Neelofa & Jack : Percubaan memanjat @ larikan diri? Huahua


Rasanya entry pasal kitten ni nak letak bahagian lain lah. Rimas pulak. Tak semua kot suka kucing. Sometime nak tengok kecomelan melampau-lampau diorang pun kena older post berkali-kali. Haha. Lagi pulak rasanya...adopt kitten ni macam membela budak.  Haha.  Adakan entry khas untuk #Neelofa&Jack. Muah! Muah!

Selalunya lah kan....weekend I tak ada samada balik Meru or Melaka.  Melaka memang tak bawak balik lah! Meru tu kadang-kadang.  Sebab kat Meru pun banyak kucing. Apakah nak bawak ke sana. Buat kena baham je dengan kucing ganas kat rumah tu! #Neelofa&Jack ni dahlah penakut! Lepaskan kat luar, cepat-cepat masuk rumah? Haha. Cuma Jack je agak wild. Maigad susah betul nak handle kucing jantan ni.  Lagi pulak ada kucing betina kat luar. Neelofa punya cantik, cari lain. Lelaki dengan Kucing tak ada beza. Haha.

Last week balik from Meru lambat sikit. By 10 baru sampai rumah. Haihh? Neelofa je tunggu kita kat sliding. Jack tu entah mana lah tu...*sigh*  Sekali Ayah cakap tu ha dia....*sambil tunjuk kat atas sliding*


????? Nak keluar lettew! Dont ever-ever!

Mula-mula memang nak bagi keluar, tapi........ada kucing jantan putih yang besar lagi gemok gagah perkasa kat luar. Asik gaduh je dengan Ogy (kucing lain). Sian dohw!  Haritu gaduh. Suruh Haizi halau. Stress aku dengar kucing gaduh.  -__-'

Semalam sidai baju kat backyard tengok Neelofa pulak nak keluar. Haih! Semua nak keluar ni. Maklumlah....buat masa ni dia tak boleh keluar dari bilik.  Boring agaknya! Nak beli toys...semua toys diorang rosakkan. Sedihhh...);  Beli soft toy habis terburai. 

Bila tengok Lofa nak keluar terus cepat-cepat naik atas, tengok Jack standby nak keluar jugak. Apa lah diorang ni! Tak tahu kot kat luar tu nak cari makan susah.  Gaduh lagi.  Treatment lagi. 

Siap kau Jack&Lop Lop!


Regards,


6 comments:

Cik NeyNa said... [Reply to Comments]

hahaha..comel..
diorang memang macam tu..kalau toys tu memang ska gigit2..beli je bear kecik yang selalu orang buat hiasan tu..biar dia gigit sampai lunyai..kekadang tu yang jadi bantal busuk diorang..usung kemana jerr...

eima said... [Reply to Comments]

hahah resam kucen gitu la....
diorg mmg suka memanjat ....
bubuh dlm cage br diorg tau ...nk pi mana pun tak leh...hahaha

Nazirah Azeman said... [Reply to Comments]

jack n lofa..........cute gler name kucing

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Cik Neyna : comelnya ada bantal busukkk..hehehehhe...

eima : kan? aku je kot tak leh terima kucing aku suka panjat...hahahahha...kalau letak dlm cage, bising gila. nak kua jugak! dari dlm cage dia mcm ckp kat aku " please..please..tolong keluarkan saya...tolong saya..." tak sampai hatiii..hahahha

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Nama dia memang feeling artis. Huahuahua

cujen said... [Reply to Comments]

ahhhh comelnye jack ngan lofa.... nnt nak gi melawat la..hehehe....

kesian tau romeo sorg2 kat rumah... takde kawan :(