Bos



Ada tak hari Bos Sedunia? Tak pun hari Bos Semalaysia. Hehe.  Secretaries Week ada, takkan Bos Day tak de kan?

Mungkin sebab Bos Day tak ada sebab bos selalu bossy, fussy and messy. Haha. Tak lah.  Dalam 4 years kerja sebagai secretary Alhamdulillah..bos semuanya sayang kat kita. Sayang ke? Haha.  Tak tahu lah sayang ke tak. #sentap Sayang tu means tak pernah marah kita lah.

Eh..tak lah. Pernah my 1st bos.  Seriusly, he is good bos ever.  Ajar Excel, words, powerpoint. Ajar mengaji uolls! Siap buat kelas komputer untuk staff dia. Wee!  Tapi tulah..hazab juga lah jadi PA dia tapi kita suka. Pagi-pagi prepare breakfast! Senang je.  Instant oat-milk-air panas. Settle. Kang pukul 10 pagi, roti breakthru-butter one slice, strawberry 1 slice. Air pulak teh o kosong.  Lunch depend, lapar makan. Tak lapar tak makan. Selalunya order nasi goreng kampung kurang oily and tak nak ikan bilis.  Kalau tak lunch, 3pm prepare biskut 2,3 keping with Milo. Sambil sediakan makan/minum tu boleh lah buat kerja hakiki macam type surat, sediakan folder, set appointment, book flight, cari file and etc. 

Rindu gila buat routine ni semua.  Tiap hari Selasa kat paper apa entah ada cerita pasal IT. So, untuk hari Selasa sila keluarkan ruang IT tu siap-siap untuk dia baca dahulu ok. Bos kalau dah berusia ada lah beberapa penyakit termasuk penyakit LUPA. Adoi! Agaknya kita pun macam tu nanti kan?  So, kena alert dia punya appointment hospital.  Pernah dia tinggal IC kat hospital katanya dia lupa so I ambil and hantar kat rumah dia.  Enjoy kan? Huaaa...); 

Kalau buat maklumbalas mesyuarat dia akan baca suruh kita dengar lepas tu selingan dengan ceramah. Haha. Bestnya.  Pernah tajuk isu pasal mat rempit. So, dia ceramah lah pasal mat rempit. Ingat lagi "Shinnaz, awak dah ada anak nanti jaga anak awak elok-elok. Jangan kasik dia merempit sana sini" Huahuahua.  Dengar je lah.

End of the day, I akan rileks bila I dah hantar bag dia kat kereta.  Sebut pasal kereta. Menangis aku dibuatnya.  Road tax mati. So, dia suruh kita tampalkan.  Sekali tu terlupa nak tampal. Haha. Last-last hilang. Sebulan diamkan diri. ); nasib baik jumpa.  Sambil hantar bag, sila bersihkan kereta jangan bagi semak. 

Enjoy tak? Erm..cane eh nak cakap? Maybe dia 1st bos kot.  So, tak rasa apa-apa. Eksited lebih and suka buat semua tu! Hehe. 

2nd bos is lady.  Orang kata bos perempuan cerewet. Of course lah! So far dia tak kacau/marah kita cerewet pun layan je lah.  Garang ok! Tapi dengan kita dia tak garang. Still prepare breakfast.  Kali ni, teh susu ;) Sekejapan je pun dengan 2nd bos.

3rd bos is Tuan Haji. Wee! Cool je.  Semua buat sendiri.  1st time dapat bos buat sendiri, so agak gonjeng.  Adalah dalam setahun meratapi diri sendiri kenapa tak buat kerja. Bosan gila ok!  Comel bos no. 3, bawak bekal! Hehe. Yang penting tak pernah marah.  T____T

4th bos..sekarang lah...family man.  Macam bapa-bapa je.  Soft spoken.  Tuan Haji juga.  "Tuan Haji, nak keluar pergi bank..." "Tuan Haji, nak keluar pergi klinik..." "Tuan Haji, nak keluar pergi pejabat pos..." "Tuan Haji, nak keluar pergi Alamanda..." "Tuan Haji, nak keluar balik rumah kejap..." Dia jawab..boleh..semua boleh lah! Haha. 

He is good motivator.  Maybe wife dia and I dulu senasib.  Susah nak pregnant.  Kalau I batuk, dia bagi tip makan madu lah..itulah.  Masa misscarriage dulu, setiap kali message mesti ada kata-kata semangat.  Baru-baru ni I cuti 3 days sebab FIL meninggal dunia nasib baik lah dia tak bising cuti panjang.  Itupun dia suruh settle kan apa patut baru balik kerja. 

Best kan? So far tak pernah kena marah. Marah lite-lite is ok. Marah gila-gila tu boleh lah buat kita menangis...! Huaaa...! Selama 4 years kerja as a secretary sekali je pernah nangis.  Why? Bos kita panggil nama kita nama orang gaji dia. Sedih gila. 2 hari 1 malam cerita kat Haizi. Haha. Sampai hati bos!





6 comments:

deena awanis said... [Reply to Comments]

untunglah bos sayang..hehe..

dropped by to say hi..=)

PutriesNoora said... [Reply to Comments]

hahaha...memang sentap..tapi bestla..semua bos u baik2=D

farahfatihah said... [Reply to Comments]

adeh shin teringat kat hj rahim huhuhuu tulah rutin yg selalu akk buat gak, kalau balik meeting mmg berjela2 report mesy..then taip, then email huhu dia mmg sgt tip top bab IT nih kan? pe kabo lah dia ek..hehehe pernahkena panggil jannah ke? hahaha

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Deena : haha...sayang lah sgttt! Hiiii!

PutriesNoora : untuk waktu ni baik lah..tak tahu lah akan datang kan? tapi doa yang terbaik untuk awak dan kita ;)

MamaIcha said... [Reply to Comments]

yang, lawak plak tang sentap boss panggil nama org gaji dia...kalau kak jue sentap sebulan tau...hahaha!!!

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

farahfatihah : hahahha..ye lah tuuu..sentap tahu takkk! hahahahah...tu ah pasal..pekabo lah dia kan? mesti memancing!

mamaIcha : sentap tau kak jueee...merajuk! haha. tapi bos buat dunno je..grrr