JJCM : William, Kelana Jaya

Assalamualaikum.....!

Kejadian ni berlaku semasa cuti 1st May hari tu.  I dah tahu lama dah tempat ni.  Ajak Haizi dia kata tak tahu tempat lah, jammed lah! Nyampah tau!  Asik tengok blog orang makan sedap-sedap. Places orang jenjalan. Sedih!  Dah ramai sangat orang cerita mesti lah sedap kan? Hehe.

Nak pergi jugak. After pergi Shah Alam hari tu I terus ke Kelana Jaya. 45 mins jugalah sesat mencari.  Sesat bukan apa. I baca blog orang lain landmark William,  LRT Kelana Jaya.  Cuba juga lah cari yang terdekat, tak ada pun William?  Rupanya dia seberang LRT Kelana Jaya and di kawasan perumahan di belakang Univercity Lincoln.  Kedai tu tak ada signboard tulis William ke apa.  Tulis lah  William Corner dot dot ke kan? Penat tau!  Rupanya I dah pusing situ 4,5 kali dah! Huh! Taklah. Sekali je. Haha.

Nurul tweet nak makan nasi goreng ketam. So, I pun rasa nak juga lah makan nasi goreng ketam, RM25. #nomnom Not bad lah. So-so je.  Nasi goreng tu nasi goreng biasa je pun.  Yang luar biasa dia letak ketam/soft crab. Itu je.  Tapi tahap kesedapan tu, sedap lagi lah kot nasi goreng Haizi. Wee! #matilamak puji laki sendiri. Cumanya Haizi tak pernah pulak letak nasi goreng dia ketam. Tak apa! Tak apa! Lepas ni boleh cuba!


Mahal tak harga nasi goreng ketam? Seriusly untuk saya normal kot.....sebab saya suka makan ketam. So saya tahu lah harga ketam mahal sikit.  Tapi untuk kat William ni okey lah harga dia RM25 sebab portion dia sangat besar!! Boleh makan 3,4 orang!

Haizi order lamb chop memandangkan tak reti nak order apa. Lamb chop haizi tak pasti berapa RM, tapi lebih kurang RM30++ kot!  For me tak worth you makan lamb chop macam ni sebab sebelum ni I rasa Station 21 lagi best! Murah pulak tu! Sauce dia so-so. Mashed potato pun so-so.  I lagi sukaaaa...mashed potato Bubba Gump. #nomnom


And I order Ribena Laici and Haizi Sparkling pekejadah entah. Sedap. Air dia sedap and kreatif ok!   Air dia pun besar. Share dua orang! Total, RM71.  Kesimpulan, nak datang sekali sekala ok, nak datang selalu pun tak ok. Haha. Sedap, mahal is ok. Tak sedap, mahal tak ok. Haha. Tapi mungkin weolls salah menu or order kot kan? Nextime boleh try menu lain sebab tengok orang lain order sangat menggoncang jiwa! Haha.

Eh. Lagi satu kan isu William ni kedai dia super kotor orang kata.  Untuk orang macam I ni tahap kebersihan dari 10 tu, I no. 8 lah kot. Haha. Sukati kategorikan diri sendiri. Tapi untuk WIlliam ni memang lah sangat-sangat nampak kotor. Tapi lagi kotor kalau masuk ke dalam kot. So, untuk elakkan I tak dapat makan, baiklah I tak payah explore dapur and toilet dia. Haha.  Crew dia buat air ke, masak ke pakai seluar pendek je.  Boleh ke?

#Kthxbye.

  


2 comments:

eima said... [Reply to Comments]

gilo mahai ...aku kompom tak pegi ... hehehehe

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

sekali sekala is ok ;) tapi tak berapa okey lah dengan tekak aku. so, so-so je lah! haha