Iftar Day 22



Hari ni tak masak dah. Minggu ni dah tak mahu masak dah. Haha. Boleh gitu? Nextweek dah raya kan? So, tak mahu masak dah. Fokus kemas rumah. Since pindah hari tu memang tak adalah dah nak kemas. Semua campak masuk bilik yang dikhaskan jadi stor. Wahahaha. Pemalas!

Lagi-lagi Ahad lepas my niece semua ada. Huaaaa..); habis bersepah. Kulit gula-gula, air milo. Patutlah ibu tak mahu kemas rumah kalau diaorang ada. Adoi! Makngah pula sanggup bawa diaorang keluar dari diaorang kumbah rumah. Haha. Macam-macam.

Today I berbuka di Restoran Insaf, Jalan TAR, Kuala Lumpur. Mula-mula I macam malas lah nak pergi KL. Konon nak kemas sangat lah tu kan? Lepas tu bila fikir-fikir tudung raya masih tak dapat lagi so, I gagahkan juga. Eceh! Padahal..? So, memang target, berbuka kat KL, jangan lepas berbuka baru gerak memang tak jadi lah jawapannya. Tu yang ke Insaf tu. Hehe.

Makan tu kat insaf, tapi bila keluar tak insaf lagi. Wahaha. Insaf ni nama dia ke apa eh? Ke memang dia dah nak cekau harga mahal-mahal, so bila orang datang lagi sekali fikir 49 kali sebab insaf nak datang. Haha.

Masa weolls datang tu still tak penuh. 6 PM kot I sampai kat Insaf. So, macam ada masa ni nak shopping sikit-sikit. Booking bagai, RM20/head (set rasanya). I ambil Bariani Ayam Goreng Madu, Acar timun, Kuah Dal, Jus Mango, Mineral Water, Epal Merah and Kurma 1 biji.
Itu je RM20? Ha..itu lah orang kata jangan masuk..nanti insaf poket nak masukk!! Sama set, cuma Haizi ambil Bariani kambing plus dia tambah nasi and telur ikan terus jadi RM58++. Haha. Padan muka. Sekali je lah kan. Masalahnya SEDAP ke? Eee..orang lain kata sedap tu sukati korang lah. Sedap lagi JM Bariani okeyyy!! Nasi dah tentu mahal, sedap. Tak rasa sedap pun kecuali Mango dia. Weee! Nak lagi-nak lagi. Maybe lepas ni masuk Insaf sebab nak "Jus Mango satuuu...!" Eh, Sahara Tent pun lagi sedap dari Insaf ni.

Itu jelah. Lepas tu terus shopping yaw! Menggila! Yerhhh!










7 comments:

CIK NANA said... [Reply to Comments]

Aah, Na pernah makan sekali tp mmg mahal la. Kalau nak kata sedap, sedap lagi Saba ke.. JM ke kan ? Mmg location buat dia jadik mahal kot?

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

dah tak sedap eh? tapi insaf tu memang cekik darah okeh.. dulu ktorang pegi, dia bagi kuah dal ngan aca timun tu sikit nak mam.. pegi satu family nie.. bagi satu pinggan timun.. satu pinggan dhal.. wth? baik gi SABA.. satu dulang nasik..hahaha

eima said... [Reply to Comments]

gile ... 1 kepala RM58???
huhuhuhu klu aku terus lari time tau .. nasi hape smua aku tinggal ...

MRS. K said... [Reply to Comments]

beli tudung fareeda la!

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Cik Nana : Betul na, JM ngn Saba lagi best okey dari Insaf. Tapi siapa peminat mamak sedap lah kott..kita tak suka..geli! haha

Filla : pd kita lah tak sedap. org lain makan mcm sedap je. tak lah sedap sampai nak pergi lagi. gitu..mmg lah. 1 piring kecik dal, 1 piring acar timun, 2 biji epal, 2 biji kurma, air miniral, bariani kambing, bariani ayam madu,mango RM58

eima : tak lah eima. RM20/person. tapi sekali served je lah. kalau nak tambah mcm laki aku tu dia caj lain. ignatkan free lor sebab dah tambah and bayar RM20. tu pun cinonet je.

Mrs. K : Alamak...kita tak pakai lah tudung pesen mcm tu..kita tudung bawal je..hehehe ;)

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

insafnye tgk makanan....... hahaha

yatt said... [Reply to Comments]

shinn : kitorang pun pegi weekend aritu kena RM88 okeh... ciss.. terus INSAF nak makan kat situ lagi haha....