Cameron Highlands 2012 - Pt. 2


Bangun pagi suppose nak pergi pasar pagi dulu. So, sempat lah nak balik and pack barang and jalan-jalan lagi. Tapi sejuk sangat. Tidur pun best. So bangun lelambat. Hehe.  By 10 am gerak pergi Ladang Teh BOH, Sg. Palas.  Selalu kita pergi Bharat Tea arah menuju ke Tapah.  Tapi kali ni tak nak miss pergi Ladang Teh Ombak Rindu ya'lls! Hehe. Best and cantik gila!

Tapi tu lah masalahnya.  Jauh ke bawah.  Dalam beberapa km juga lah pergi ke bawah.  Cantik kan?

1st I sampai I cari kat mana tempat diaorang berlakon ni. Hehe. Jakun sangat.  Btw, this place sangat peacefull and cantik serta moden.  I tak minat BOH sebab keras kot teh dia. I minum teh AHMAD. Seriusly, sedap.  Tapi dah pergi BOH, beli juga lah BOH.  Borong jangan tak borong. Hehe. 

After shopping teh yang macam kat KL tak ada teh tu #sentap minum dulu.  Sedap dowh sosej firecrackers ni. Sedap sangat sampai beli satu terus beli lagi 2.  RM5++/sosej.  Sandwich pun ada. Lapar. 

Sebelum tu meh fefeeling kat sini dulu ;)

Dari kiri, Julia Ziegler, Lisa Surihani, Maya Karin (feeling sangat pakai tudung) and Harris. Uweek!

Selepas gambar sini, gambar sana ada insiden yang tak sepatutnya berlaku. FYI, I pergi Cameron Highland ini adalah tanpa handbag. IC, purse, duit, medical card, lesen semua tak ada.  TERTINGGAL. Serius sangat careless! Kena ceramah juga lah dengan lakiku, umiku.  Sedih.  Macam mana lah nak beli-beli ni pada awalnya.  Sedih. Paling sedih sebab ubat allergy tinggal.  Actually dah lama juga tak kena allergy secara besar-besaran. After minum pagi and photo session, I rasa allergy gila. Panas semacam. Damn! Ubat tinggal. I diam je sebab takut kena marah lagi.  Haizi  kalau marah, rasanya..tengah sakit ni, boleh mati tau. Menusuk ke kalbu betul! Hehe.  So, I diam je sampai lah memang tak tahan gila.  Lagi-lagi nak naik ke atas nak pergi klinik sangat lah jauh. Maybe I pengsan dulu baru jumpa klinik.  );

Spoil mood betul allergy ni. Baru nak enjoy.  I diam je sampai dah naik atas pun I diam je.  Haizi gelabah gila. Sebab takut collapse.  Call orang Cameron tanya klinik kat mana and they said "Tanah Rata!!!" Jauh gila kot! Lepas tu nak naik ke atas tu pun jammes separuh mati.  I minum air je. Sebab tak tahu nak buat apa. Tak boleh garu.  );  2 miniral water besar habis ditelan.  Muka terus jadi bengkak! 

And sesampai kat Tanah Rata klinik tutup. Huaaaa..!  Dua-dua klinik tutup! Sedih. Macam mana ni? Pergi farmasi. Makan ubat.  Sekian, tak dapat pergi Kea Farm beli sayur. Huaaa..!

Sempat I pesan kat Haizi, kalau I pengsan jangan suruh doctor inject I. Jangan sesekali. Haha.  Sebab? Nak pergi beli sayur. Ngehngeh! Nak makan strawberry. Kang doctor inject haruslah I tidur. Bila tidur duduk dalam kereta. Hehe.  Sekali tu doctor tak ada. Selamatttt!  Makan ubat farmasi. Ambil masa lah sebab makan ubat sangat lambat reaction dia. Kalau inject terus hilang. Kebas!

I pergi Opah Strawberry balik sebab nak beli muffin lagi. Lucky me, ada 5 I tapau terus and itu adalah last. Sorry orang lain. Hehe.  Lepas tu cari strawberry kat KHM, Al Mashoor pun tak ada.  Yang ada starberry salut coklat sahaja. Sedih.  1st time balik Cameron tak beli strawberry.

Agak lambat turun Cameron Highand so, I tak beli sayur kat Kea Farm sebab jammed gila nak pergi sana.  So, singgah Ringlet.  Beli sayur.  After tu balik terus and singgah R&R Tapah #nomnom.

Itu je. Sekian.  




3 comments:

eima said... [Reply to Comments]

ko alergik terhadap ape ek ....
aku pun start risau gak sbb bila baca pasal ko elergik sampai pengsan sbb alisha pun cam alegik tp tatau ape lagi ...aku amsih dlm proses kenal pasti.... 2-3 minggu lepas abis 1 bdn naik rashes ...sian

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

haha. sebenarnya kita pun tak tahu allergy sebab apa. masa sekolah dah kena dah. tapi...under control. time tu kena malam je. sebab mungkin allergy sejuk.

bila dah anak dara sunti gitu...18-20 tahun pun kena jugak tapi kurang.

lepas kahwin lagi teruk sampai pengsan²

Allergy ni boleh identify melalui darah tak silap. Masalah macam aku ni, doc kesan dari kuman. Kuman ni everywhere. So, agak2 darah/sel dalam badan aku tak boleh terima dia jadi lah allergy. tak fokus on makanan je lah. so, aku boleh lah bedal! haha. Tapi kalau makanan tu kandungan dia darah/sel aku tak boleh terima, still kena allergy juga.

paling worst allergy sampai ke muka. dia boleh buat sesak nafas and collapse.

so far, memang makan ubat sebiji/day. sometime tak makan, tapi tak jadi. Sometime tak makan, tapi jadi. tak dapat nak kawal ;)

sian nya baby alisha!

PutriesNoora said... [Reply to Comments]

owhhh dear!tertelan-telan ayak liuq tengok setoberi cecah cekelat..agaga.nway jg diri k!jgn lupa makan ubat k=)