"Sotong Goreng Kunyit Kacang Buncis, Sambal Sardin & Ayam Goreng Crispy & Tiwster Laici" - Iftar Day 10


Mak aihhhh...! Dah hari ke 10 ya'lls. Tak ada mood sangat nak update pasal makan sebab banyak makan kedai lagi dari masak kat rumah. Tapi disebabkan semalam adalah hari memasak. Entah apa kena rajin. Rajin lew sangat tu masa sardin. Haha. Haruslah expose sikit.

Expose pun pasal Sotong Goreng Kunyit Kacang Buncis lah. Masakan ni kategori 2 in 1 gitu! Pasal apa? Sebab lauk campur dengan sayur. Senang. Tak payah 2,3 kali masak!  Itu belum Haizi request ayam goreng, sambal sardin! Sempat buat 3 je. Sambal tumis tak sempat sebab sampai rumah pukul 6 lebih!

Sebelum ni masak Sotong Goreng Kunyit I tak goreng sotong dulu.  Tumis bawang putih, merah, cili, halia. Dah naik bau baru masuk sotong  yang telah ditabur garam and kunyit. Gorengkan. Agak-agak dah masak boleh angkat.

Tapi kali ni I goreng sotong yang disaluti garam, kunyi and TEPUNG JAGUNG dulu. Lepas tu baru goreng.  Dah goreng toskan.  Tumis  bawang putih, bawang merah, cili, halia plus serai Umi bagi lebih campakkan dalam kuali. 

So hasilnya, haizi tunjuk ni *angkat ibu jari tangan*

"Sedap gila sayang sotong ni...tak pernah masak pun macam ni??"
"Huk oloh! Poyo gila. Memang lah sedap sebab lapar!!!" ;p

Today, nasi briyani lah kita ya!! :)




2 comments:

eima said... [Reply to Comments]

nani leh tiru ... aku mmg slalu buat cam ni cuma tak penah salut ngan tepung jagung je

Shinnaz Ahmad Rasid said... [Reply to Comments]

haha. masakan ni lah paling senang. tapi kalau nak salut2 tepung tu aku malas jugak sebenarnya...haha