Hada Labo



Rentetan entry BB Cream. I teringat Dr. Ko, Skin Specialist.

Tragedi betul pergi jumpa doctor skin. Sekali pergi dengan suami, mak dan adik-adik. Macam nak operate bagai! Haha. I pergi Dr. Ko Skin Care. Seriusly, I dah tak kisah dah bekas-bekas pimple tu. Now, I kisah muka kita terlalu OILY. Sangat!!!!

Kekadang keluar dari office my friend akan tanya "dari jauh dah nampak minyak kau tu" Haha. Sadis betul. Siap tolong lapkan lagi. Memang guna pencuci muka untuk oily face pun still lah berminyak. Tak dapat nak tolong. So, I decided pergi jumpa Dr. Ko Skin Care. Nak lawa katanya! Haha. Actually I tak berkesempatan pun jumpa Dr. Ko sebab orang lain yang entertain. Tak apa lah. So, I beli lah ubat-ubat/produk dia. Serius. I guna je set produk dia tu, tak ada setitik minyak pun! Haha. Kagum kejap!

Nak beli ubat dia tu lah tragedinya. Haha. Tanya Haizi okey ke tak I beli? But Haizi agak tak setuju sebab too expensive for us! Tanya my mom, pun sama. Tanya Kangah je okey sebab dia pun makan ubat Dr. Ko. Haha. Cayalah! Tapi disebabkan waktu tu nak raya I beli juga. Haha. Nak cantik waktu raya. Cantik lah sangat ko tu!

Nak murah dia suggest I makan ubat control oil tapi I tak boleh makan sebab nak pregnant. So, dia kasi product set, RM700++ lepas tu suruh buat laser hilangkan kesan jerawat, RM800/sesi. Ikutlah bekas jerawat tu nak berapa sesi. Paling cepat kena 3,4 kali laser. Apakah? 3xRM800=RM2400. Tu pun paling cepat. Dia cakap "atleast 8 to 10 times nak laser" Apa kejadah kan? Haha. Membazir. So last option ambil produk je.

Produk je RM700++. -_____-,

Mak I cakap "Tak cantik tak tahu lah...!!" Hahahhaha. Sedih! Jahat! Jahat! Jahat! Haha. Tapi serius, I pakai ubat tu memang tak oily langsung. Memang berkesan. Tapi tulah. Haha. Mahal gila. I pakai sebulan lebih je. Setahun ada 12 bulan. Let say 1 x 12 x RM700 = Rm8400. Menangis air mata darah terus! Haha. Abaikan lah!

Lepas tu maintain dengan Clinique. I cepat gila boring dengan satu barang. Semua benda nak cuba. Haha. I bagi tempoh 3 months je. Tak elok, blah! So, Clinique je lah bertahan. Jimat 3,4 bulan sekali beli. Yeeha! Tapiiiii...bila I miss pakai, dia mula keluar pimple and white/black head. So, dah beli stock untuk 3,4 bulan I pun bersabarlah. Haha.

Tapi hari tu teman Alia pergi Watson. Jeng..jeng..jeng..I terpengaruh betul. Terus tukar produk. Hada Labo. Japan katanya. Kot-kot lah muka ala-ala K-Pop? Eh. Tu Korea! J-Pop lah! Hahahahha. Padahal Alia tak cadangkan pun beli Hada Labo, masa I pergi tu, tiba-tiba one lady datang kat Hada Labo section tu dia ambil semua pencuci muka tu. I macam pelik. Eee..nak buat apa lah banyak-banyak tu. Sekali tengok muka dia putih and bersih je. Terus beli! Haha. See..tak ada siapa pengaruh pun boleh beli. T__T

Tapi ni murah sikit lah! Latest lotion dia. Fresh gitu. Seriusly, memang buat skin kita soft. My skin tak kasar cuma bekas pimple tu memang takkan hilang lah kan unless buat laser tu kan #pitam Haha. Dan guna Dr. G BB Cream. Lepas ni nak hunting cream blush pulak! Cream blush apa yang best eh? Dilema betul lah jadi orang kulit tak cantik ni. Huaaaa...);




1 comments:

hanafaza said... [Reply to Comments]

shin, akak pon dulu muka sangat berminyak..dah la ada bekas jerawat.. rasa mcm sedey je tgok cermin..

mcm2 akak try..dari semurah2 produk smpai yang beriban habis...huhu..semua pon tak jalan..paling last, guna SKII,kengkonon nak jadi mcm QiQi..hehehe

tp sama gak..akhirnya skrg, baru jumpa..rupanya kulit akak jenis kulit orang maintainence murahje..keh keh..akak guna sabun papaya tu, toner,pelembap semua dari produk temulawak..beli kat mydin..

skrg, senang hati takde minyak, kulit tak kering, pastu tak payah pakai foundation dah..buat outdoor xtvt pon tak perlukan sunblock sb tak senang sunburn dah

cubalah shin, mana tau berkesan...