From Bandung with Love - Pt. 2

Emo gila kan entry lepas? Haha. Memang geram gila. Tapi tak apa. Tak apa. Doa orang teraniaya selalu dimakbulkan Tuhan. Alhamdulillah. Even kena tipu and duit susut sikit. Tetap boleh berbelanja diluar jangkaan. Eh. Silap. Bukan susut sikit, susut banyak! Haha.

So, ni kita sambung tau cerita semalam. Haha. Lepas weolls pergi Rumah Mode, weolls pergi cari makan lew. Lapar. Plus nanti kat hotel tengah malam mesti cari makanan. Hewhew. Dasar perut buaya! Weolls pergi Paris Van Java (PVJ) sebab my mom tak boleh masuk makanan Indon. Pusing satu PVJ. Penat weh. Dah lah turun naik gunung. Last-last jumpa satu kedai, The Taste. Sedap lah juga.


Orange juice. Tapi tak rasa orange oren tu, dia rasa limau yang kita makan kulit dia warna hijau. Sedap!


Semua orang order nasi cumi goreng.



and my mom nasi dengan soup bontot. Sedap! Nyumnyum. Then pergi Carrefour cari plug sebab I salah bawa plug. Kat Phuket I beli plug 4 segi, kat hotel Amaris Cimanuk diorang guna plug bulat. Plus beli air miniral and susu coklat. Sedap dowh air coklat dia. Sekarang ketagih air coklat. Kat Starbucks pun sedap!
Bandung lewat 1 jam dari Malaysia. 6 pagi dah terang gila kot sebab kat Malaysia dah pukul 7. Malas gila nak bangun plus kaki sakit gila panjat-turun gunung. Sigh. Cari nahas betol.

Minta Pak Solehin pick up weolls kat hotel jam 8.30 pagi waktu tempatan. Tapi kata janji melayu, I turun jam 9 pagi dong! Miss breakfast. Hehe. Singgah PVJ lagi sebab cari segala ubat sebab nak shopping kan. Kang kaki sakit kang payah pulak! Singgah J.Co beli donut and sandwich.

Sampai Pasar Baru agak jam. Sigh. Sesak seperti 2 tahun lepas I pergi. Turun je dari lif I betul-betul kat Toko Laris. Jual telekung. Seperti biasa telekung murah lah kan, rp50k. Dalam RM18 je. Sekali borong beli banyak. Rasa macam sehari 5 kali sembahyang nak tukar-tukar colour telekung. Haha.
Lepas tu misi mencari kain ela. Sibuk lah nak buat baju raya tau my mom. Lambat lagi kot! Haha. Tak jumpa kain ela, sibuk beli kain shantung. Dah memborong kain shantung. Tak koser nak pakai. Bunga timbul-timbul tapi sebab semua orang beli, I beli juga. Kot-kot jadi baju cantik kan? Memang cantik! Haha. Kalau nak pergi beli kain shantung kena pergi Kedai Hidayah Collection di Lantai 1. Dia tersorok sikit tapi murah and layanan pun best!


Ni contoh design kain untuk orang kahwin. Bertunang pun boleh. Memang cantik. Kalau belum kahwin, nak beli kat Bandung jugak #kthxbye

Then cari baju kebaya pulak! Murah sahaja okey, rp100k (RM40 lebih kurang). Penat pergi lunch. Sebab tak habis borong lagi. Pergi lunch kat food court.

Makan ayam penyet. Plus I order tempe banyak kali sebab sedap sangat!


Bakso. Tak sedap pun? );





Udang Penyet Jana mok-mok ;p



Jus Mango super sedap nak mampos. Kat Malaysia tak jumpa lah macam ni. Huaaa..);

Lepas makan bertenaga semula, cari kain ela lagi. Jumpa kedai yang murah tapi design tak suka pulak. So, pergi satu kedai ni, Chand Moda. Pakistan kot yang jual. Best gila pergi kedai dia. Layanan tip top. FYI, I tak tahu lah I sentap or apa kan. Tapi bila jalan kat Pasar Baru tu kan diorang macam pandang sinis je. Pergi tanya pun tak dapat kurang sangat. Fix price je. ); Pergi Chand Moda borong kain cotton lawa-lawa gila. Adalah dalam 20 pasang. Hewhew.


Balik singgah satu kedai apa entah. Dia letak patung pakai baju rambu-ramba gitu. Macam penyanyki kaberet je. Huahua. Kangah beli okey!! Apa kejadah lah kan? Taste Indon sangat! Haha. Weolls kat Pasar Baru dari pagi sampai lah dia tutup jam 5 ke 6 petang. Gila tak?

Balik konon nak makan makanan Indon tapi tiba-tiba tak lalu. So, ke PVJ sekali lagi. Berapa kali daaaa pergi PVJ. Dinner kat The Taste juga. Sigh. Haha. Padahal sedap!



4 comments:

MaMa NuFAeL said... [Reply to Comments]

shinas kite ckp kain kat atas tula..yg colour hijau tu

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Ooo..kalau yang itu, kita beli rp110k sahaja...dalam rm 40 sahaja :-)

jana cun! said... [Reply to Comments]

gile kn kita... g lg jom!! mna gmba air laici sdp tu?

MaMa NuFAeL said... [Reply to Comments]

wey die jual 140 tau..waaaaa..bunge kat badan ngan tangan je kan..byknye die amik untung