Kung Fu Panda 2



Hari Sabtu lepas kan..kan..Ibu Cha and Ara tak ada. So, dia letak dua budak demok tu kat rumah. Selalu jaga sorang je, Cha. Ni jaga dua-dua. Sebaik Mak Ngah ada. Kalau tak....pitam!! Mak Ngah pun kena pergi tapi I hasut juga. Haha.



Agak boring lah jaga kat rumah. Before ni kan selalu cakap kat Ibu "Eee..tak kemas rumah ke?Bersepah je.." Hehe. Ibu jawab "tak boleh nak kemas sebab ada 4 orang mengumbah termasuk abang Cha and Ara" Kasi cake, habis cake kena lenyek kat lantai. Kasi keropok, dia bagi kucing. Kucing tak nak makan, Mak Long kena sapu balik. Minum air, satu rumah basah sebab nak minum sendiri. Lepas tu tolong kemas barang atuk, barang Opah, barang Mak Ngah and semua-semua lah. Main carpet. Main telefon. Main pen/pensil. Main bekas kuih raya Opah. Main bedak. Lepas tu poo-poo pulak. Sebaik Mak Ngah basuh! Yeeha..!


Diaorang tak kacau Adah sebab masing-masing takut dengan Adah and tak nak kawan dengan Adah. Selamat di situ ya ;)



Tapi memang betul. Diaorang tinggal rumah Opah habis bersepah. Huaaa...); Dari diaorang buat sepah lagi I bawa diaorang keluar. Mak Ngah nak tengok movie!
Tengok Kung Fu Panda 2. I booked untuk couple seat. Dua! Sebab.... kalau seat biasa tak muat. Lagi pula I nak duduk dekat dengan pintu and boleh lari if Ara nangis. Tapi kan....); Kita tak tengok pun Kung Fu Panda 2. Sebabbb...diaorang tak nak tengok movie but nak jalan-jalan je dalam wayang tu. Huaaaa..): Penat kejar-kejar dalam movie. Huaa..);

Last-last gilir-gilir jaga diaorang. Me and Mak Ngah. And..tak disangka-sangka diaorang happy okey duduk kat luar dari dalam movie tu. Rupanya they all met a new friend! Haiiya! Patut lah ajak keluar ):


Main lumba lari dalam TGV. Dari hujung ke depan kaunter. Okey fine. Lepas ni tak nak bawa dua-dua. Penatt! Kesimpulannya memang tak tengok Kung Fu Panda 2. ):


Habis movie I pergi Sunway Pyramid sebab I nak makan Kebab. Tapi tak beli pun sebab stuck kat playgorund. Huaa..): Memang saja pergi SP untuk bagi Cha and Ara main je. #sentap. Kasi Pretzel Stix Choco kat diaorang satu SP lari dengan mulut comot. Tiba-tiba pulak lah Cha hyper time tu. Sebaik Mak Ngah and Adah ada. Sigh.


Balik dari SP semua penat. Terbongkang. Tapi dia orang tak penat pun sebab diaorang buat kerja yang diaorang tinggalkan pagi tadi, mengumbah balik. Huaa..);


Ara, Cha and Mak Ngah.


Sikit sinopsis fasal Kung Fu Panda 2. Po tu nak cari keluarga dia kan? Tapi ada Shen yang burung merak tu kan yang jahat kan? Okey itu je.



1 comments:

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

hahaha...aqeef haritu jerit bising2 sbb excited tgk citer tu..wat malu aku je..