Coleslow



Yeah! Tak pernah-pernah aku buat coleslaw boleh terbuat sebab kitaorang ada barbeque.  Best! Lama tak barbeque.  Barbeque set kat rumah tu boleh campak tong sampah kalau tak guna. Adeh! Hehe. Sekarang ni susah lah nak barbeque sebab ada Lop lop.  Haha. Salahkan kitty kitty pulak! Yerlah. Dua orang tu suka intai aktiviti weolls buat apa, sampai nak keluar nak tengok tuan dia sidai kain. Prihatin kekdahnya.
Kalau kat KFC je lah paling sedap I pernah makan sebab I tak suka sayur. Hehe.  Tapi hari tu rasanya Filla ada buat and kasik resepi so I volunteer offer diri untuk membuat coleslow. Wee! Senang pejam mata je! Hehe.

Bahan-bahan :

3 biji Kobis Beijing (Kobis apa-apa pun boleh)
1/2 Kobis purple
2 batang carrot
2 biji bawang besar
3 Lady's Choice Coleslaw

Sagat/parut kobis Beijing, kobis purple, carrot, and bawang besar.

Campur and gaul bagi sekata, seirama dan bersama.

Masukkan Lady's Choice Coleslaw kat dalam bahan tadi.  Kacau bagi sekata, seirama dan bersama lagi.

Filla kata jangan membazir, so, I letak air dalam botol Lady's Choice Coleslaw untuk sisa-sisa yang terakhir sauce tu. Wee! Basah-basah best sikit! Pastu masuk peti sejuk!

Rasa tak tahu, sebab............kalau kita buat, jarang sekali lah I akan makan. Tapi diorang kata sedap! Lagi best..ada orang kata lagi sedap dari KFC. KFC sekarang tak payah jual coleslaw ok sebab orang lain boleh buat sendiri.

#kthanxbye!







5 comments:

Anonymous said... [Reply to Comments]

bestnyer.... coleslaw makan dengan nasi goreng... yamyam

farra8979 said... [Reply to Comments]

wah, kalau sume dah puji memang sedap la tu kan.. ^^

Filla ~ Kasihs said... [Reply to Comments]

baguihhhh.. mana gambar selepas????

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Anon : Tak pernah dibuat orang makan coleslaw dengan nasi goreng. Macam baked macaroni is ok ;)

farra 8979 : Haha. Gila perasan kan puji diri sendiri gituu..hahahhaha

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

Fila,

Hahahahah. Gambar tak sempat snap lah. Thank Filla! Lain kali share yg lain okey?