Yay! Dapat Curtain baru!



Kita ni kan nak kata tiap-tiap tahu beli curtain baru tu tidaklah. Ni fasal pindah rumah baru yang tukar tu. Sebab curtain lama tak kena dengan rumah baru. Senteng, labuh sangat. Lagi pulak ada 1 curtain untuk sliding sahaja sedangkan rumah baru ada 4 sliding. Boleh?



Semalam lepas jumpa orang BPH terus pergi Nilai 3. Lengang. I thought memang langsir akan siap dalam 2,3 jam sahaja. So boleh berbuka kat sana ;)


Tapi kan I pergi 2,3 kedai curtain. Ada yang murah, ada yang mahal. Tapi problem dia adalah Im stuck kat satu kedai, Suria Silk House. Haha. Banyak pilihan tapi semuanya RM18.00/meter ++ and above. Ada yang lelong RM6/meter. Ada juga kalau nak pasang siap 50% less! OMG! Susah ambil pasang siap je lah kan. Bila nak beli ada untuk satu sliding je. Sigh.



Yang tak puas hatinya adalah saya adalah seorang perempuan. Diulangi perempuan tahu tak! Kau ingat nak pilih langsir tu macam pilih baju? Baju pun aku pilih lama tahu tak! Ni kan langsir! staff kat situ macam nak cepat je tau. I nak beli untuk satu rumah tahu tak! Banyak lah I nak kena tengok-tengok.


Haizi pulak tak back up ); "Cepat lah..cepat lah..dah pukul berapa ni.."


E..tak suka nya! Bila I pergi tengok langsir staff dia cakap "Kak..kain ni mahal kak..." SOOOOO????? Kau ingat aku tak mampu nak beli??? Pantang betul lah kan orang nak beli-beli cakap macam tu. Patutnya offer lah. Ini tak! Kau mana tahu aku ada duit ke takde duit ke? Sibuk je! Haha. Kan geram ni.


Then, I pergi tengok langsir kat tempat lain dia still follow juga. "B, kain ni cantik kan? tapi nipis. Jarang lah nanti kan??" Tiba-tiba staff dia cakap "Kak ni kain murah, memang lah nipis. Tak berkualit sangat. Saya potong untuk akak ya.." Hek eleh! Aku cakap dengan kau ke ha? Aku cakap dengan laki aku tau!


Btw, tak lah nak marah sangat. Tapi memang paling pantang lah. Kalau pergi tengok barang nak beli mesti dia cop kita ni macam tak ada duit. Kita kalau tak ada duit, tak masuk langsung! Lagipun I tanya je. Lain lah I masuk kedai butik ke apa ke. Ni kedai macam hidup segan mati tak mahu je! Bwekkk!


Balik singgah carefoure beli barang dapur. Pindah rumah baru Haizi buang semua! Boleh? So, I dah dapat curtain. I 'pow' mirror jugak! Hehe.


"Buat apa nak beli cermin banyak-banyak ni?"


"Nak gantung lah! Rumah kita kan gelap. So bila pasang cermin banyak-banyak dia cam luas gitu.."


"Ala..I tahu..supaya senang kan you nak pergi situ ada cermin, sana ada cermin.."


"Apa-apa je lah.."


I tengok harga cermin tu RM180, tapi dia bagi RM75. Okey lah tu kan. I beli dua dia kasik RM150. Kedai Pakistan tu tau. Depan surau.


Pukul 7 pergi order makanan. Order Siakap Sweet and Sour. Ikan busuk okey. Bila kita tegur cakap ikan busuk dia jawab "tulah..akak dah cakap ikan ni busuk tapi diaorang masak juga.." boleh? Malas dah nak marah. Sebab pergi Nilai hari tu memang moody habis!




7 comments:

Mrs. Hakim said... [Reply to Comments]

patutlah ada kena savvy biru hon kita masa kita berhenti tepi nak tapau green tea frapp kat starbucks.. rupanya tengah hangin ek.. ngehehehe~ ;p

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

x sabar nak soping gak this week..hehe..

cacah said... [Reply to Comments]

u pergi kedai mana ni yang akak tu bleh jawab cenggitu? aduiyai... rasa nak lempang akak tu... eh.. puasa... sabar je la... harap2 sehari tu jela yang penuh dugaan... semoga lebih2 hari bulan puasa ni, u aman sentosa je... okay :)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

annoying kan orang camtu??? kalau haku dah buat muka masam jeling siap..tak pon kuar terus..hahah

♥mama eza♥ said... [Reply to Comments]

wah jeles tau dah dapat curtain baru..

mamamarissa said... [Reply to Comments]

kalo kak jue dah blah dah...period!!!

tapi kak jue pernah gak gi beli langsir kat nilai 3, tapi ok jer...first class ok, kedai pun besar :)

Anonymous said... [Reply to Comments]

curtain dalam gambar tu dekat kedai mana? cantiklah...)