"Siapa suka makan ayam?" - Sayaaaa....

 

Eee..tak tahu lah nak cerita apa. Jom cerita pasal ayam nak? Hahaha. Korang rasa dalam seharian hidup kita ni boleh tak, tak ada ayam? Boleh??????????????? Kita tak boleh pun. Haha. Dulu masa kecik-kecik, kalau tak ada ayam memang tak makan lah.  Atleast ayam goreng mesti ada. Tak ada, tak mahu makan! *hentak hentak kaki*

Geli lah. Haha.

Boleh kata masa study dulu, kita mesti makan Mc Donalds hari-hari.  KFC tak sangat.  Kat McD dok pekena ayam spicy dia. Pergghh! Meletop! Pedas! Crispy!  Tapi hari-hari jugalah telan coke.  Sampai satu tahap boring gila dowh makan benda alah ni.  Balik kat nasi. Kurangkan McD.  Tapi sekarang suka KFC pulak! Seriusly tak elok ok makan fast food. Yang McD dulu tuu...memang tiap-tiap hari. Macam mana tak gemok? Aduhhh...

Tapi sekarang dah kurang sikit. Tapi once a week I mesti dan wajib makan. Haha. Pernah cuba sebulan sekali. Tapi masih tak berjaya. Paling lama seminggu lebih. Tak cukup dua minggu pun. Sedih. Sekarang nak start balik.  InsyaALLAH. Tapi...aduhhh..teringat-ingat kepanasan kentang goreng Mc D, chicken nugget cicah sweet n sour sos. Alahaiiii....);  Bubur dia....ish! dush! dush! dush!

Sebenarnya nak cerita pasal ayam. Haha. Ayam basah tu.  Nak kata rajin masak tu memang tak lah kan. Rajin beli. Dua orang je uolls.  Lagi satu kita ni baru lah nak belajar-belajar secara mendalam memasak. Masak boleh, tapi sedap tu tak tahu lah.  Nak agak lagi lah tak tahu. Makan dua orang, ayam seekor? Boleh? Haha.  Serius tak pandai budget lorr.

Selalu ayam tu I request potong kecik-kecik.  Macam nak masak sup. Sudahnya kecik sangat lah pulak. Goreng pun tinggal tulang je.  Bila potong besar sikit I macam sorang dua ya. Haha.  Bila sikit, masa tu lah nak makan banyak. Bila banyak, sorang pun tak nak makan. Haha. 

Ikan parang panjang and besar pun I bantai masuk satu kali masakan.  Lebih siapa entah nak makan. Huaaa..membazir betol. 

Hari tu baca kat blog Filla, dia bahagi-bahagi masakan dia.  Suka lah cara macam tu.  Kita tak lah rajin masak, tapi I rajin sangat....!!! blend bawang, cili siap-siap. Sebab Haizi suka makan nasi goreng. Dia kalau dok sorang boleh lah masak-masak. Semua dah ada.  Udang pun Filla bahagi-bahagikan setiap masakan. My mom punya style lah ni. 

Kedekut ke cara macam ni? I tak rasa kedekut sebab memang jimat and berhemah gitu.  Dari kita yang masak macam 10 orang makan ni? Haha.

"3 untuk ayah..2 untuk umi..3 untuk kak long..3 untuk Haizi...3 untuk kak ngah..3 untuk Juju.." sambil kira ayam.

Kelas kan? bahagi siap-siap. Haha. Kangah sampai kat dapur " Apa umi niii...sorang 3 ketul jeee...kita lapar lahh...kita nak 5 ketulll" sambil campak lagi 2 ketul kat dia punya bahagian. Haha.  Gila! For now, I memang beli per pack untuk ayam. Beli seekor tak habis. Kat rumah tu rupanya ada 2 ekor ayam yang dah potong biasa and chicken wings dalam 6 ketul.  Aiseymann...siapa nak makan tu?

Senang kan? Sekali masak, masuk per pack.  Dah tu dah siap potong kecik-kecik. I loike.  Terima kasih sayang memperkenalkan ayam pack ni kat kita. Haha.

Kalau masak sayur kita jenis masuk banyak-banyak udang! Kalau beli setengah kilo, setengah kilo tu aku masuk! Haha.  Baru sedap. Sampai tak tahu ni sayur perencah udang or udang masak sayur? Hehe.  Tapi my mom ambil 3 ekor udang besar, potong kecik-kecik. Apakah? Tak feel langsung! So, I decide, untuk sayur bak I masak! Haha.  Mesti habis! Tak suka makan sayur pun terus jadi suka! Hehe.

Perasan sungguh!

Sekali beli ayam tu kat Alamanda, terus hi-tea.  More to dinner sebenarnya. Tapi kalau hi-tea makan sikit kan? So I order fries untuk orang yang tak mahu makan nasi, me. 

Haizi order nasi lemak sebab dia feeling dia kurus. Huahua.  Sedap juga. Tapi untuk Haizi dia bebel dulu lah kan untuk nasi lemak macam ni boleh dapat 22 bungkus nasi lemak kat Masjid Tanah. Whatever. Tapi habis jugak! Haha.

And..tujuan I pun memang nak minum air ni sahaja. Honeycomb Goldrush. Sedap meleleh okey. Tapi too sweet.  Ada Crunchie lagi.  Tu yang I suka.  Sedap..dap..dap..!  Then, I nampak scone. Nak try tapi....Haizi kata tu makan breakfast nanti. Huahua. Semua nak masuk mulut. K tu je. Bai.





8 comments:

♥mama eza♥ said... [Reply to Comments]

aku pon suke blend bahan masak siap2..nti nk masak senang..n aku pon suke kire utk bajet bape nk makan...haha kadang2 lawak pon ade xleh mkn lebey

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

hahahaha..bagus lah boleh budget sebab tak membazir :)

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

uik patutlah kitew tesedak..hahah ;) dome dah bukak yeh?

hanafaza said... [Reply to Comments]

eh rajinnya shin blend siap2..rupanya akak lagi pemalas la mcm ni..hahaha..bila nak masak, baru terhegeh2 blend itu ini segala..pastu kalau penat, mulalah malas..last2 masak xde bahan tumis pon jalan..hahaha..truk betol akak ni..

tp bab kira2 baper sorang nak makan tu, memang akak buat..sb dok berdua je kan..so sebelum masak, tanya siap2..hasben nak makan baper, akak baper..biasanya akak lebihkan dua sb kot2 sedap plak, bolehlah ada extra 1..hahaha...

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Filla : hahahahhaha. I tiru u okeyyy ;) dah bukak dah..lebih kurang sebulan dah. T___T

Hana : Hahahaha...tu lah..mak kita cakap kalau sikit tu selalu sedappp..kalau banyak tu takde sape nak berebut...ngehngeh. Tindakan yang bijak!

nUR_rOsALiNdA said... [Reply to Comments]

Senangkan kalau semua dah siap blencd & potong2..Nak masak nnt campak jeks dalam kuali

MamaIcha said... [Reply to Comments]

saya, suami saya dan anak saya juga :)

NorMala @ KaKakSaTu said... [Reply to Comments]

Shinnaz dah lame akk x beli ayam yg dah siap potong kecik2. Kalau berdua memang mudah dan cepat kan? kalau berkeluarga besar x sesuailah kot. Bawang tu blend die aje eh? next time boleh buat gak lah..