From Bandung with Love - Pt. 3


Ok. Tak habis lagi ni. Haha.

Lepas tu kan...lepas tu...hermm..lepas tu kan...sambung cerita dinner semalam. Haha. Seriusly, weolls tak tahu nak makan apa. Gila kesian. Tak nak yang mahal. Tak nak yang tak sedap. Haha. Memang tak ada choice. Pergi The Taste sekali lagi! Hehe.


Mine order Laici sedap! Srrrpp! Tiap-tiap hari ok!! Haha.

Nasi putih with cumi goreng.

Kangah Ayam Penyet.



Jana, nasi cumi goreng; and

umi nasi with soup bontot. Tak habis-habis.

Sebelum balik sempat singgah BreadTalk for supper. Lapar gila okey nanti. Bawak bekal balik hotel. Hewhew. Dasar perut buaya! #nomnom

Ingat nak singgah Anakecil tapi tak dapat sebab dah tutup. Esok lah! Weolls stay at Amaris Hotel Cimanuk. Lucky me, 2,3 hari sebelum kan I kena allergy so, I pilih hotel pun depan klinik pakar kulit. Huahua. Ini hotel baru. Ada lagi satu di Amaris Cihampelas. Amaris Hotel Cimanuk ni dekat dengan Gedung Sate dan bersebelahan Anakecil.


Apa kejadah tak tahu Anakecil sebelah hotel. Tahu jalan kaki aja!

Amaris Hotel Cimanuk sangat recommended. Tapi for budget hotel lah. Kalau ya'lls nak duduk hotel mewah okey juga ;) Tapi kalau budget ciput sangat lah berbaloi-balok duduk Amaris.

Bilik agak kecil but its okey for 2 persons kan. Moden sangat bilik dia.


Beds. So sleepy!

TV. Sepanjang dok sana asiklah tengok gosip artis Indon. Sempat lah tengok fasal "Angie-Adjie ugut ingin bercerai" padahal tak kenal pun siapa Angie and Adjie? Haha. Movie best-best lah.



Tapi untuk F&B sangat lah TAK awesome. Indon punya masakan lah. Tak tertelan. Makan bubur je. Staff okey and friendly. Nextime nak pergi nak duduk Amaris Hotel Cimanuk lagi! Sebaik bawak bekal dari Malaysia. Datang bawak maggi, balik pun bawak maggi. Apakah?



Ingat tak I cakap baju Kangah yang macam penyanyi kaberet tu? Haha. Bila dia tunjuk malam semalam tu macam lawa pulak! Haha. So, I decide pergi Pasar Baru lagi! Haha. Beli kain ropol-ropol tu. Feeling baju Hatta Dolmat sangat! Macam-macam colour ada, rp75k/meter.


My mom beli baju untuk anak manja kesayangan dia yang tak hekut tu, Juju. Kesian. So, I pun terpaksa dan terjebak sekali lagi membeli. Adoi! Kali ni dah janji pada diri sendiri jangan nak lama-lama sangat kat sana ok. So, ketepatan iman tu kuat so tak lama pun.

Then lunch di Restoren Sederhana Masakan Padang. Not bad. Kalai ikutkan kedai masakan padang ni belambak ok tepi jalan. Cuma lalu dan tak lalu je nak makan. Sebab tepi jalan and agak kotor lew. So, kat Restoren Sederhana ni bersih and aircond. Sejuk sikit.





Sekali makan dia letak berpulu-puluh jenis lauk. Tapi awas! Once usik sikit, dia caj kita macam kita makan satu pinggan ok. So, ambil lauk mana perlu je. Not bad lah. Begedil dia sedap!


Hujan lebat waktu lunch ni. So, tak dapat nak pergi cari T-shirt kat Cihampelas. Pergi Kartika Sari dulu lew. Borong kek seperti biasa. Brownies Choco Chip and Brownies Almond. I beli juga pisang keju but tak berapa sukalah. Then I try Cake Sale Keju.



Lepas tu baru pergi Cihampelas. Masih berhujan. Lapar pergi Mc Donald Istana Plaza. Take away. Then, makan-makan. Pack barang balik. Damn tak muat! Haha

Tambah kg bag online. Gila lah. 80kg! Esok pagi weolls flight pagi-pagi. Lapar tak breakfast sebab bekejar pergi airport. Bertambah lapar lagi bila flight delay lagi. Huaaa...);



Sebaik naik flight Nasi Lemak Pak Naseer masih ada! I loike! #nomnom

Ok. Itu je. Tak sempat kan I nak pergi FO. Sedih. Tapi tak apa. Insyallah diberi peluang ingin pergi lagi tapi for SHOPPING sahaja. Tak koser nak pergi Tangkuban Perahu ngok tu!

Dah! Pergi buat kerja. #kthxbye