Balik kampung #Melaka



Tak tahu lah kan. I ni ada sakit apa ke apa entah. Kan kalau MIL tumis bawang kan. I rasa wangi sangatt. Tahu tak bau bawang pun boleh rasa manis. Padahal baru bau. Belum rasa lagi. Hehe. Start kahwin until now masih belum miss lagi beli ikan fresh kat Pengkalan Balak. Hehe.

Serius. Bila masak kan ikan tu rasa lain. Tak macam kat Putrajaya. I pernah beli ikan parang dekat Pengkalan Balak. Serius, Asam Pedas tu sweet and sedap sangat. Haha. #matilamak puji diri sendiri masak sedap kan? Haha. Bila beli kat Putrajaya kan ikan tu nampak fresh tapi bila masak isi dia macam hancur. Belum masak ikan tu time basuh pun boleh tahu ikan tu lama. Sejak kahwin dengan orang Melaka boleh lah beli ikan fresh naik dari laut.

Jangan kata ikan. Minyak? Beli kat Melaka jugak! Haha. Gilos kan. Padahal minyak tu datang dari KL nun! Bawang pun beli jugak! Lagi pulak bawang kat Pasar Masjid Tanah (MT) bersih and comel. Haha. Belacan pun beli setahun sekali je kot. Sebab Haizi kata orang yang buat belacan tu buat sendiri and betul-betul orang melayu. Dan nampak lah dia kepal-kepal belacan kat situ. Hehe. Cencaluk tak makan sangat tapi layan juga. Itu pun beli kat pasar MT. Haizi pesan kalau nak beli kena cari yang tutup kuning and isi nya warna jernih. Itu baru buat lah namanya. "Kan b kan?"

Apa lagi eh yang I suka beli kat sana yang kat KL pun ada. -___-' Ha....tulang selangka. Mahal pun mahal lah. Daging muda and baru. Itu yang penting. I pernah beli kat pasar Putrajaya ni alahaiii..! Baling kat dinding lantul balik kat aku tau!

Sebenarnya kan hasil tangan MIL tu yang sedap sangat. Barang sama kot. Tapi I ni psiko sikit. Nak semua sama biar bila I masak jadi sama. Tak 100% tapi 90% YES! Hehe.

Eh! Lagi satu...ikan talapia merah. Dulu tak makan now dah makan sebab tak hanyir langsung! Memang sedap gila. Lagi-lagi kalau MIL goreng. Dia letak rencah apa pun tak tahu lah sampai sedap sangat. 2 ekor I sorang pun boleh! I beli ikan tu kat Meru, sob..sob..sob..tak sedap. Tak fresh and still bau even dah rendam dengan air garam, air asam jawa and perah limau. -__-'

Now I kat Melaka. Wanna buy some groceries, ikan and etc. Happy weekend ;)



4 comments:

nelly said... [Reply to Comments]

happy weekend !
:)

follow u !

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

thank u!

i follow u too ;p

jaja said... [Reply to Comments]

hi shinnaz.i'm a SR of your blog.tp ade plak topik psl shopping kat masjid tanah ni,i pun nak komen gak la.my mum pun mcm u beli segala benda like bawang tu kat masjid tanah.putrajaya punye dia tarak suke he3.
~jaja~

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

jaja : hehe...btw u punya kg kat Masjid Tanah ke? which area? ;)