Kampung Budaya Sarawak & Kek Lapis Dayang Salhah


Lepas makan Abg. Jai bawa pergi Kg. Budaya Sarawak. Dia kata ini kena pergi. Fine. My mom pun memang nak pergi sebab nak beli Majun Mak Yang. Kawan dia kirim. Ish! Semata-mata tau!


Abg. Jai kata lagi jauh sikit. Dia menghala ke Gunung Santubong. Dulu pernah pergi area sini tapi tak sampai gunung lah. And!! 1st time tengok kawasan pantai dekat dengan gunung! Bukan selalu pantai hutan-hutan ke? Sangat menakjubkan! Kuasa ALLAH.

Okey. Untuk masuk ke Kg. Budaya ini agak mahal sikit lah, RM60/person. Pengsan. Tak shopping lagi ni. Huaa..); Tapi bila masuk tu macam redha and sangat lah best!!!! Hehe. Ada macam-macam rumah. Cuma penat je. Well, gemok kan? Bila buat some aktiviti macam lemah lah. Haha. Memang menetes lah peluh. Ada 7 rumah kat dalam Kg. Budaya ni. Sebelum tu dia bagi passport. Apakah? Masuk rumah-rumah ni ada passport. Tujuannya tak dapat dikenal pasti tetapi sangat best. Feeling keluar-masuk over the sea. Haha. Cop sendiri! I think nak buktikan lah kita pernah menjejakkan kaki di situ ;)


1) Rumah Bidayuh. 1st masuk kan alamak! panasnya!!! Tak tahan lah! Macam mana diaorang boleh tinggal situ? Sebab macam daun rumbia erk? Selamat ke duduk atas rumah ni sebab lantai dia tu macam pakai daun tu jugak! Tapi selamat lah kan. I selamat masuk dan keluar dari rumah tu. Tapi sumpah besar. Siap ada rumah mesyurat lagi! Hehe. Memang unik!


2) Rumah Iban. Rumah Iban sangat cantik. Macam chalet yang panjang. Diaorang kata rumah tu 1 bilik 1 family. Apakah? Tak sempit ke? Rupanya bilik dia tu besar. So muat lah. Btw, dalam rumah Iban ni I ingat pameran macam tu je. Rupanya memang ada orang Iban dalam tu buat tenunan, jual makanan mereka. Bagus lah. Sambil tengok boleh lah makan kan? Haha.


Aktiviti diteruskan ke 3) Rumah Penan. Owh!! I like!!! Masa nampak tu kan macam. Alamak! Seksi habis abang ni! Handsome pulak! Macam mana ni? Amboi gatalnya kau Sinaz! Haha. Sekali tu da..bukan orang penan. Dia just jaga kejap je! Hampeh! Tapi kat rumah Penan ni memang enjoy lah. Had so much fun! Haha. Actually orang penan kan tak tinggal satu tempat. So, dia tak bina rumah. Dia buat macam hut je. Kewl kan? Paling best senjata diaorang, sumpit! 3 try, RM1! Murah!! Haruslah semua try. Mula-mula mcm takut juga nak try takut benda tu masuk dalam mulut. Cane? -_-' Pastu Abang Penan cakap "Kau jangan sedut!!" Haha. Sumpah weh Abangg Penan ni seksi sangat. Mengganggu konsetrasi nak menyumpit! Haha.



Ok. Sempat ambil gambar!! Haha. Umi suka-suka tau panggil dia Michael. Apakah? "Mana Umi tahu nama dia Michael?"

"Dia tak jawab Umi tanya nama dia, lepas tu Umi bagi lah nama dia. Michael"


Haha. Suka hati je kan?

Then, kamik ke 4) Rumah Ulu. Rumah Ulu ni tinggi habis! Memang mencabar lah! Haha. Apakah tangga dia tu? Sangat menakutkan. Takut patah! Haha. Yang kita orang pergi tu rumah Ulu gred Ketua Kampung. So, rumah dia tinggi and cantik! Cantik sebab nampak view. Lawa lah kan? Tapi memang tinggi sangat. Ada persembahan tarian. Sempat juga lah ambil gambar. Haha.


5) Rumah Melanau sangat lah tinggi. Antara rumah paling besar gila. Rumah dia tinggi. Lepas tu bertingkat pulak! Memang gayat. Orang yang jaga rumah melanau ni cakap rumah melanau kat kawasan pantai gitu. Thats why dia guna kayu berlian di mana kayu berlian ni bila kena air dia makin kuat. Kegiatan harian diaorang memang tangkap ikan lah dan makanan ruji dia orang sago. Eceh! Belajar sejarah pulak! Haha.

6) Rumah Melayu Sarawak. Banyak-banyak rumah kan? rumah melayu juga lah best!! Siap berbaring-baring bagai! Sebab penat tawaf 1 Kg. Budaya. Haha. Paling tak tahan kitaorang masuk je rumah melayu tu kan ada orang nyanyi. Sedap gila suara makcik ni!! Then..ada lelaki menari. Ajak pulak kitaorang menari. Apa lagii....... Nah tengok gambar! Haha. Enjoy gila! paling tak tahan my Ayah. Sangat sporting. Tak pernah der gua tengok ayah gua menari bagai. Kat rumah dia garang gila. Haha.


Lama sikit kat rumah melayu sebab tunggu ayah main gasing pulak! Adehh!


Then last sekali ke 7) Rumah Cina Sarawak. So simple. Macam takut sikit. Haha. Maybe tak dihias lawa kot. Lepas tu we all bergambar dengan satu peralatan orang cina. Tak tahu nama dia tapi dia untuk memerah soya orang tu kata. I tak cakap ya! ;p

Penat dah. Tengok show pulak! Ada pukul 11am and 4pm. Best jugak!! Dia buat persembahan fasal etnik di Sarawak! Paling best ada joget lambak penghujung sekali. Sekali lagi, my Ayah dengan selambanya menari atas pentas. Me tak naik! Malu lah!


Lepas tu cau cin cau. Me nak pergi Dayang Salhah nak borong kek lapis!!!! ;) Banyakkan? Rambang mata! Semua nak! Hehe. Kali ni berpeluang tengok orang buat kek. Agak leceh jugak lah kan? Tapi memang sedap. My fav kek lapis is Kek Lapis India. Sedap sangat walaupun mahal sikit! Hehe.



2 comments:

NURUL JAMIAN said... [Reply to Comments]

shinnaz pergi sarawak ye? nurul baru plan nak pergi sarawak tapi tak sure bila lagi

ada tahu info hotel murah tak?


best tak?

MRS. K said... [Reply to Comments]

akak penah sampai sini taon 1995.. lama tak? lama tak? muahaha... masa tu pegi free sebab pegi kursus anjuran jab pendidikan negeri perak.. dasyat tu zaman tu, budak darjah 5 dah naik kapal terbang.. hikhik