Baju Raya!


Jakel sale lagi. Wee! Apsal lah I asik beli kat Jakel? Sebab I suka pakai kain chiffon yang ada beads. Hehe. So, kat Jakel je jumpa.  Kalau sale lagi lah murah gila-gila. Selalunya waktu sale je lah I pergi. Hehe.

Last time bulan lepas Jakel Sale. I dah beli juga.  Tapi untuk diri sendiri.  Kali ni untuk Umiku sayang dengan Mak Haizi. Mak mertua kita lah kan? Haha.

Untuk tahun ni tema kononnya merah memandangkan I akan raya di Melaka dahulu.  And belah kita, warna turquoise.  Elyana sangat! Haha.  So, I yakin setelah I balik semalam I tengok kain ela itu bukan MERAH and TURQUOISE.  Haha.

Lagi worst apasal kita beli lagi? Haha. Cukup sudah untuk baju hari raya ke-8. Haha. 

2 kali pergi Jakel dalam waktu terdekat I boleh buat kesimpulan macam ni.  Untuk level 2, baju chiffon. Level 4/ level 5 chiffon juga tapi mahal gila. 

Pada bulan lepas, kita pergi Jakel beli kain chiffon, free lining at level 2, RM98(after less).  So, semalam I pergi level 2 juga untuk cari baju Umi and MIL.  Dalam hati "Ohh..kain kita last month tu dah habis kot..tak ada pun kat sini"

Akak-akak Jakel ni pun offer kain memahal sangat. Italian Silk lah, apa lah.  Sometime kita tengok budget juga lah kan.  Ni 1st I datang terus bawak pergi kain RM400. Terkejut lah Haizi. Haha. Ni nak beli untuk dua orang ni.  Plus I tiga orang! RM400x3 tak RM1200?  Diskaun 3 helai, RM1000.  I cakap I nak kain budget RM100/4 meter!  So dia bawak pergi kain yang RM100/4meter.  You know what....kadang-kadang kain RM100/4 meter ni pun I rasa tak worth langsung I nak beli sedangkan I boleh dapat kat Jalan TAR RM30/sepasang. Entah apa-apa. 

Well bab memilih ni memang I fussy sikit lah. Sebab I yang nak pakai.  Tiba-tiba................

"Happy hour! Happy hour! Kain Chiffon RM300 jadi RM100 dalam masa 30 minit dari sekarang di Level 4/Level 5!!!" Tu dia..tu dia...Raja Lelong Jakel. Haha.  I tengok je lah. Sebab Haizi dah warning. Baju raya you dah sudah! Haha.  I buat bodoh je. Sekali tu Raja Lelong tu suruh pergi tengok. Haizi pun okey. Pergi lah I ke level 4/level 5.

Haizi kata "Kalau nak ambiklah.." Woot! Woot!

I pun belek-belek sekali tu kan..kan..jumpa kain yang I beli last month tuuuu kat Level 4/Level 5 tu!  Can u imagine, apa eklusifnya kain Level 4/ Level 5 sedangkan I boleh dapat di Level 2 yang lagi murah? Ok. Fine. Murah RM2 je.  Tapi kat Level 2, RM98. Kat Level 4/ Level 5, RM100/120.  Apapun, I rasa dari situ pun diaorang tipu kita.  So, I buat kesimpulan kain yang I dapat RM100/sepasang (after less) itu bukan lah mahal sangat.  Ni letak RM358. Less sampai jadi RM100. That why I suka pergi SALE. Hehe.

Ni MIL kita punya!!!

Ni mak kita punyaaaaa!!!

Okey itu je. Presenting my baju raya yang ke-8. Haha. #kthxbye




6 comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

my baju melayu??????-MHMK-

Anonymous said... [Reply to Comments]

my baju melayu??????-MHMK-

MRS. K said... [Reply to Comments]

akak punya kain kalau 4 meter harga rm40 tu pon dah kira mahai.. kuikui

eima said... [Reply to Comments]

kemain byk tu dah 8 helai....aku sehelai je ...

MIL aku kate jakel kain tak berkualiti ...tp tatau la dulu mmg die beli kat segamat pun ...sblm jakel dah kayo buka cwgan ni

ummiaqeef said... [Reply to Comments]

x beli pun lg baju raya..uwaaa!!

NURUL JAMIAN said... [Reply to Comments]

wahhh dah borong baju raya. kita tak beli pun baju raya lagi tapi dah beli langsir raya kat jakel bulan lepas beli time sale jugak hehehe