Semenggoh Wildlife Centre & Jong's Crocodile Farm


Sorry. Jangan boring ya. Hehe. Saya memang suka buat entry berepisod gitu. Agak boring juga lah. Who knows kalau sesiapa pergi boleh lah baca. So, tak lah tak tahu apa-apa bila sampai sana. Hehe.

Ikut Abg. Jai dia kata pagi-pagi ni jam 8.30am ada kat lobi. Nak pergi tengok Orang Hutan! Dia kata jauh. So kena gerak pagi-pagi. Hurm..tak lah jauh mana pun. Almost 35-45 mins. I tak tahu dia kat mana tapi nama official dia Semenggoh Wildlife Centre.

Sebelum pergi I dah tanya Sally dah. Dulu pergi Kuching tak berkesempatan nak pergi sini. Sally kata dia macam masuk hutan. So, I fikir owh kena bawa seluar sukan and sport shoes. Haha. Laluan track kan? Haha. Sally kata tak payah. Pakai jeans pun ok. I bayangkan dia macam hutan tebal. Lepas tu Orang Hutan tu atas pokok. Sambil kita jalan dia pun bergayut-gayut di pokok. So, kalau dia turun bawah, I boleh lah lari if...I pakai sport shoes. Itu lah sebabnya. Haha. #sengal

Panas gila weh! I rasa kat Putrajaya tak jogging pun sampai kat Kuching berjogging-jogging-an. Hehe. Menetes je air peluh! Dah tu pulak my Ayah "cepat lah..cepat lah..." Ish! ); Sesampai Orang Hutan tak mahu turun. Hampeh! Dia 3 beranak okey duduk atas pokok. Panggil-panggil tak mahu turun! Degil! Last-last I pergi tempat lain.



So, I tengok lah si gemok ni. I dont know its name. Tapi nama orang hutan kat sini semua tak boleh blah. Haha. Ada tu Roxxane. I teringat cerita Growns up. Salma Hayek jadi Roxxane. Glamor u! Ada Saddam. Ada Amoi. Funney lah! Paling tua dalam 40 y.o. Ada tu I tengok 'Hot Mama'. I tanya kenapa panggil dia hot mama sebab dia seorang ibu yang penyayang. Dia sayang anak-anak dia. Dia ada anak 3 ke 4. And yang paling penting orang tu cakap, orang hutan ni dia sangat bagus family planning. Hehe.

Kehidupan dia pula memang kat kawasan hutan tu. Kalau nak makan dia datang lah. Ada tu hilang 3 bulan. Lepas tu dia datang balik. Teruja tengok orang hutan sebab 1st time. Dekat-dekat pulak tu!


Untuk Semenggoh Wildlife Centre RM2/person. Murah kan? Jom kita pergi Jongs's Crocodile Farm pulak! ;)


Mula-mula macam tak nak pergi. Apa kejadahnya lah kan nak tengok buaya. Tak suka okey. Kat Zoo Negara ada banyak kot. Tak pun kat Taman Buaya Melaka. Haha. Tapi dah katanya sekali sekala datang I pun pergi juga. RM 16/person. Lagipun Abg. Jai ni orang tak mahu masuk dia suruh masuk juga. Sebab kat Sarawak je ada katanya. Haha.



Masuk-masuk tengok buaya je lah. My mom cakap ada buaya besar nama dia Bujang Senang. Eksited kau! Sekali orang tu cakap Bujang Senang tu dah lama mati. Yang tinggal rangka dia je. Haha. Apa lah umi ni ;p Tapi memang besar nak mampos okey. Ni nak lari kalau kene geget pun memang tak sempat. Yang lain-lain sama je. Memang macam pergi zoo lah. Geli tau tak dengan buaya. Geli-geleman!

Kebetulan jumpa Sofieynaz, new friends ;)

Tepat pukul 11 am ada show. Phew. Show lah pulak! Dah lah panas kat sana. Duduk tetiba nampak TV3 buat liputan. Sapa tu erk yang pendek macam Ally tu jugak? Majalah 3 kot nak buat liputan pasal buaya. Tak tahu lah kan. Mungkin sebab pilihanraya kat Sarawak ni. Jakun okey tengok buaya punya show. Kau pernah nampak buaya berdiri? Tak ada kan? Hehe.

Lepas tu balik! Makan tengahari kat mana entah! Ini apa nama dia erk? Kerang masak kicap ke?





3 comments:

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

i x pergi pon tgk buaya... sbb i sempat kena kejar ngn org utan, so da penat! HAHHAHAA

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

yg buaya lompat tu aku ade tgk kat berita haritu..mase tu x perasan haizi pun,hahahaha..

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

syoknyeee *jelesssss* hehehe