Meh lah layan kita menceceh...buatnya tak jugak! Haha.



Assalamualaikum :)

Ho yehhh! Suntuknya masa. Week by week dah nak dekat raya. This week kena buat cleaning.  Anyone want to help? Hehe.  Dalam kepala otak ni langsir tak basuh, kusyen tak basuh. Haih.  Stor tak kemas lagi. Sigh.  Seriusly, I need someone to help me. 

"Kak Long, tolong lah lipat kain kau tu. Menimbun dah aku tengok!"

Haha.  Eee..paling tak suka lah lipat kain. Baik kita mop, sapu, lap-lap apa patut dari lipat kain. Hantar dobi senang, basuh and dah lipat. Masuk je dalam almari. Hehe. 

Carpet tak basuh lagiii...! Adoi! Servis kereta, basuh kereta. Cerita pasal kereta...Savvy ni betul buat hal tau!  Tiap-tiap pagi meragam.  Servis dah tip top. Kenapa entah! Last month 5 kali lewat! Sigh.  Baru je plan nak carikan kawan baru, dah meragam. Agaknya betul lah orang kata jangan sebut-sebut nak beli kereta lain kan? Masalahnya baru sebut, tak beli lagi ok! Haha. Dah beli nanti rosak terus kot.  Jawapannya memang tak beli and tak sebut dah..);

Kuih raya dah settle.  Popia Simpul dah order 8 balang! Kuih Tart je tak sempat ni gigih nak pergi cari jugak! Tart tu sedap tuuu..-__-' tak best lah raya tak dapat makan kuih tart tu. Call kilang dia cakap order dah close bulan 7 lagi. Apakah? Oat cookies akan dapatkan nextweek kot.  Biskut Almond cincang order 3!  Hari tu dah order 1, now dah habis. Tak sempat raya. Banyak tak kuih raya aku?

Neelofa & Jack nak kena book 'hotel'.  Raya cuti sian pulak diorang duduk rumah.  Meet a new friend kat 'hotel' nanti. Haha. Sian, tak dapat keluar almost 3 weeks! Duduk dalam bilik. 

Last week shopping lite-lite for hari raya. Gila sale kat Jusco. 50% tapi ramai gila.  This week lagi ramai sebab gaji + bonus kan?  Nak berbuka kat luar pun bukan Melayu je ada, Cina, India dan lain-lain pun ada. #1Malaysia.  Haizi asik lah cakap "baju I tak ada satu apa pun lagiii..."  Huk oloh. Dia yang tak nak cari. Bila cari kata nanti-nanti-nanti.  E..takut jugak kalau dia cari sorang-sorang sebab takut dah lari tema.  Bukan boleh percaya! Haha.  End up pergi Jakel jumpa lah satu yang menawan di hati. Hehe.  Warna pun ngam-ngam sama dengan baju I ok! Hehe. 

Menggila pergi Jakel ni.  Baju melayu cantik-cantik belaka. Price tu reasonable and affordable. Ada juga yang tak munasabah langsung. Pepandai lah pilih ya! 

Sebaik dah dapat sepasang. Alhamdulillah!

Happy Monday ya'lls!










0 comments: