Serius menyesal gila...



Tak caya betol pergi IKEA tak beli apa-apa. Apa je lah kan nak beli kat IKEA tu kan? Barang tu je dari dulu pergiiii...;p

Hari tu pesan kat Kangah belikan sepit plastik "Tolong beli sepit plastik tu..malas lah nak masuk bekas" Ya ampunnnn..pakai sepit tu lagi senang ok. Dah bukak, sepit je. Korang paham tak yang mana satu sepit ni? Kejap! Kejap!
Ni ha...;)

Tapi dalam dok malas nak masuk bekas tu sibuk cari balang letak biskut. Huahua. Dasar perempuan! Semua nak beli. Pergi dengan Alia dah pesan "Jangan beli kak kalau tak guna..." Huahua. Tak dengar pun cakap Alia. Hewhew. Alia pun 2x5 kita. Dalam diam tak nak beli tu, dia pun beli 2,3 jugak ;p



Niat di hati nak beli sepit tu je. Lepas tu jumpa balang biskut, lepas tu jumpa pasu tin, RM3.90, jumpa pokok bunga, RM4.90, lepas tu jumpa bed tray, RM19.90. Semua lah nak beli!



Haizi tanya mug, 6.90/mug ni beli untuk apa? "Untuk minum lah. Tak comel ke colour purple? Ada tutup. Tak lah sejuk cepat sangat kan?" Huahua.


Banyak-banyak barang I rasa kenapa lah I boleh beli penyangkut baju ni? Kat rumah dah ada. Rasanya I beli kat kedai lain tak sampai Rm10. Tapi disebabkan rasa benda ni memang keperluan terus beli, RM19.90 Kejadah sangat kan? Nak hempuk je bila bukak tengok macam sotong yang banyak tangan tu. Ewww! Menyesal ok! Menyesal! *hantuk kepala kat dinding*




Okey. Itu sahaja pembaziran yang amattt sangat dikesali. Balik rasa bersalah sebab beli benda bukan-bukan plus tengok suami makan maggi je. Sobs. Terus masak lemak ketam dengan udang goreng kunyit. I happy, hubs pun happy. #ehyeke?
Lalalalalala~




7 comments:

Mimie said... [Reply to Comments]

hahaha..kita pun beli mug purple dgn penyangkut baju.. bile tgk bil aikkk apsal brg kecik2 pun mahal. tgk2 penyangkut baju je rm 20. hahaha.. marketing strategy kann sebab penyangkut baju tu dekat hujung2.. sebelah counter cashier.lol :P

eima said... [Reply to Comments]

kat rumah byk sepit tu fahim buat main je.. tak guna pun sbb rasa guna getah lagi kedap...hehehe

LidiaSuraya said... [Reply to Comments]

uikssss cool gile penyepit baju tue
sukaaa sukaaaa

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Mimie : yeszaaa! Mug tu ok lah kan? Yg penyepit tu ha.. Haahhha..nak salahkan sape skg ni? Si sotong or Ikea ni?

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Eima: entah2Fahim nak nolongggg...rajinss! Pakai getah cane pulak?

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Lidiasuraya : kewl ke? Takde mata tu lawa jgk lew..ni ada mata sotong! Hehe

♥mama eza♥ said... [Reply to Comments]

nk penyangkut sotong..hahahaha