#SomeoneIWantToMeet Justin Bieber boley?

 


Dah lama dah nak letak kat blog perasaan amarah ni.  Cuma takut orang salah paham. Perangai-perangai yang aku perasan dalam hidup ni. Tak semua, tapi segelintir.

Korang pernah tak jumpa orang depan kita baik, belakang kita ya rabbi....hanya Tuhan je yang tahu! Pernah tak? Serius, depan aku elok je puji-puji orang tu sekian-sekian. Belakang orang tu cerita bukan-bukan!

Pernah tak jumpa bangsa manusia yang bila mana kerja hidup dia dok mengadu domba cerita buruk/kelemahan orang lain? Come on! Tolong lah perbaiki.  Sebab rasanya nak cerita buruk orang, buruk kau ada 1000 lagi orang lain nampak. Sebab manusia ni lebih cepat kesan keburukan orang lain, dari kebaikan dia selama ini. Termasuk aku.  Buruk orang memang nampak sahaja. Tapi buruk sendiri cuba nafikan. Tak gitu. Tapi aku tak lah over sangat macam kau yang sibuk cari salah orang yang tak ada kena mengena dengan kau! Ape cer?

Pernah tak kau yang nak jadi ustazah, orang lain kau nasihatkan? Tak salah ajak ke arah kebaikan tapi tengok balik cara kau ajak tu? Elok sangat ke? Nyampah tahu tak! Semua tak boleh, ikut cara kau je.  Kalau cakap benda betul tak apa. Ni nak nasihatkan orang dia pun 2x5! Choi! Katanya tak mahu aku masuk neraka sorang-sorang. Haik? Confirm ke kau masuk sorga?

Ada juga bangsa yang ingat diri dia perfect. Serba serbi bagus.  Tapi tak sedar diri. Mangkuk hayun!  Nobody perfect in this world katanya. Tapi hakikatnya...kau memang nak orang tahu kau tu perfect!  Tak payah canang lah kau tu buat itu, buat ini. Orang lain tak buat ke?  Ko sorang je?  Nampak sangat kau je kecoh-kecoh.

Kalau setiap masa kau cakap kau nak jadi diri sendiri and nak suruh orang adapt diri kau seadanya please lah fikir sikit. Tak semua suka kita, dan tak semua orang tak suka kita.  Ikut slogan ko "nak jadi diri sendiri" tu rasanya...simpan dalam lemari. Sebab "nak jadi diri sendiri" kau tu langsung tak boleh diterim akal. 

Nak suruh orang jangan buat itu, ini. Lepas tu kau buat. Apa lah masalah ko ni?  Alasan...? Kau BOS! ya..ya..ya...Bullshit!

Jumpa tak orang yang tak boleh tengok kesenangan orang lain. Percaya lah kepada Qada' & Qadar. Rezeki ALLAH di mana-mana. Tak payah nak cari alasan and kesalahan orang.  Orang kalau dengki, busuk hati memang macam tu lah. Lepas tu dok lah berceramah kita ni kena kerja kena ikhlas, tepati masa and bla..bla..bla... *jadi ustaz/ustazah*

Lagi satu ada bangsa jenis "oh..saya boleh terima kritikan..." Hakikatnya...memang tak boleh terima. Bangsa yang jenis tak boleh terima kritikan ni, cakap je boleh terima kritikan walhal????? Kau sangat-sangat tak boleh terima kritikan kan? Lepas tu kau emo! Lepas tu kau kata orang sensitif.  Lepas tu bla..bla..bla..haih! Amarah sangat ni! 

Lagi satu pernah tak kerja dengan BOS yang tak tahu apa masalah dia ni yang asik dengar cakap staff dia. Sometime aku confuse, siapakah yang bos? "Oh yeahhh! ..tak lama lagi jadi bos" 

Yes! Senarai di atas aku pun buat. Tapi jangan buat terlalu kerap. Sebab orang menyampah. #kthxbye

Regards,


0 comments: