Kek Batik #nc


Senang je kot buat kek batik ni. Memanjang je lah kalau buat sendiri tak sedap. Agaknya memang macam tu kot. Kalau kita masak kan, tak rasa sedap and tak lalu nak makan. Cuba kalau orang lain masak? Perghh! Macam tak makan sebulan. Ish!*maluje*

Hari tu minta resepi dengan officemate. Seriusly dia buat sedap. Kalau ikutkan kek batik ni mudah je. Siapa-siapa buat pun mesti rasanya sama sebab bahan membuatnya 98% sama! Tapi officemate I ni buat rasa dia best. So, I order. Tapi sampai bila nak order kan? Haha. Try lah buat.

Alhamdulillah jadi but too much lah cocoa and milo and too sweet even I hanya letak 1/2 tin susu je.

Bahan-bahan:-




1) 300gm biskut merry (dah pecahkan dua)
2) 3/4 cawan marjerin
3) 1/2 tin susu
4) 3/4 air panas
5) 2 sudu cocoa
6) 2 sudu Milo

Cara membuatnya :

First I panaskan kuali dengan api yang kecil. Dah betul-betul panas masukkan marjerin sampai dia cair and mendidih. Masukkan susu pulak. Lepas tu kacau, kacau and kacau lagi sampai mendidih juga.

Sebelum tu ambil air panas campurkan coc0a and milo. So, jadi cecair coklat (cocoa + milo). Masukkan campuran cocoa and milo tadi ke dalam kuali. Kacau-kacau lagi sampai puas hati. Haha. Sampai mendidih. Matikan api. 3 to 5 mins lepas tu baru masukkan biskut merry yang dah dihancurkan. I belah dua je. Kang hancur kan I makan serbuk batik, bukan kek batik. Hehe.



Selamat mencuba. Comot. Tapi rasa okey ;) Haizi pun cakap sedap.








1 comments:

mamanufael said... [Reply to Comments]

nape mcm sikit je milo ngan serbok koko..masing2 2 sudu je