So many butterfly...:)



Finally...siap dah baju Kakak Icha and Ara.  Kain beli kat Vietnam kirim Aunty Ann (officemate Maklong) and jahit pulak Pn. Rizua (officer Maklong) and duit?? (Maklong sendiri) -__-'


Misi seterusnya mencari kasut raya. Hoihhh..jenuh bawak budak-budak pergi cari kasut weh dalam bulan puasa ni. Mencabar minda, hati dan perasaan! 

"Maklong..nak kasut tumit tinggiiiii"
"Maklong beli kasut kakak minggu depan ya? Sekarang maklong tak ada duittt...minggu depan eh?"
"Ala..kasut akak kat sana tu..." *sambil tunjuk kat rak belah mana pun aku tak tahu*
"Ahh..minggu depan...! Tak kosa nak tengok..pergi ambill..bak sini mak long tengok dulu.."
"Ee..mana akak campaii..tinggi lah kasut akak tuuu.."
"Makngah pergi ambik tengok kasut dia"

Sekali tu bukan kasut tumit tinggi, kasut sport. Pekejadah lah kasut sport hari raya niii! Pening lah anak buah aku ni! Siap test kehulu kehilir dengan kasut sport tu. Kasut lama dia susun balik kat rak. Motif? Takde sape nak beli pun kasut lama dia tu! Hehe.

"Minggu depan baru kita shopping!"
"Ala..nape tak sekarang nii??"
"Tak bolehhh!"
"Ok. Akak nak stokin.."

Stokin pulak??






0 comments: