My belog is not your belog!


Malam tadikan tidur awal gila 9 dah masuk bilik, sembang-sembang terus tidur. Dalam pukul 1 pagi dah jaga. Sempat lah mimpi kena towing lagi. Haha. Apasal lah I pulak yang mimpi kena towing? Tuan kereta tak mimpi, I pulak yang mimpi. Haha.

*Beep* bunyi message. Macam ni lah ayat dia ;-

Shinnaz Ahmad Rasid has left a new comment on your post "XO":

"Umi pun suka main itu bila ada ceramah ..mengantuk.."


Posted by Shinnaz Ahmad Rasid to from the desk of shinnaz at Friday, June 17, 2011



OMG! Bila pulak lah kan I reply message blog ni? Kan I tidur??? Sebelum tidur. Haizi bagitahu "orang atas dah pindah, tak ada orang kat atas dah.."



"So??"

"Kita tengok malam ni..."

Apa lah yang nak ditengok kan? Haha. Haizi ni ha..I told him yang rumah atas ni bukan main guli, seret meja and etc. 'Orang' lain okey. Dia tak nak percaya. Siap tanya orang atas. Orang atas pulak mengaku anak dia hyper. Tapi fikir logik lah budak 3 y.o nak main guli? Takkan lah!



And seriusly, masa tengah nak lipat-lipat baju, ada orang ketuk lesung batu. Apakah? Lari terus masuk bilik! Haha. Then, I dengar juga bunyi guli. Lain tau perasaan kita bila dengan bunyi tu sebab I know nobody kat atas. Lainlah ada orang. -___-'

Then, bila I baca message I komen kat blog sendiri tu yang lagi cuakkk..! Ke I ngigau comment kat blog sendiri. And pagi tadi check memang pun ada comment tu..! Takuuuttt!

Tapikan..bila I perhatikan balik ayat dia..."Umi pun suka main itu bila ada ceraman..mengantuk.." UMI????? My mom? Entah-entah...Umi yang masuk account kita then tak sign out terus comment je? Mungkin..mungkin...;p

Sekarang ni my mom ada blog okey! Tak puas hati je tulis kat blog. Adoi! Haha. Happy blogging mommy! Blog Umi, Coretan Ummi. ;)




8 comments:

MRS. K said... [Reply to Comments]

main guli? lesung batu?

memang SAH!

seriyes...

cacah said... [Reply to Comments]

haha... blog pun berhantu ke shin? :) must be your mum.. da tanya lum?

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Mrs. K : hahahah. rumah bertingkat selalu cenggitu kan? kawan haizi cerita rumah dia 2 tingkat, dia kat bawah, ruang atas ada orang main guli..cane?

cacah : haha. mesti lah mak kita..dia lupa sign out lah tu..haha

farahfatihah said... [Reply to Comments]

huhu saspen2.....g carik doa elakkan dari gangguan iblis, insya'allah tak dengar bunyik tu dah...

Anonymous said... [Reply to Comments]

u pn kna mslh yg sama? seriously, umh i pn sama!! selalu dgr bunyi org main guli,tarik kerusi,lompat2.. tp yg peliknya,tiap kali b'bunyi irama dia ttp sama - guli tu akn jth dgn cara sama,trk kerusi cara sm... seraaammmm.... tp lama2 dh terbiasa, buat deekkk jer.. tp klo dok sorang2 kdg2 cuak jgk.hahaha
-nurul-

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

ish..lg seram pasal rumah 2 tgkt tu..dah la skarang ni pun aku cam cuak2 gak kalau tggl berdua ngan aqeef time laki aku main badminton..

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Anon : Hi..Nurul ;) agaknya rumah bertingkat mmg cenggitu kot kan..main guli tu pun mcm org pro je..haha. dulu buat 'dek' je, now tak leh nak buat dek sebab tahu atas tu takde org..);

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

ummiaqeef : ha..rumah cenggitu lah..kekadang ada org tengok tivi kat atas pdhal takde sape pon..kat umah mak aku..tgh buat kerja kat depan, dia kat dapor makan..cane?