JJCM : Restoran Ikan Bakar Bubu, Seksyen 7, Shah Alam



Katanya Jakel sale gila-gila sampai 15 April 2012. I mengambil kesempatan ini untuk membeli baju raya. Borong habis. Huahua. Taklah borong tapi lengkap untuk 6 hari raya. Perghh!
Haha. Tengah sale. Kalau mahal tak boleh beli. T__T

Murah juga lah kalau RM230++ jadi RM90 kan?

Janji dengan Kangah nak jumpa jam 5 petang. Otw to Shah Alam, TL semua penuh dengan status gegaran. Rupanya ada tsunami kat Banda Acheh. #prayforeveryone Tapi alhamdulillah area Selangor tiada apa yang berlaku. Haruslah teruskan niat untuk shopping.

Area Jakel Shah Alam ni pack gila. Lagi-lagi hari cuti. Kena park jauh gila. Paling jauh depan Fareeda, Sect. 7. Paling dekat depan pintu Jakel lah! Haha. Tunggu Kangah lama gilo. So meet up dekat Ikan Bakar Bubu. Depan Hatta Dolmat Couture. Kebetulan nak makan ikan bakar. Laaparrr dari lunch tak makan.

So order nasi goreng kampung pedas,RM4 dengan nasi goreng kerabu, RM4. Kangah minta nasi goreng USA. Non-hado. Kedai ni ada 4 je nasi goreng. Yang lain seafood sesaja.

Not bad lah. Okey lah than Ikan Bakar Sekinchan yang perasan famous yang kunun banyak cawangan. Choii! Grrr.



Ni Siakap bakar, RM35.



Ni udang yang tak berapa fresh. Sedih. Tapi makan juga, RM18.

Lepas makan cari kain. Sedih. Ramai sangat orang sampai tak ada siapa nak layan. 15 mins jugalah menunggu. Alhamdulillah. Dah settle. Now, masa untuk hantar kat tailor.

Ada orang kata sibuk-sibuk cari baju raya, puasa ganti dah ganti ke belum? Kan lambat lagi. Ni jawapan dia, puasa ganti tu tetaplah kena ganti. InsyaALLAH kalau boleh memang nak habiskan by this year juga. Pasal baju raya tu untuk makluman, saya ni besar kalau cari size pun L and XL. Itu pun kalau stock ada. So, saya ambil pendekatan untuk upah jahit kat tailor. Bila upah jahit, tailor kata bulan 3 dah tak ambil. Apa kejadah? So, saya beli lah awal-awal. Saya juga ambil kesempatan waktu sale. Nak juga baju yang mahal tapi ada diskaun. Huahua. Mengikut pengalaman lepas, baju raya saya selalu malam raya baru siap. Saya ni ada suami. Suami saya dengan saya gilir-gilir balik kampung tau. Kalau belah saya boleh lah nak tunggu. Belah suami saya, 2,3 hari sebelum raya saya dah balik kampung. Huh. Panjang lebau. Selain itu saya tak mahu tailor kelam kabut jahit baju saya. Puas?

Apakah warna tema baju raya awak, awak dan awak? #whatsayyou



4 comments:

Aidanisme said... [Reply to Comments]

tahun ni tema pepel.. aritu pun beli kat jakel jugak, tempah kat kuala selangor sane.. harap2 siap la sebelum raya.. klu tak siap mau nangis gak.. huhu

PutriesNoora said... [Reply to Comments]

tempah n beli awal2 senang,tak rasa semua budget keluar time nak dekat raya.hoho=)

Eyriqazz said... [Reply to Comments]

berbuka puasa di sini semalam...rasanya biasa-biasa, n serius rasa kena ketuk :

http://www.eyriqazz.com/2012/07/berbuka-puasa-di-restoran-ikan-bakar.html

Anonymous said... [Reply to Comments]

Sangat sakit hati..order kerang bakar,dah la harga rm8 sebakul kecil..xpela lg sbb nk jgk,lgpon pelanggan tak ramai..tp yg tak blh tahan,stengah jam tunggu..g tanya pelayan tu blh ckp aku kansel order..dg muka tak bsalah dan tak mengalah serta tak minta maaf pon..mjr ak xtggu smpai sejam..klau xpk pnjg,mau ak tabur kerang mentah tu..diowg kena bljr niga dan bljr jaga ati plnggan..