan mana yang patut. Dah tentu rumah tu wajib dan perlu ada untuk berlindung. Bayarlah weh! Asik orang je nak faham kau. Kau?

Macam saya experience lambat bayar tak ada sebab memang dah potong gaji siap-siap. Tak tahu lah akan datang. Haha. Whoa. Panas betul. Serius. I tak paham masalah orang tak mahu bayar rumah sewa yang dia orang duduk!

Tapi I pernah jumpa seorang tuan rumah yang baik hatinya. Memang terbaik lah. My mom! Haha. Orang sewa rumah dia selama 12 bulan tak bayar. Bila my mom minta "dah bayar..dah bayar.." tapi tak bayar. Bila datang rumah, menyorok dalam rumah. So, senyap. Bila call bagi janji manismu. I yang tak tahan. I dengan Haizi buat laporan polis. Suruh dia kosong kan rumah tersebut. Notis tampal. Dia pun cabut lari TANPA bayar sesen pun. Silap. Bukan sewa rumah sahaja. Bil api, bil air selama dia duduk pun tidak pernah di bayar. Manusia jenis apa orang macam ini? Kau pung pang kerja engineer lah, accountant lah, chef hotel 5 bintang lah tapi sewa rumah RM500 tak dapat bayar? Pelik. Pelik.

Sesiapa penyewa di muka bumi ini termasuk saya. Ingat lah. Kita menumpang rumah orang, sedarlah. Bayarlah seperti apa yang dijanji kan masa 1st time kau nak masuk rumah dulu. Ingat. Kau kerja, aku pun kerja. Kau dapat gaji, aku pun dapat gaji. Aku ada hutang, kau pun ada hutang. Kau shopping, aku pun shopping. Semua sama. Keperluan asas hidup ni semua sama. So, kalau kau tak bayar macam mana aku nak hidup? Sedangkan kau hidup sebahagia-bahagianya tanpa membayar apa-apa.

MODE : geram nak mam!

Erh. Jap sambung balik. Haha. Tak habis geram. Saya juga tak pernah paham ada tuan rumah yang sanggup menghalau penyewa yang sedang berpantang semata-mata nak naikkan harga sewa rumah. Sedih gila. Macam-macam lah.




7 comments:

Hana Faza-same person said... [Reply to Comments]

eh memang ada org mcm ni..jiran akak dulu, masa siang tu buat selamba aje..bila pukul 2,3 pagi dgr pung pang pung pang..

esok bgn pagi, tgok diorang sekeluarga dh chow..laaa, rupanya diorang angkat barang cabut larik pagi2 buta tu rupanya..

naseb baik masa tu xde Rakan Cop, kalau tak buat malu akak je kol rakan cop sb ingatkan perompak pecah rumah ke hape..

eh? eh? baiknya akak nak kol rakan cop? padahal, baik membuta..hahahahah!!

tp org mcm ni memang hati kering kot..sb tu dia tak kesah..huhu

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

itu pun pernah terjadi kak hana, diaorang lari malam. teruk betul orang macam tu.

wah tetiba kak hana nak call Rakan Cop. Itu lah jiran yang baik. tapi buatnya dia kemas-kemas rumah je macam mana? hahahahah..

memang diorang nanti hati kering dan jenis yang ade aku kisah?

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

sbb tu every month, the first thing kene buat.. amik semua bil dan hutang piutang.. terus maybank2u..hahahah.. dah bayar semua.. yang balance tu suke hati ko lah nak joli sampai tetonggeng ke aper.. yg penting x de hutang!!!!! kan kan kan...
pssttt.. putrajaya best kan??? haha..kuarters lagi best!!!!! ;D

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

amin pun pernah kena. umah sewa dia tu org dah berkeluarga tp liat bayar.. bila call x angkat,msg x jawab. then dia nak kuar masuk org lain bujang ramai2. mule2 je ok bayar on time. lame2 dia buat mcm tu gak,lmbt bayar n buat x tau je. skarang ni dpt yg berkeluarga jugak tp alhamdulillah bayar on time n dia siap nak beli rumah tu. hehe. tp amin kate nak pikir dulu..sayang tu nak jual..hehe

mamamarissa said... [Reply to Comments]

kalo umah sendiri, lg best dear...even terasa hilang separuh gaji, tapi tak pe la...milik kita juga :)

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Filla :tu lah..asing lah awal-awal kan..dah itu memang tetiap bulan kena bayar. ni tak..ish! tak paham lah!

besssssssttt! filla dok kuaters jugak ke?

ummiaqeef : memang lah..rumah tu kan aset so, sangat lah berharga. Bila kita sewa kat orang lain dia pulak buat mcm tu. habis tu byr bank mmg nak kasi dia duduk sesaje lah..geram aku!

mamamarissa : insyallah, satu hari nanti :) memang ada perancangan ke arah tu.

elna said... [Reply to Comments]

ehmm sama la ngan penyewa umah mak akak...jarang nak bayar....bila bagi notis buat muka selamber...pastu duk mengata tuan tanah...iks tak paham la manusia jenis apa,,,,,