SBPA & MyKomuter


Pagi tadi kita pergi KL Sentral ada majlis perasmian MyKomuter. Seriusly, I join sebab nak tengok komuter je. Haha. Lama gila siot tak naik tren. So, I dengan bangganya bagitahu hubs "heloo...esok I pergi KLS, nak naik tren" Haha. Bangga dowh!

Sesampai. Biasalah. Kalau melibatkan VVIP ni kita lah kena menunggu kan. Lama gila. Mengantuk sangat. KFC kat tepi tu pun memanggil-manggil suruh makan! Tiba-tiba teringat kisah lama. Asal dating, check-point kat KLS. Gaduh pun kat KLS. Drama sungguh.

MyKomuter ni komuter baru lah. Yang penting ala-ala 1Malaysia. Tren dia white colour. So, tak cantik. Kalau pink, purple cantik. Haha. Putih cepat kotor lah. Dah tentu orang awam naik kan? Tapi tak kisahlah. T___T
Actually, my bos pergi Amanat YAB PM, I pergi KLS. So, I macam dengar-dengar good news. Yay! SBPA dibatalkan, SSM ditambahbaik. Gitu kan. Sia-sia je lah aku sign kan hari tu. Membazir je kertas! Tapi disebabkan naik 13% terus macam okey :) Then, my bos bagitahu kenaikan tahunan pun dari RM80-RM350. Then ada kajian tentang penambahbaikan SSM. So okeylah.

Yang tak ok is apasal aku pulak yang fikir tentang nasib orang kerja swasta? Haha. Kesian dowh! Bukan tak bersyukur. Bersyukur rezeki ALLAH bagi, tapi kat Malaysia ni, kalau gaji gov. naik, barang harus naik. Seiring orang kata. Sama-sama naik. Tapi yang gov. Okeylah ada duit berlebih. Yang swasta? Cane? Gaji diaorang lagi besar kot kan? Apapun barang memang naik. Tak pernah lah turun. Sigh.





2 comments:

s a l l y z a . s a i d said... [Reply to Comments]

betul.. barang semua dah naik.. i kerja swasta tau.. kesian i.. soobbssssss

Anonymous said... [Reply to Comments]

Ello...mana ada swasta naik? Huhuhu..13%? Berjanggut lerr..-mhmk-