Amarah lah ni!!!..



Semalam lepas makan Ayam Kampung kan I kekenyangan sambil tweet tweet. Sekali Peeja tweet pasal Tako Tao mahal nak mamp. Dulu dapat 3 boxs-RM10. Lebih kurang macam itu lah. Tapi sekarang 2 boxs-RM10. Apakah? Kena tinjau juga ni. Haha. Sebab I suka makan jugak! Hehe.

Tapi yerlah kan. Sekarang ni memang barang mahal sangat. Tak tahu kenapa? Minyak naik kot. Tapi minyak naik 10 sen 20 sen je. Barang naik sampai 50 sen? Apakah? Untuk rolling balik kot. Tak untung kot kalau naik kan 10 sen 20 sen. Ish! Nak naik kena lah naik sampai RM1. Baru lah challenge. Haha. Lepas ni makan nasi dengan ikan bilis je. Dulu makan nasi dengan ikan bilis macam orang susah je. Sekarang tidak lagi! Haha. Orang kayo makan ikan bilis. Haha. Ikan bilis pun 1kg-RM24.00. Tapi tengok jenis jugaklah. Ada belas-belas.

I perasan tau trick ni nak naik kan barang agak melampau. So takut tak ada siapa nak beli diaorang kecikkan size. Betul tak? Contoh dia 2 last week I makan KFC. I memang beli tight and wing je. Tak pun drumstick. Sekali tu KFC bagi ayam drumstik macam anak ayam punya peha daaa..! Harga tetap lah sama. Cuma size tu. Tak patut!

Macam semalam makan Ayam Goreng Kampung. Ayam dia pun kecik. Memang tak boleh blah! RM4 okey satu ketul! Kat cafe pun ayam RM5! Dulu RM5 tu dapat nasi sebungkus dengan air okey!! Sekarang turun cafe kena bawa RM20! Haha. Memang tak lari lah. Pagi je dah RM5, lunch RM 7/RM8! Ish. Mahal!

Lepas makan ayam kampung I beli Oreo pulak! Nak twist-dunk-lick It! Haha. Nak beli lah Milo yang 6 kotak tu. Tengok size dia kecik je. Harga tetaplah sama. RM6++. Milo ni pun satu hal. I memang beli Milo ni sejak turun temurun. Haha. Dulu 6 kotak tu kan RM 5++ je. Then naik RM6.30, lepas tu naik sampi RM 7.99 lagi-lagi yang ada Proto Malt dengan straw yang kiri-kanan-atas-bawah boleh keluar air tu! Menyampah je! Rasa sama je. Apa entah yang boleh buat naik harga! Straw berubah pun nak naik harga jugak ke? Last-last I tak beli dah Milo tu! Mahal!

Tu lah yang saya nampak. Tak naik harga sangat pun dia akan kurangkan size. Hehe. Masalah pengguna betul lah! Okey lah. Im so busy today. Sigh.





1 comments:

farahfatihah said... [Reply to Comments]

a'ah kan barang2 skg memang mahal!!!! nyampah!!!